Thursday, April 12, 2012

REVIEW PRODUK : AG2000


Aku pasti ramai yang tak perasan mengenai keberadaan produk ni di pasaran, it doesn’t matter sebab aku bukan nak jual produk ni, cuma macam biasa, aku sekadar mahu berkongsi maklumat atau lebih mudah menzahirkan perasaan aku terhadap produk kecantikan yang aku telah atau sedang cuba.

Aku temui produk AG2000 sekitar penghujung 2007, aku masih ingat sebab masa tu aku sedang pregnantkan Umar. Antara yang aku cuba for the first try adalah cleansing milk, cleansing foam dan juga krim malam atau lebih spesifik lagi Multiactive night crème.

A+ untuk cleansing milk dan juga night crème tersebut, tetapi aku terpaksa letak markah B bagi cleansing foamnya kerana agak ‘kasar’ pada kulit wajahku.

Dan ya, aku seronok menggunakannya sehingga aku suatu hari mengambil keputusan untuk mencuba produk lain yang lebih murah. Masakan tidak, harga produk ni agak tinggi. Contohnya bagi botol kecik 15 ml cleansing milknya sahaja dah berharga RM 16, kalau botol besar 60 ml RM 54.00. Waduh waduh! Multiactive night crème pula berhara RM 45 bagi botol kecik 15 ml dan RM 110.00 bagi botol dengan kapasiti 30 ml. Memang sangat cermat bila guna, takut tak dapat tahan sampai sebulan!

Dan selepas melupakan produk ini buat beberapa ketika, selepas penat mencuba produk lain, aku tiba-tiba terserempak dengan booth yang jual AG2000 ni di Tesco Alor Setar. Selepas berbual-bual beberapa ketika dengan adik yang jaga booth tu, aku tersedar yang produk skincare yang aku tercari-cari selama ni sebenarnya aku dah pernah cuba pun. Tapi disebabkan nak cuba yang lain, aku lupa terus dengan produk terbaik aku pernah cuba sebelum ini.Huhu..

Cleansing Milk

Inilah dia...

Kandungan Cleansing milk di tangan...

Produk AG2000 adalah satu-satunya range produk yang aku pernah cuba yang tidak ada toner/softener/yang seangkatan dengannya. Fungsi toner tersebut digantikan dengan cleansing milk. Betul, selepas apply cleansing milk ni, kulit wajah terasa lebih lembut, pori-pori kelihatan mengecil dan wajah kelihatan lebih muda berbanding sebelum pakainya. This is the best cleansing milk yang aku pernah cuba. Really good, aku pun feel good ajer lepas basuh muka.

Cleansing Foam
Berkali-kali aku cuba cleansing foam ni, at last aku pasrah – ianya tidak sesuai dengan kulit wajah aku. Selepas basuh muka dengan cleansing foam AG2000 ni kulit muka aku terasa tegang dan kasar. Tak tahu kenapa. Dah banyak kali beli, kemudian simpan dalam almari, kemudian guna semula, dan akhirnya lepas habih botol terakhir, aku dah tak ingin cuba lagi.


Multiactive night crème.
Produk krim malam yang sangat bagus, kalah semua jenama antarabangsa yang pernah aku cuba – antaranya Estee Lauder, Shiseido dan Clinique. Kulit wajah akan jadi lembab (lembab yang nampak cantik), cerah serta tegang. Tekstur keseluruhan wajah nampak lebih muda. Seronok dalam tempoh penggunaan produk ni. Satu-satunya yang tak best adalah harganya yang agak tinggi. Sebab tu aku asyik mencari produk lain yang lebih murah dan sama berkesan dengannya. Malangnya tak ada, sampai lah sekarang. So bulan depan aku akan gantikan bajet untuk kosmetik dengan bajet untuk skincare pula. Aku akan mula pakai balik cleansing milk dan multiactibe night crème tersebut.

No comments: