Thursday, March 20, 2014

SPM 2013

Assalamualaikum wbt

Hari ni sekali lagi...kenangan menghadapi hari result spm keluar, kira2 17 tahun yang lalu terbayang di fikiran. Whoaaaaa....17 tahun beb! Huhu...tapi mengapa masih segar di ingatan saat itu, ketika itu dan suasana pada hari itu? Masih fresh dari ladang di ingatan ini wajah setiap cikgu kat sekolah Menengah Khir Johari saat SPM 1996 diumumkan. Cikgu Zainurin, Cikgu Zainol, Ustazah Ummu, Arwah Ustaz Shaari (al-fatihah)..dan ramai lagi cikgu2 lain yang bertungkus lumus mendidik aku dan rakan2 kelas 5A khasnya dan semua calon-calon SPM 1996 SMK Khir johari Sg Petani Kedah umumnya.

Terima kasih cikgu semua. Dan kepada cikgu-cikgu kesayangan yang telah pulang menghadap Yang Maha Pencipta terlebih dahulu sebelum kami, saya doakan semoga roh cikgu2 dicucuri rahmat Allah Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang..

Dan hari ini, sekali lagi aku dan rakan2 sekerja ke Sekolah Menengah seluruh Kedah dan Perlis untuk mengadakan promosi dan kaunseling kerjaya kepada adik2 yang mengambil result SPM mereka untuk usaha mereka di tahun 2013 yang lalu. 

Segala macam suasana terhampar saujana mata memandang di sekolah tadi. Ada banyak tangisan dan gelak tawa yang kelihatan. Ada tangis gembira, dan ada juga tangisan sedih saat tangan adik2 tadi menyentuh slip keputusan SPM mereka. Sampaikan aku yang memandang ini pun...tiba2 emo bersma adik2 tadi. Melihatkan tangisan gembira, aku turut sama mengalirkan air mata, melihatkan tangisan sedih, tangisan kecewa, mata ini turut sama berbicara, menyanyikan lagu sedih untuk mereka.....melihatkan mereka berpelukan saat bertemu semula rakan2, air mata ini turut sama mengalirnya. Pendek kata, siang tadi PENUH dengan emosi. Sarat dengan cerita, padat dengan suasana.

Adik2...dunia ini masih luas, adik2.... Sangat banyak perkara yang adik2 belum temui dan belum rasai. Dunia di luar sana lebih hebat dari result adik2 pada hari ini. Tidak mengapalah jika tidak dapat pulang dengan result flying colors, kerana warna sebenar adik2 masih belum pun kelihatan lagi saat ini. Masih banyak yang perlu diterokai, masih banyak yang perlu diusahakan. This is not the end of the world. Ibu2..bapa2... Bersabarlah ye, jika anak anda tak dapat keputusan terbaik yang ibu2 dan bapa2 harapkan. Kita juga pernah menghadapi saat begitu suatu ketika dulu kan...anak2 kita telah banyak berusaha, telah banyak berkorban untuk mendapatkan result terbaik untuk kita. Berapa banyak tenaga dikerahkan anak2 kita untuk usaha itu, berapa banyak masa dikorbankan untuk itu, berapa banyak keseronokan alam remaja yang dikorbankan sempena tiga huruf ini-SPM...ibu2 bapa2 juga telah terlalu banyak berkorban untuk melihat kejayaan mereka itu. Kalaupun result yang mereka dapat nampak seperti tidak sepadan dengan usaha yang dibuat ibu dan ayah...sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. Sedangkan MH370 sekalipun berada beyond our ilmu, inikan pula masa depan anak2 kita. Cukup bertuah kita dengan pahala usaha yang Allah ganjari di saat kita bertungkus lumus membrikan yang terbaik untuk anak2 kita. Allah Maha Mengetahui dan perancangan Allah adalah sebaik2 KPI dalam dunia ini. Tidak ada satu zarahpun yang dapat menandingi Perancangan Allah itu kerana Dia sebaik2 Perancang.

Sesunguhnya untuk kita semua...seminggu dua ini adalah sebesar2 dugaan dan teguran yang Allah anugerahkan untuk kita. Jerebu, krisis air, MH370 yang entah di mana....result SPM....semuanya menjadi satu...semuanya menuju ke arah Yang Satu....Kehebatan Allah!

Glad to have these pictures on this so blessed day...