Saturday, April 13, 2013

Meja ping pong

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan pemberiannya petang tadi kami berjaya juga mendapatkan sebuah meja pingpong untuk encik asben dan anak2 main. Sebelum ni husband aku akan tinggalkan aku 2 kali seminggu untuk bermain pingpong di kolej ( adakah rasa seronok dapat meja ini adalah disebabkan tidak lagi akan ditinggalkan selepas ini???...hehehe  ). Sebenarnya aku bukan main pun, tak reti main, tapi disebabkan encik asben sangat minat dengan sukan yang mememnatkan itu (asyik kene ligan bola jerrr, takk ker penat tu dik nonn..) aku rasa bahagia dapat syer dengan encik asbenku untuk beli meja pingpong nih.

Asalnya kamimdok usha meja pingpong jenama Tibhar di kedai sukan Olympics, Simpang Kuala Alor Setar, Kedah. Tapi bila encik asben nekad beli meja tu...rupanya dah jual kt orang lain pula. Bermulalh drama pencarian mencari Ramli..ehemmm...sorry..mencari meja pingpong dari Alor
Setar terus ke Jitra. Kat Al-Ikhsan Jitra pun dah tanya. Takder.huhu..Last tu memang tawakal jer la, lepas dapat maklhmat dari pekerja alikhsan jitra yang ramah itu, kami pun ke sebuah kedai sukan yang agak tidak jauh dari al ikhsan tu. Alhamdulillah ada lg stok terakhir, tapi disebabkan jenamanya Butterfly kenelah tambah beberapa puluh lagi. Harga Tibhar kt Simpang Kuala RM 560, delivery?RM 60. Kat
Jitra tadi RM 680 termasuk penghantaran. Pada mulanya dia letak harga 720. Hmmmm... memang plannya tak nak beli la yg tu sebab mcm agak mahal berbanding Tibhar tadi. Tapi kata encik asben Butterfly lagi baik. Sebelum keluar aku ada ckpmdengan husband, "kalau 650 blh la kita beli, ni mahal sgt.." Rupa rupanya salesgirl tu dgr dan terus dia ckp 680 blh dak kak? Aku pandang asben, dia pun pandang aku. Last2 dia ckp "hmmm blh la mama". Terus p withdraw 700 dan taraaaaaaa............petang tu jugak depa hantar meja tersebut. Pssttt... waktu aku buat posting ni takdak sapa kat dalam rumah sebab tengah main pingpong kat luar. Hehehe...

4 comments:

Unknown said...

Menarik sungguh drama ni 😊 saya sedang mencari rakan dn tempat bermain Ping Pong di area Alor star dn jitra..boleh share di mane tempat bermain? Ni no fon saya 0142338119 (amin, 21) jitra

Unknown said...

Menarik sungguh drama ni 😊 saya sedang mencari rakan dn tempat bermain Ping Pong di area Alor star dn jitra..boleh share di mane tempat bermain? Ni no fon saya 0142338119 (amin, 21) jitra

Fafiq kun said...

Area alor setar ada port main tak?

smkkepalabatas said...

Dulu main atas bangunan pknk selepas pindah dr gelanggabg budaya.. xpasti