Dulu tak perasan pon something tk kena dgn mataku, tp sejak akhir2 ni, sejak tidoku diganggu gugat. Tarak guna betoiii..huhu. So skrg ni nmpknya bhgn mataku sgt2 memerlukan belaian tambahan. Ada mcm eyebag tak eyebag. Nmpk tak bermaya sungguh, kesian ko mata.
Tengok tu...dh cover bagai, haishhh..tapi masih nmpk mcm ada alien kt bwh mata. Jahat ko alien. Jahat sgtttt!!!...okey..wajah aku kat atas tu sebenarnya telah dimekap dengan tester dari kosmetik Sendayu Tinggi. Antara yang aku letak kt muka - Doll Skin Foundation, mineral foundation,2 way cake dan baked blusher. Baked blusher dgn doll skin foundation mmg superbbbbb...itu danial yg komen.hihi...
Aku ni tak blh tgk la alien2 kt muka nih, tak senang duduk, asyik nk tgk muka je 24 jam. Pastu tgn ni pun gatai la nk google petua itu petua ini bagai. Okey, yes. Memang aku ada guna potongan timun, tomato dan lain2 tapi memandangkan masa yg sangat mencemburui, stok bhn mentah dlm fridge pun tkder, heh malas betoiii...huhu..makanya ready made item la jawapan yang paling sesuai.
Kebetulan hari sabtu tu aku tkder keje sbb kejenya mengikut hasben ke hulu ke hilir, time dia sibuk aku pun tk tau dah nk buat apa, so dengan bersemangatnya aku bawa danial membeli belah di watson c-mart sg petani. Wahhhh..rupanya produk Sendayu Tinggi dah masuk Watson! That was my first impression masa masuk watson ari tu. Bukannya nak cari rak mask lg tuu...hehe...Menyerlah sangat omey sangat produk2 sendayu tinggi yg didisplay kat situ. Produk2 nya pun boleh tahannn...semuanya aku test.hihi....ermmmm..bukan aku jer, si danial pun sama try n test mekap2 utk mama dia. Heeeee.....apa nk buat tkdk baby girl, bawa boy pun jadilah sebagai peneman mama...tapinya habih berkilauan wajah anak teruna aku sorang tu dek keterujaan bermain dgn colors di situ..oohh anakku..."mama hebatnya kedai ni mama blh guna semua mekap kt sini, mama..tk pyh beli, nak mekap mai sini, free ja kan mama". Aiyohh anak aku, melangkaui imaginasi sungguh. Baru je terfikir gitu 12 thn dulu. Hik hik...yerla, zaman belajar nak carik mn duit bnyk2 untuk beli mekap2 tu semua. Klau rasa nk feel feel ala celebriti pegi la body shop ke guardian ke. Sure blh mekap free. Especially time tu body shop le yg selalu akn mekap bakal customer. Sampaikan dah tau klau ada je kwn2 yg balik ke asrama dengan muka gaya artis bagai, tu tadi tu mesti dah pegi body shop. Tapi aku ni kan malu2 cat, tkdernyer aku nk p menahan muka kt salesgirls body shop tu sorang2. Takder maknanyer...
Okey, hari tu aku beli 3 mask. 2 untuk wajah dan 1 untuk mata. Apa ek jenamanya? Tk blh bgtau sbb aku sendiri pun tak tau nak baca jenama yang tertera. Kebanyakannya tertulis menggunakan bahasa mandarin atau jepun atau korea. Ohhh..maybe dari korea kot. Bnyakkkkkkkkk sungguh mask yang afa kat rak. Teruja gila aku masa tu. Pelbagai jenis, pelbagai tujuan dan macam2 ragam ilustrasi pada packagingnya. Ermmm...mungkinkah pilihan mask2 yg aku beli tu semua disebabkan packaging? Maybe....
Yang ni mask untuk bahagian mata. Ohhh..jenamanya blh dibaca okey...nampak kan....botanical choice.
Yang ini pula facial mask. Sexy Look. Explanation kat belakang pack jer yang aku reti baca. Yang bestnya mask ni cover sampai leher. Dan bahagian muka tu boleh ditarik dan sangkut kt telinga, tapi telinga org yg berwajah comel je ye...klau dah besar macam muka aku ni, tegang habih urat saraf untuk semata2 nak tarik sangkut telibga tuh. Punyala payah. Sebenarnya bukan saiz yang sesuai dengan wajah aku ni...
Mask wajah, juga cover leher dan boleh tarik sangkut kat telinga. Kenapa aku beli yang ini? Sebab kartun kat packagingnya cute.huhu...nampak tak perkataan blue-green algae tu? Hihi...macam main pondok2 je kan...seronok!
Balik dari situ terus pakai. Wah! Memang best sbb muka terasa mcm lifted sikit la. Bawah mata pun nampk bersemangat ajer. Oops. Harga? 5.90 for 1 piece untuk mask wajah tu dan 5.90 untuk 4 set of eye mask tadi.
Aku bagi markah 7/10 untuk kesemua mask nih...
No comments:
Post a Comment