Sunday, August 14, 2016

Anxiety Disorder Runway

Gambaran Sebenar Penyakit Anxiety Disorder

Menyimpan sesuatu yang menyakitkan, ada tetapi tiada di dalam tubuh badan merupakan suatu perkara yang langsung tidak disukai oleh semua orang. Namun bagi pesakit yang menghidap anxiety disorder seperti aku, there's no other option unless to have it and facing it every single day and every single second in my life. Tiada lagi perkara positif yang tersisa di dalam otak, semua yang dilihat dan dirasa akan kelihatan negatif semata-mata.

Namun, semua pesakit dalam kategori sakit mental di atas pasti mengakui yang perkara paling sukar dilalui apabila diserang penyakit ini adalah MATI. Walaupun ianya kelihatan "ahhh biasa la tu" bagi orang yang normal, namun bagi kami, itulah perasaan dan serangan fikiran paling sukar untuk dilalui. Apabila otak dah menghantar signal ke badan supaya lari atau lawan, simptom2 yang dialami oleh kami adalah : rasa sejuk yang bergerak bermula dari hujung kaki naik sehingga ke dada, jantung berdegup dengan laju sehingga kami akan tercungap2 mencari oksigen yang gagal sampai ke otak disebabkan organ jantung berfungsi terlalu cepat, menggigil, pening, dan paling dahsyat, "rasa" seperti kematian akan datang tepat pada masa serangan berlaku. "Rasa" di mana itulah saat dan detik terakhir nafas dihembus, "rasa" sedih meninggalkan orang tersayang dan "rasa" tiada daya untuk melawan semua itu.

Episod serangan itu biasanya bagi aku, akan lasting for 30 mins! Which for me, its the end of everything! 30 minit yang seolah2 bermain tarik2 tali dengan malaikat maut. 30 min di mana "malaikat maut" datang, sergah, pegang roh untuk ditarik daripada jasad, namun akhirnya "tak jadi" nak tarik after 30 mins of struggling. Memang sangat sangat sangat menyiksakan. Sangat sangat sangat perit untuk dilalui detik2 itu. Dan tahukah? Permainan tarik2 tali dengan "malaikat maut" itu boleh berlaku 2-3 kali dalam sehari! Kau rase? Sanggup?

Huhu.. Sanggup tak sanggup, terpaksa la lalui, sebab roh masih diizinkan Allah untuk berada di dalam jasad.

3 tahun menghadapi keadaan huru hara kiamat kecil seperti itu, aku akhirnya disahkan penghidap anxiety disorder. Kini telah 2 tahun setengah mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri. Walaupun malaikat maut dah terlalu jarang menyapa, simptom2 lgangguan lain tetaplah tak mahu kalah, masih mahu tinggal dalam badan aku ini.

2 tahun setengah berulang alik ke pakar, menjadikan aku sendiri "pakar" dalam penyakit ini. Kalau dulu aku tidak tahu langsung apa terjadi kepada otak atau kepada badan ini, sekarang dah pandai explain serba sedikit.

Apa yang berlaku sebenarnya dalam jasad aku ni? Beginilah. Menurut doktor yang merawat aku, saraf otak aku mengalami gangguan fungsi di mana terdapat beberapa bahan kimia yang sepatutnya dirembeskan otak aku, sudah tidak mampu untuk dikilangkan lagi. Saraf otak tu yang sakit. Tapi bukannya sakit seperti barah otak tu, tapi lebih kepada gangguan dan kehilangan upaya untuk otak berfungsi pada keadaan sebenarnya ia diciptakan. Seperti organ dalaman lain yang tidak dapat berfungsi dengan betul, contohnya organ yang terlibat dengan sistem perkumuhan-tak dapat berfungsi sehinggakan terjadi simptom2 seperti tidak dapat membuang air kecil atau air besar- tak ke haru kan. Inikan pula klau saraf otak yang mengalami gangguan. Macammana organ dalaman badan boleh berfungsi dengan baik, otak yang mengawalnya pun sakit! Huhu..

Namun mahu aku tegaskan di sini, penyakit ni tidak akan membawa maut! Baca betul2 ye sebab aku tak mahu orang yang baru menghidap penyakit ni berpendapat yang mereka akan mati disebabkan oleh penyakit anxiety disorder ini. Anda tidak akan mati sebab penyakit ini. Cuma..... Kalau tidak dikawal, ianya boleh menyebabkan anda terlalu sukar untuk mengawal diri, yang akan menyebabkan kes bunuh diri. Nauzubillahiminzalik. Lindungilah aku dan rakan2 lain yang senasib, Ya Allah..

Kesan sampingan lain daripada penyakit ini yang mungkin anda tidak mahu dengat adalah- kita mungkin akan mendapat penyakit jantung jika stress level ini tidak dapat dikawal, atau...terlalu lama terpaksa mengambil ubata ubatan psiakiatri sehingga merosakkan organ dalaman seperti hati, limpa dan jantung. Huhu...

Baiklah. Sekarang aku nak kongsikan apakah lagi kesan atau simptom2 anxiety yang terpaksa dilalui setiap hari dalam kehidupan pesakit anxiety disorder ini. Beberapa perkara yang aku perasan adalah, kebolehan aku untuk mengingay sesuatu, ketidakupayaan untuk menghungkan (connect) satu perkara dengan perkara yang lain. Simple contoh : husband bgtau aku yang hujan baru turun, aku juga tahu yang kain baju sedang dijemur di luar. Namun aku tidak dapat membuat perhubungan antara keduanya. Bila husband bersuara " eh! Bila nak p ambik baju kt penyidai tu". Aku terpaksa berfikir beberapa saat kenapa dia suruh aku ambil baju sedangkan biarla, kan belum petang, kenapa perlu ambil! Sebelum aku tersedar yang rupanya tadi dia ada bagitau aku yang hujan dah turun. Ya Allah.. Masa tu kecewa la sangat dengan ketidakupayaan bertindak selaras dengan keadaan. Sedihhh 😔😔😔. Rasa down sangat dan rasa rendah diri sangat sangat. Hanya Allah sahaja yang tahu rasa itu bagaimana.

Rasa spt cacat otak pun ada, macam orang gila pun ya 😅😅😅😅

Ckuplah utk kali ni. Ada lg ni nk cerita psl mende sakit ni. Tapi lain kali lain kala la plk. Entry ji pon dh 3 hr pending 😭😭😭