Sunday, August 14, 2016

Anxiety Disorder Runway

Gambaran Sebenar Penyakit Anxiety Disorder

Menyimpan sesuatu yang menyakitkan, ada tetapi tiada di dalam tubuh badan merupakan suatu perkara yang langsung tidak disukai oleh semua orang. Namun bagi pesakit yang menghidap anxiety disorder seperti aku, there's no other option unless to have it and facing it every single day and every single second in my life. Tiada lagi perkara positif yang tersisa di dalam otak, semua yang dilihat dan dirasa akan kelihatan negatif semata-mata.

Namun, semua pesakit dalam kategori sakit mental di atas pasti mengakui yang perkara paling sukar dilalui apabila diserang penyakit ini adalah MATI. Walaupun ianya kelihatan "ahhh biasa la tu" bagi orang yang normal, namun bagi kami, itulah perasaan dan serangan fikiran paling sukar untuk dilalui. Apabila otak dah menghantar signal ke badan supaya lari atau lawan, simptom2 yang dialami oleh kami adalah : rasa sejuk yang bergerak bermula dari hujung kaki naik sehingga ke dada, jantung berdegup dengan laju sehingga kami akan tercungap2 mencari oksigen yang gagal sampai ke otak disebabkan organ jantung berfungsi terlalu cepat, menggigil, pening, dan paling dahsyat, "rasa" seperti kematian akan datang tepat pada masa serangan berlaku. "Rasa" di mana itulah saat dan detik terakhir nafas dihembus, "rasa" sedih meninggalkan orang tersayang dan "rasa" tiada daya untuk melawan semua itu.

Episod serangan itu biasanya bagi aku, akan lasting for 30 mins! Which for me, its the end of everything! 30 minit yang seolah2 bermain tarik2 tali dengan malaikat maut. 30 min di mana "malaikat maut" datang, sergah, pegang roh untuk ditarik daripada jasad, namun akhirnya "tak jadi" nak tarik after 30 mins of struggling. Memang sangat sangat sangat menyiksakan. Sangat sangat sangat perit untuk dilalui detik2 itu. Dan tahukah? Permainan tarik2 tali dengan "malaikat maut" itu boleh berlaku 2-3 kali dalam sehari! Kau rase? Sanggup?

Huhu.. Sanggup tak sanggup, terpaksa la lalui, sebab roh masih diizinkan Allah untuk berada di dalam jasad.

3 tahun menghadapi keadaan huru hara kiamat kecil seperti itu, aku akhirnya disahkan penghidap anxiety disorder. Kini telah 2 tahun setengah mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri. Walaupun malaikat maut dah terlalu jarang menyapa, simptom2 lgangguan lain tetaplah tak mahu kalah, masih mahu tinggal dalam badan aku ini.

2 tahun setengah berulang alik ke pakar, menjadikan aku sendiri "pakar" dalam penyakit ini. Kalau dulu aku tidak tahu langsung apa terjadi kepada otak atau kepada badan ini, sekarang dah pandai explain serba sedikit.

Apa yang berlaku sebenarnya dalam jasad aku ni? Beginilah. Menurut doktor yang merawat aku, saraf otak aku mengalami gangguan fungsi di mana terdapat beberapa bahan kimia yang sepatutnya dirembeskan otak aku, sudah tidak mampu untuk dikilangkan lagi. Saraf otak tu yang sakit. Tapi bukannya sakit seperti barah otak tu, tapi lebih kepada gangguan dan kehilangan upaya untuk otak berfungsi pada keadaan sebenarnya ia diciptakan. Seperti organ dalaman lain yang tidak dapat berfungsi dengan betul, contohnya organ yang terlibat dengan sistem perkumuhan-tak dapat berfungsi sehinggakan terjadi simptom2 seperti tidak dapat membuang air kecil atau air besar- tak ke haru kan. Inikan pula klau saraf otak yang mengalami gangguan. Macammana organ dalaman badan boleh berfungsi dengan baik, otak yang mengawalnya pun sakit! Huhu..

Namun mahu aku tegaskan di sini, penyakit ni tidak akan membawa maut! Baca betul2 ye sebab aku tak mahu orang yang baru menghidap penyakit ni berpendapat yang mereka akan mati disebabkan oleh penyakit anxiety disorder ini. Anda tidak akan mati sebab penyakit ini. Cuma..... Kalau tidak dikawal, ianya boleh menyebabkan anda terlalu sukar untuk mengawal diri, yang akan menyebabkan kes bunuh diri. Nauzubillahiminzalik. Lindungilah aku dan rakan2 lain yang senasib, Ya Allah..

Kesan sampingan lain daripada penyakit ini yang mungkin anda tidak mahu dengat adalah- kita mungkin akan mendapat penyakit jantung jika stress level ini tidak dapat dikawal, atau...terlalu lama terpaksa mengambil ubata ubatan psiakiatri sehingga merosakkan organ dalaman seperti hati, limpa dan jantung. Huhu...

Baiklah. Sekarang aku nak kongsikan apakah lagi kesan atau simptom2 anxiety yang terpaksa dilalui setiap hari dalam kehidupan pesakit anxiety disorder ini. Beberapa perkara yang aku perasan adalah, kebolehan aku untuk mengingay sesuatu, ketidakupayaan untuk menghungkan (connect) satu perkara dengan perkara yang lain. Simple contoh : husband bgtau aku yang hujan baru turun, aku juga tahu yang kain baju sedang dijemur di luar. Namun aku tidak dapat membuat perhubungan antara keduanya. Bila husband bersuara " eh! Bila nak p ambik baju kt penyidai tu". Aku terpaksa berfikir beberapa saat kenapa dia suruh aku ambil baju sedangkan biarla, kan belum petang, kenapa perlu ambil! Sebelum aku tersedar yang rupanya tadi dia ada bagitau aku yang hujan dah turun. Ya Allah.. Masa tu kecewa la sangat dengan ketidakupayaan bertindak selaras dengan keadaan. Sedihhh πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”. Rasa down sangat dan rasa rendah diri sangat sangat. Hanya Allah sahaja yang tahu rasa itu bagaimana.

Rasa spt cacat otak pun ada, macam orang gila pun ya πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Ckuplah utk kali ni. Ada lg ni nk cerita psl mende sakit ni. Tapi lain kali lain kala la plk. Entry ji pon dh 3 hr pending 😭😭😭

Thursday, March 10, 2016

Perasaan atau sekadar rasa atau..

Samada ianya disebabkan faktor cuaca atau anxiety aku is getting worst!! Pg2 hari ni aku bangun dengan penuh perasaan marah di dada. 

Tk tahu jugak adakah ianya berkaitan dengan apa yg berlaku mlm td. Malam td, tidur aku sungguh tak lena. Dlm sedap berangan sambil telinga ni mendengar alunan ayatul yasin drpd iphone ni, tiba2 muncul dengan ganasnya satu perasaan aneh menusuk ke dalam hati. Terasa nafas spt terhenti! Terasa jntung spt sudah senyap tidak berdetak! Berserta dengan itu, terasa hati ni mcm.. Eh dh nk mati aku ni. Mcm ada gumpalan awan hitam yg membawa khabar kematian aku menerpa dgn laju masuk ke minda. Zuppppp!!! Seraya dengan itu hujung jari kaki terasa kejang. Aku terjaga, direntapnya rs selesa yg aku tgh layan td bersama alunan yasin yang membuai jiwa.

Ku cuba untuk tidur semula. Ya Allah tolong hambamu ini untuk merasa damai itu semula. Terus aku gapai hp danial yg aku letakkn di bwh bantal sblm tdur td. Ahhh rupanya baru 9.35 pm! Aku ingatkan dah 3 pg! 

Mata tolonglah pejam. Hati.. Tolonglah kuat. Akhirnya aku terlelap, tetapi sebaik terlelap kaki ini terasa spt ditarik atau dipijak sesuatu! Trkejut jaga, dan segala perasaan td kembali menyerbu, senak jiwa ini terasa. Aku bangun dengan keadaan bebal, aku ambil bp monitor, xanax dan air lalu keluar ke ruang dpn. Abg sedang menonton entah rancangan apa. Dahhh tahu dh la tu. Tgk muka dia pun dh tau dia akn ckp apa. " haaa ni awat pulak. Awat tk p tdoq". " tk blh tdoq, tk blh lelap". "Haaaa???. Hmmmm"

Hmmmm aja? Tp tkpe aku dh biasa dgn reaksi spt itu, dan aku yakin smua pesakit ad pun akn mengalami penerimaan yg spt itu setiap kali ad ni attack. 

Hati mmg terasa panas, sedih kecewa, marah. 

Aku pasangkkn bp monitor-119/79. Pulse 89. Ok.. Normal. Jd dr mn dtgnya perasaan menakutkan itu tadi????

10.15 pm, masuk tdur semula. Tk
Brp lama dgr hsbnd masuk bilik, angkat umar ke katil mereka, lalu dia sndiri tidur.

Slps bersusah pyh aku tertidur jgk. Tapi..tdur itu membawa kpd mimpi yg sungguhhhh celaru, menakutkn dn memenatkn, of course!

Malang...mlm td aku dikejutkn entah oleh apa pd 2.30 dn sekali lg pd hmpir jam 4 pg. Arghhhhhhh. Pg td pula trjaga 6.33 pg. Mmg  bebal rsnya.

Tiba2 perasaan marah dtg memenuhkn dada. Penuh, sendat, sesak. Jd lah hr ini hr paling nagaaaa dlm sejarah.

Sehinggalah lebih kurang 3.30 ptg td, aku tiba2 mcm dizzy dn slps tu gigil satu bdn. Mmg teruk hr ni rs tu. Nk drive blik pun brdebar, rs mcm nk lost kawalan diri, rs nk nangis, nk mati, nk jerit, nk maki hamun nk mencarut smua org dn smua benda!

Alhamdulillah aku survive pd hr ni. Tk mkn xanax. Lps dh smpai rmh, lps dh marah2 pemandu keta dpn sbb bwk mcm siput b***, lps dh mnjerit nangis sorng2 dlm keta, smpai di rmh aku cool sndiri slps 10 min.

And...What does it means. Satu saja- i can survive anxiety disorder attack!!




Monday, March 7, 2016

Jimat Cermat Ke?

Bunyinya mcm nk perli plk. Haha.. Nak kata perli tu idok ler jugak. Hamba sekadar ingin menyatakan sesuatu berdasarkan situasi tang sedang berlaku sekarang ini.

Wahai tuan2 dan puan2, ibu2 dan bapa2, anak2 dan rakan2.. πŸ˜›πŸ˜›. Sekarang ni kan kalau nak cerita bab berjimat cermat, kena ke idok dengan situasi zaman sekarang ni yer... See.. Semua benda mahal. Kalau nak berjimat cermat itu tak blh makan ini tak blh makan, maknanya semua benda tak boleh nak makan ye tuan2 dan puan2 adik kakak abang anak2, rakan2 seperjuangan sekelian. Dengan keadaan pemerintahan zaman sekarang yang hanya tahu menjaga anak2 dan anak tekak sendiri2, kita lah sendiri yang perlu menentukan samada kita nak berjimat cermat atau sebagainya. Bagi aku, pendapat sendiri2 yer, harap2 tkde sapa la yang baca blog ni kan.. Pada hemat aku la kannnn, yer kita perlu berjimat, tapi idok ler smpai tak mentekedarah. Sampai hari2 makan nasi, teluq goreng dan kicap sahaja. Ye mmg duit akan banyak boleh jimat kalau sekadar makan ini sahaja, cuma sy nak tanya. Hasil duit yang kita dapat dari jimat cermat ni, kita guna ke atau kita simpan peram tunggu mati, then biar anak2 joli. Ooopss😁😁😁... Kannnn.. Kannn.. 

Lagi satu berkenaan jimat elektrik. Kamon laaa bro, musim sekarang ni panas kot. Ko nak kata jimatkan apa lagi bro? Kena tgk jugak kot kalau nak berkata2 tu. Skrg ni musim panas, panas sgt2. Kdg2 tu blh mencecah sampai 45•c kot.. Ishhhh.. Aku ni, kalau keluar kannn, aku akan pastikan aircond terpasang siap2 dlm bilik supaya nanti bila dah balik rumah, tak de la rasa macam masukkan badan ke dalam oven. Ye ke idok??

Bebelan hari ni sekadar nak cakap- tak semua situasi dan keadaan, kita boleh berjimat cermat. Kena tgk jgk keadaan semasanyaaaπŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Thursday, February 18, 2016

Jiwa mama

Kadang2 terasa letih kan menjadi seorang mama. Lebih2 lg mama yg seperti aku, expect bulan dan bintang, bila gagal, tergelincir sikit mula la kann nk meroyan.

Itulah jalan yang mak ayah aku lalui dulu. Itulah yang jalan yang tok tokwan aku jalani dlu, itulah jalan yang semua ibuayah lalui dulu, sedang dan akan lalui dinkemudian hari. Dah namanya pun dunia ini bulat. Apa yg orang dulu rasa, lambat laun kita pasti akan turut rasai. 

Tapi apa yang membezakannya antara kita semua adalah sikap dan cara kita menerima dan menangani keadaan tersebut. Ada yang terus marah, ada yang cool dulu, ada yang berjaya atasi pada masa tu jugak ( ohh yang ni heaven kannn). Bagi aku pula, aku hadapi dulu, analisa situasi, lepas tu ambik keputusan samada nak buat cara halus atau cara sedikit kertas pasir, haha.. Kalau cara halus, mesti kena pujuk dlu, beri sedikit kata2 nasihat, panggil, peluk. 

Tapi kalau yang tu nampak mcm nk fail je, atau mood sendiri ke laut, aku akan start dengan panggil nama dulu, panggil duduk dekat aku. Selepas 3 saat tak jugak berganjak dari situ!!!! Haaaaa!! Mulalah proses bertukar jadi superpower rangers, gaban, pendekar bujang lapok apa semuanya lah.

Hihi.. Lucu la jugak bila dikenangkan tindakan spontan aku menangani si umat dan danial tu. Cuma yang langsung aku tak boleh nak buat- pukul depa walaupun sekadar pukul utk mereka berhenti dari buat perangai. Dari buat benda annoying.  Memang bkn jenis marah-rotan punya type ibu aku ni. Sbb apa. Last2 aku jgk yg penat sbb mnyesal kannn

Tuesday, January 19, 2016

Expect the unexpected

Ouch. Sakitnya kan kalau apa yang kita damba dan harapkan, something yg kita prcaya dan yang kita telah masukkan jauh ke dasar hati, tiba2 It turns out to be different from what we did dreamed of for the whole life! 

Oh.. Tkde la smpai the whole life. Tp agak lama la jgk klau dh masuk tahun lain tu kan. I really expect it to be different, to be the one i always dreams of. Tp rupanya sama lah spt sediakala. Sama la di mana2, sama la dgn apa sahaja. Rupanya there is no such thing spt yg aku harapkan itu. Lepas satu, satu satu... Rupanya ia sama sahaja. Lngsung tiada beza. Segera, mudah, cepat. Segera dapat, mudah dpt, cepat hilang.

So.. Salah di mana yer semua ini? Yes, sudah pasti salah pd expectation aku sendiri. It is all the same. Input sama, proses sama, output pun sama la. Tiada beza, tp knp aku masih sakit? Tahu knp? Sbb expectation aku yg brbeza pd setiap ianya. Sepatutnya i did expect the same jln cerita, the same introduction n the same output. But itulah kehidupan. Jln ceritanya pasti sama walau menggunakan warna yang berbeza. So apa lg yg nk diharapkan kalau dh tau sendiri yg ianya sama sahaja. Apalah yg nk dihebohkan klau mmg trnyata jlnnya sama sahaja, langsung tiada beza? Persoalannya, will u step forward atau back off after seeing all these expected things? Will u? What say u

Monday, November 23, 2015

Jiwa 2

Awak, hidup di dunia ini penuh dengan cabarannya, awak. Lebih lebih lagi jika cabaran itu berupa "amaran" yang Allah turunkan supaya kita kembali mengingatinya, kembali menyedari akan adanya Dia yang sentiasa memerhati setiap langkah kita.

Awak tak tahu? Biar saya beritahu awak. Luka yang disebabkan oleh awak itu, jiwa yang sentiasa berdarah yang disebabkan oleh kerakusan penipuan awak itu. Sampai bila awak rasa awak boleh hidup dengannya? Sampai bila awak rasa awak boleh simpan kepura-puraan itu, penindasan itu.. Sikap sambil lewa awak, bahkan awak "enjoy" melihat orang lain menderita disebabkan perbuatan awak yang tiada langsung peri kemanusiaan itu. Awak tahu? Kanak- kanak seusia anak awak yang awak tinggalkan demi perempuan itu pun dah pandai berbicara tentang perikemanusiaan. Awak? Awak langkah perkataan dan maksud perikemanusiaan itu semata-mata mengejar populariti dunia, semata-mata mengenyangkan keperluan hormon awak itu yang pada pendapat saya hanya awak sahajalah agaknya yang tahu setakat mana kuasanya. Layakkah awak? Mampukah awak? Pernahkah walau sekali. Walau sekali? Awak cerminkan diri awak, dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki awak yang pernah terluka itu. Pernahkah awak cerminkan dan lihat jika ianya layak dengan diri awak yang penuh dengan nafsu cinta dunia itu.

Sampai bilakah awak mahu mengejar "dunia" ini. Sampai bila? Sampai awak tersungkur jatuh? Sampai nyawa tinggal separuh di kerongkong? Tidakkah awak gerun dengan amaran-amaran dari Allah itu? Tidakkah awak takut mengingatkan balasan yang dahsyat itu?

Awak, saya tahu awak berada di atas sekarang. Awak terasa gagah sekarang. Tapi tidakkah awak kasihan pada diri awak itu, berada di atas hanya disebabkan kejayaan awak "memijak-mijak" orang lain? Awak gagah hanyalah disebabkan oleh gagahnya orang yang awak pijak-pijak, yang awak aniaya mereka dengan tangan-tangan awak sendiri. Sedangkan hakikatnya, mereka yang awak pijak itulah! Yang selama ini menyokong segala apa yang awak ada sekarang. Segala apa yang awak rasa sekarang, kerana kesusahan dan penderitaan merekalah! 

Awak, mungkin usia awak telah matang dari segi nombor. Tapi awak tidak akan pernah sedar yang usia awak itu sebenarnya sedang menuju ke arah infiniti! Infiniti kerana awak pasti akan keseorangan pada suatu masa nanti. Awak.. Insan mungkin tidak dapat menyedarkan awak. Tapi tahukah awak adanya kuasa yang Maha Berkuasa di atas muka bumi ini. Yang dengannya kita patut sentiasa gerun, yang padanya kita serahkan segalanya.

Di saat saya menuliskan bait bait ayat ini, awak pasti sedang bahagia tertawa bersama "kenderaan" baru yang awak miliki tidak berapa lama yang lalu. Awak sanggup mempertaruhkan agama dan kasih sayang yang diberikan kepada awak semata-mata ego awak untuk memiliki "kenderaan" baru itu. Bagi saya, jika ianya berkaitan dengan diri seorang "awak", baru atau lama tetaplah tiada harganya. Tiada ertinya. Kerana awak seorang yang tidak akan pernah menghargai dan awak seorang yang tidak akan pernah memahami harga sesuatu yang berharga. Awak cuma faham, pandai dan bijak dalam hal ehwal yang berkaitan memuaskan nafsu keegoan awak itu. Awak sumbat ego awak sepenuhnya hingga kekenyangan yang menyebabkan awak sudah tidak mampu untuk membuat sebarang penilaian. 

Jadilah awak orang yang rugi. Orang yang sentiasa mengejar. Suatu hari nanti awak pasti tersedar yang apa yang awak kejar itu hanyalah ruang kosong. Semakin banyak yang awak bawa balik, semakin kosong ruang kosong itu. Semakin kuat awak berusaha, semakin payah untuk ruang kosong itu untuk dipenuhi. Ruang kosong itu adalah awak sendiri. Awak hanyalah sebuah ruang yang kosong, tiada makna dan tiada gunanya.

"Tah macammana idea datang selepas menyaksikan rakaman video penderitaan kanak-kanak Islam seluruh dunia. Kau bantulah mereka, ibubapa dan seluruh kaum kerabat saudara seislam kami di mana-mana.."