Friday, February 24, 2012

Review Produk : Garnier BODY LightExtra WHITENING REPAIRING MILK LOTION

Kulit tangan dan kaki aku dah nak hitam akibat cuaca yang terlalu panas di negeri Jelapang Padi ini. Alahai.. Tak sanggup rasanya mengengok tangan ni hitam.


Tangan dah mula gelap akibat cuaca yang sangat panass





Selama ni aku guna Johnson n Johnson Baby Milk Lotion. Memang berkesan, sehinggalah cuaca kat Kedah ni menjadi sangat panas. JnJ dah tak berkesan lagi mengawal kulitku yang terbakar akibat panahan si matahari. Banyak produk pencerahan kulit yang aku intai-intai selama 2 - 3 bulan ini. Sudahnya aku ketemu dengan Garnier Body LightExtra Whitening Repairing Milk Lotion.

Sempat lagi buat Watson mermbership card

Pada mulanya aku nak ambik Vaseline Cocoa Glow. Manisss sangat baunya, sangat sedap bila kita apply kat tangan. Tapi then bila baca dia punya description, hmmm..lebih baik aku beli Garnier dulu, sebab aku punya skin concern mmg kena dengan Garnier nih - Whitening n Repairing. Rasanya kulit aku yang dah kehitaman ini memang perlu di repair dan di samping itu perlu juga sedikit pemutihan. Sebab itu bagi aku Garnier pilihan tepat buat masa ini. Vaseline tunggu I yer, lagi 2 3 hari you pulak masuk dalam beg mekap I. Huhu...(duit pun keluar jugak masa tu).

Aku ada snap beberapa keping gambar Garnier Body nih + gambar kulit tangan ku yang aku rasa dah kehitaman itu. Malangnya card reader buat msalah pulak - tah kenapa tak boleh nak di recognize oleh PC. Totally tak boleh guna. Nanti  time semua dah ok balik, akan ku masukkan juga pic2 tu ke dalam blog ni.

So, apa yang aku suka tentang Garnier Body LightExtra?

1) Tak melekit/berminyak
2) Mudah menyerap ke kulit
3) Kulit memang nampak cerah skit lepas 3 4 hari guna.

Apa yang tak bestnya?
1) Tak moisturize pun. Maybe sebab itulah ianya mudah menyerap ke dalam kulit
2) Bau tak berapa best. Baunya sebijik macam Garnire tuk kulit wajah. Kena tukar skit bau tu, Cik Garnier oii..

Lepas ni nak pakai selang seli dengan Vaseline cocoa glow.

__________________________________________________________________________________

LATEST PICKUP :

Betulla, lepas buat entry kat atas, terus rasa nak beli Vaseline Cocoa Glow. Yang bestnya harga jauh lebih murah kat Tesco. Tempohari kat Watson RM8.9 tapi kat Tesco tadi RM6.9 jer. Banyak bezanya tuu...Heheheheh..Hahahahaha...Gelak seronok.

Yang tak bestnya, masih tk blh nak upload masuk ke dalam blog ni disebabkan card reader tak nak berfungsi. Geram betul la.

Ini review dari aku selepas sekali penggunaannya (dah pakai pun tghr tadi - tak sabar2) -

   Baunya hmmmmmm...macam yang aku tulis kat atas tadi - sangat wangi, tasty, nyum nyum sedap sangat selepas diapply kat kulit. Berbanding Garnier (juga merujuk pada garnier kat atas), vaseline cocoa glow ni lambat meresap ke dalam kulit, sebab tu agaknya terasa agak berminyak. Tapi lepas beberapa ketika, kulit nampak moist gitu...Memang syok, dengan baunya yang nyum nyum menjilat jari tu, hmmmm memang berbaloi beli. Tapi ini khas untuk moisturize je, bukan untuk tujuan whitening. So aku kena apply dua jenis - pagi vaseline, tghr skit garnier (chewahh macam rajin sngat nak buat macam tu - takpa belum cuba belum tahu).

  Ok, minta diri dulu buat kesekian kalinya lagi. Sebenarnya tadi ada beberapa barang yang aku turut beli kt Tesco. Nak review lain kali la, dah penat review produk tuk hari ni. Uuuuuuuuu...ngantuk dah ni. Bye.....

No comments: