Aku kira jika pembersih wajahnya sesuai dengan aku, i'm very sure yang lain-lain pun akan suit very well dengan kulit wajah aku (yang mengada-ngada ini). Huhu..So daripada gel pembersih wajah tadi, aku tambah serum, krim kecantikan wajah, selepas tu scrub wajah, toner dan krim siang and last sekali (baru semalam beli) adalah krim malam. Wow! Total barang safi rania gold yang aku pakai adalah.....7 barang kesemuanya! Rekod nih.Aku tak pernah memiliki produk sebanyak itu dari range jenama yang sama. Tak pernah! Dah 32 tahun hidup (amboi pecah lak rahsia).
Panjang pulak introductionnya. Bukan apa, excited sebab inilah jenama produk pertama yang aku cuba yangmurah banget kosnya. Memang aku mencari produk yang murah dan berkesan untuk kulit aku selama ini. Baru sekarang ketemu. Sebelum ni aku pernah cuba clinique, shiesedo, estee lauder, ag2000 - yang kesemuanya sangat mahal tapi kurang berkesan - tak berbaloi la bagi aku.
So dipendekkan cerita kat sini aku nak review kesemua produk Safi Rania Gold yang aku pakai sekarang. Tadaaa..... :
1) Gel Pembersih Wajah
Best sangat pembersih wajah yang satu ni. Lepas pakai, dan dan kulit terasa lembut dan licin. Bila dah pakai lama, jerawat kecil pun dah mula hilang.
2) Serum
Mula-mula beli dulu, aku rasa macam kurang sesuai jer dengan aku. Lama jugak aku tinggal produk ni- tak pakai, then tiba-tiba lepas aku pakai bersama krim pelembab siang, elok pulak kulit aku. Mungkin kena pakai dengan produk Safi Rania Gold yang lain kot. Tapi kalau tanya aku nak beli lagi tak lepas ni, 70% beli, 30% kemungkinan aku tak beli la.Tapi memang elok kalau pakai bersama krim pelembab.
3) Krim Kecantikan
Krim kecantikan ni khas untuk dibuat alas mekap. Mula-mula pakai, cantik bukan main muka aku, yang syoknya habih semua jerawat kecil disapunya. Wah syiok ni...Tapi bila dah lama pakai, kulit macam berminyak la pulak. So sekarang aku dah tak pakai lagi krim ni. Simpan dulu sat.
4) Krim Pelembab Siang SPF 20 ++
Aku tak pernah pakai pelembab sebelum ni! Bayangkan! teruknya aku..bukan tak mahu, tapi malu sebab kulit muka aku nanti tak suka dengan krim-krim pelembab nih. dah 32 tahun hidup, tak pernah pakai pelembab! Bukan tak pernah beli, last pelembab yang aku beli sebelum safi rania adalah pelembab estee lauder. Mak aiii. Punyalah mahal RM 210 satu! Uiii.. kalau aku beli set safi rania gold, dah banyak set dan banyak kali boleh beli. Huhu..
Eh lari tajuk la..Sebenarnya nak review krim pelembab siang ek. Terlebih syiok kot. Hmm..Back to the topic - krim ini yang paling aku suka antara kesemua produk Safi Rania Gold yang aku ada sekarang. Semua pelembab yang aku cuba sebelum ini membuatkan kulit muka berminyak. Tapi krim pelembab ni terasa ringan sangat, kulit terasa moist (bukan berminyak!). Rasa macam selalu nak pakai....
5) Krim Pelembab Malam
Baru beli semalam. Kat kedai biasa je, sebab tu kot mahal sikit. RM 25.00. Kalau kat Guardian rasanya murah lagi. Tapi oklah sebab best pakai dia. Pagi ni rasanya kulit cantik skit berbanding semalam (ker perasantan tak tau la).
6) Toner
Diasaskan daripada air mawar. Bagi aku, ok la, so so jer. Tapi bila digabungkan degan produk yang lain, better skit. Macam biasa jer..Aku bagi markah 6/10
7) Scrub
Tak best sangat macam produk-produk SRG yang lain. Tapi bagi aku oklah sebab tak menjejaskan kulit aku. Again, lebih baik pakai dengan produk2 yang lain, especially pelembab wajah. Tapi kan, sekarang aku dah pakai selang seli dengan Neutrogena Blackhead Scrub (untuk buang blackhead). Best jugak macam tu.
Apapun, aku sangat-sangat bersyukur diketemukan dengan produk ni. Dah satu set aku guna sekarang. Tinggal lagi krim mata je belum beli. Ingat nak beli juga- lepas habihkan krim malam Estee lauder yang aku dapat as a free gift semasa aku beli krim pelembab Estee Lauder tempohari. Walau sekadar free gift, tapi sayang juga kalau tak habihkan. Dah la mahallll..
Pic 5 hari lepas, semasa berbengkel di Putra Brasmana, Perlis.
Pic. syok sendiri. huhu...
Last but not least, aku nak cakap yang aku sayanggg....sangat produk Safi Rania Gold nih!MMUahhh!!
No comments:
Post a Comment