Thursday, April 5, 2012

Karnival SkillsMalaysia

Sabtu dan Ahad lepas aku mengetuai promosi yang dibuat sempena Karnival SkillsMalaysia anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Utara. Huh! Memang aku bagi A+ kat team Puan Meena (Pengarah JPK Utara) kerana nampak sangat diorang bertungkus lumus, bersungguh-sungguh benar menjayakan program pada hari tu. TAHNIAH Puan Meena & The Team! Walaupun diorang tak mungkin akan baca entry aku ni, tapi aku tak kisah dan memang aku tak nak diorang baca pun. Hehe..Biarla blog aku ni low profile jer.

Karnival pada kali ini (tahun 2012) menampilkan format terbaru yang sangat menarik iaitu semua peserta yang menyertai pameran pada kali ini diwajibkan untuk mempamerkan perkara-perkara berikut :

1) Success story pelajar
2) Laluan kerjaya pelajar
3) Pendaftaran / Pengambilan Terus
4) Demo kemahiran dan demo percubaan awam

Very the interesting one! Bagi aku, semua itu tiada masalah kerana memang pihak kolej telah sedia ada semua-semua yang kat atas. Cuma nak disampaikan dalam bentuk apa, itu jer yang menjadi persoalan aku. Last-last keluar idea untuk meletakkan Success Story dan Peta Laluan Kerjaya pada streamers! Agak tinggi kosnya, tapi rupa-rupanya Pengarah setuju (bukan setakat setuju, malah sangat suka) dengan cadangan tersebut. Aku pun apa lagi! Ngap jer peluang yang ada. So, dipendekkan cerita, ada 4 streamers yang berjaya diperolehi. 1 untuk laluan kerjaya, dan 3 untuk paparan kisah kejayaan bekas pelajar SKM.

Aku dan najuwa. Bangganya kan bila anak-anak didik berjaya macam ni kan. Huhu..Muka aku sendiri pun tak pernah tercetak kat streamers macam ni. Best, best!

Rupanya, menarik sangat guna streamers untuk paparan Success Story. Bukan sekadar untuk promosi, malah lebih jauh lagi, untuk memotivasikan remaja lain apabila membacanya. Moga kejayaan diorang membantu Malaysia secara umumnya untuk mengeluarkan lebih ramai remaja yang berjaya. Bolehlah meningkatkan ekonomi keluarga dan juga negara!

Ni sorang lagi pelajar. Young, handsome n success!Tahniah!

Di samping aktiviti promosi yang menarik pada hari itu, banyak lagi aktiviti menarik lain yang ditawarkan. Antaranya aku terjumpa hantu k limah ni. Heeeeeeeeee.......takut takut..

Alamak! Hantu tiang kott! najuwa la yang tangkap tuh. Kalau ikut hati aku, eeeeee takutttt. . Ish apasal laa muka aku semacam jer nampak. Huhu.. nak kena pegi face aerobic kot. Alamak!

Inila hasil keje tangan aku, harga dia sebelah pagi kek+decorate sendiri RM 1.50, kek+decorate+aksesori (patung, bunga dll) RM2.00. Tapi then sebelah petang semuanya satu harga jer RM 1.00. So aku decorate 4 kek for RM 4.00.

Tetiba jumpa bekas student ni. Hebat dengan perlumbaan 'motorcross'nyer. Entah betul tidak term nih.

Secara keseluruhannya, aku amat suka - suka sangat - sukanyaaa. heheh..dengan penganjuran karnival kemahiran seperti ini. Bukan sahaja menarik, malah para remaja terutama remaja lepasan SPM dapat meluaskan pengetahuan mereka tentang peluang-peluang pengajian yang terdapat di Malaysia ini. Pada aku, kini sesiap sahaja boleh sambung belajar, tk kisahla semua subjek dapat A atau semua subjek E,D atau F. Banyak sangat peluang. Just grab it and work on it!

No comments: