Thursday, April 26, 2012

Gelabah Biawak!

Tengah sebuk kelam kabut buat keje di opis dua hari lepas, tiba-tiba hp aku berbunyik. Siapa lagi ni? Amboi marah pulak ye aku, memang aku kalut minggu ni, dengan macam-macam odit dok nak mai minggu depan, takmoh arr sapa-sapa kacau.

Jeling sikit kt hp punya display - "Cikgu Nor".

Eh, rasanya Cikgu Nor ni cikgu kat taska Umar. Cepat tangan aku grab hp tu (walau dok kat sebelah siku ja tu).

Assalamualaikum. Ni saya cikgu Umar, ini mama Umar ke?
Waalaikumsalam, ya, cikgu, mama Umar ni. Ada apa cikgu?
Umar tadi main-main dengan kawan kat depan bilik, tiba-tiba tersepit jari kat celah pintu. Kami bawa dia pi hospital Jitra, dah x-ray ************---------*#######$$$$$$$$$$$.

Eh, apa cikgu? Umar masuk hospital? Kenapa cikgu?

Ya Allah punyala terkejutnya aku, ketaq orang Kedah kata, jantung ni terus laju berdup dap dup dap...Apa yang cikgu cakap langsung tak masuk kepala otak aku, yang aku nampak perkataan Umar, hospital, hospital, Umar...pemikiran tak bersambung, ker nak kena minum Anmun Essential supaya pemikiran boleh bersambung? Macam iklan featuring Wardina tuh. Alahai...

Umar tersepit pintu, kami bawa dia ke hospital, doktor dah x-ray, tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa yang patah, tulang jari pun tak senget kata doktor. Cuma nampak penyet sikit ja jari tu. Doktor dah bagi 2 jenis ubat, untuk tahan sakit dan bla bla bla....

Pintu?
Hospital?
X-ray?
Patah?
Tulang jari?
Penyet?

Jantung tak dapat dikawal lagi. Nampak bintang bagai...

Umar ni jenis senang makan ubat ke?
Aaa..aah. Senang juga tu cikgu..

Nanti siapa ambik dia, Yatie? Maksu jugak ke?
Aar.

Ok ya, saya minta maaf la ye.
Eh takpa cikgu, cikgu dah jaga sebaik mungkin, Allah dah tetapkan begitu. Jangan risau, saya faham..

Ok, Assalamualaikum
Waalaikumsalam, terima kasih cikgu bagitau saya..

Letak telefon, angkat telefon kat opis, terus call pengarah.

Encik, yatie ni. Saya nak minta keluar sekejap, cikgu sekolah anak saya call, katanya diorang bawa anak saya ke hospital.


Eh, kenapa?
Tak pasti pulak saya..

Kenapa aku ni? Kenapa jawab tak pasti? Ya Allah, memang pada masa itu, aku begitu tak pasti apa yang berlaku, aku tak tau nak komen apa, blurrrrr yang amat.

Ambik kunci Chery, separuh perjalanan baru aku sedar dan makin nyata dalam mindaku apa yang berlaku. Umar tersepit pintu, jarinya nampak penyet sikit, so cikgu bawa ke hospital, jari dah di x-ray, takde pape, doktor dah bagi ubat, maybe sekarang ni diorang dah kembali pun ke taska. Hah! betul la tu. Itu la yang terjadi! Kenapa aku fikir macam-macam sangat ni?

Ya, sebaik masuk ke taska, cikgu senyum ajer,

Umar tengah mandi..
Oo ya ka? Ok..

Satu minit selepas itu,Umar keluar dengan bertuala, hehe..comel ajer,senyum ajer tengok mama..

Assalamualaikum anak mama..meh mama tengok jari, tak sakit dah kan?

Aduh..dalam hati sebenarnya tak berani pun nak tengok jari dia..

Jari mana?

Umar tunjukkan tangan kanannya.

Eh jari mana yang tersepit tadi? Tak perasan ker aku blurr lagi.

Rupa-rupanya bengkak sikit jer kat jari tengah tangan kanan Umar. Takdak la nampak serius sangat. Dah tu kenapa aku kalut sangat? Hai mama nih! Buatnya mama pulak yang pengsan masuk hospital bagai..Eh takmo takmo! Takmo masuk hospital, minta simpang trafik light merah dari bende2 macam tu...haish!

Mama Umar yang gelabah bewak. Umar cool jaaa..Ker cara cikgu sampaikan berita tu yang buat mama pikir macam-macam? Ermmm..bukan salah cikgu la, memang salah mama, cepat sangat jump to conclusion, pastu conclusion tah hape-hape...Lek arr mama, lekkk...

Mama kasi Umar cuti 2 hali holiday!!! Hoorayy la budak tuuuu....

Inilah Umar - Sekali makan boleh habih tiga pinggan. Nak kene ajar memasak nih. Agaknya anak aku ni boleh masuk pertandingan masakan kot.





Wednesday, April 25, 2012

Motivasi Pagi

Awal sungguh aku bangun hari ni. Adakah ada berita gembira pada hari ini? Mungkin juga alarm biologi aku hari ni berbunyi terlalu awal disebabkan makanan semalam? Entah apa yang merasuk fikiranku kelmarin sehinggakan aku berjaya mendapatkan banyak makanan 'tambahan' yang berdiskaun diskaun itu. Apanya yang diskaun? Dapat beli Mocha cake dan egg tart dari King's dengan harga yang ditolak diskaun 50%, dapat beli pizza dengan harga RM1! Pelik en suamiku petang semalam melihat begitu banyak makanan 'segera' macma tu dalam satu-satu masa. Selalunya makanan begitu aku akan beli satu-satu jer dalam satu-satu masa (jaga badan tuuu kunun-kununnya).

Entah buang tebiat agaknya bini aku ni
Abang, Yatie dapat semuanya ni dengan harga diskaun. Lagipun entah kenapa tiba-tiba rasa nak makan kek dan nak beli pizza.


Atau mungkinkah awalnya kebangkitan aku pada hari ini disebabkan teruja nak tengok how do i look selepas berejam2 pakai mask akibat terghairah dok baca blog orang dan kemudian terbasuh muka dengan air sejuk yang terrrrrrr sejukkkkknyerrrr...Ontah apo jadi muko den. Huhu...

Tengok cermin. Nasib baik ok, tak jadi pape, huhu..Trima kasih ya Allah. Kalau tak, psati MC jugak aku hari ni.

Atau, mungkinkah semalam tak boleh tido dok pikir nak pi Pesta Buku Antarabangsa Ahad ni? Uiii lambat lagi tu...Takkan sampai begitu sekali. Teruk benor tu...

Ya Allah...Pls pls pls jadikan hari ini hari yang sangat ceria, sangat bertuah dan sangat efisien buat hambaMu ini...Tolong hamba Ya Allah. Bantu aku untuk mencari di mana bahagia itu berada pada hari yang berbahagia ini..

Sooooo Stresssss????

Ampunkan aku ya Allah. Aku tahu masih ramai yang lebih susah, lebih malang, lebih payah hidupnya dari diriku. Entry aku ini sekadar berkongsi pengalaman yang ada, bukan untuk menidakkan kebesaranMu dan Kasih SayangMu Ya Allah....Yang baik daripada Allah, dan yang lemah itu daripada kelemahan ilmu aku sendiri....

Terdetik di hati untuk menulis entry ini selepas terbaca tentang cara kematian seorang penuntut UPSI 3 hari lalu. Arwah dikatakan terjatuh daripada bangunan, namun ada yang suspect dia terjun kerana menurut rakan-rakan arwah, arwah nampak murung ditambah dengan kelakuan pelik bercakap seorang diri yang menyebabkan ada yang berfikir arwah terlalu stress dan mengambil keputusan untuk terjun bagi menamatkan segala derita yang dilalui. 

Pilu mendengarnya. Siapa yang tahu apa yang arwah lalui dalam kehidupannya? Mungkinkah arwah pada masa itu telah kehilangan kewarasan/akalnya sehinggakan tidak sedar kaki melangkah terjun dari bangunan tinggi yang pastinya kalau kita menggunakan minda yang sedar dan minda yang waras, kita akan tahu betapa sakit dan siksanya kesan terjatuh dari tempat tinggi seperti itu? Segala-galanya dalam pengetahuan ALLAH SWT yang begitu luas ilmuNya...

Eh kenapa aku emosional sangat ni? Kenalkah aku dengan arwah tu? Memang tak kenal, memang tak tahu anak siapa itu, kakak siapa, adik siapa, tapi aku rasa sangat kasihan kerana kalau betullah arwah mengalami stress sebelum meninggal, sebenarnya aku begitu memahami keadaan dan perasaannya ketika itu. Sangat faham.

Pernahkah anda merasa pengalaman dan perasaan begini ? - Suatu detik di suatu hari tiba-tiba anda terasa anda tahu nama sendiri, tapi macam tak kenal diri anda, anda tak tahu kenapa anda berada di tempat anda berada, dan anda tak tahu kenapa anda terasa seolah-olah dikurung di dalam sangkar transparent di satu kawasan yang sangat luas seluas mata memandang. Minda terasa seperti asing dan jammed! Anda pandang anak-anak tapi tiada apa-apa perasaan di situ, anda lihat ibu anda, sama. Tiada apa-apa perasaan langsung! Seolah-olah anda kenal mereka, tapi anda sebenarnya tak kenal langsung!

Atau...

Tiba-tiba anda terasa seperti diletakkan di negara yang sangat asing, keseorangan di dalam sebuah rumah besar yang kosong! Tiada manusia, tiada perabot, tiada jiran, tiada bunyi air, tiada apa-apa! Anda hanya boleh berdiri, walaupun boleh duduk, tapi anda tiada kudrat untuk duduk! 

Pernahkah sesiapa terasa begitu? Kehilangan DIRI sendiri? 

Ya, aku pernah. 5 jam aku kehilangan diri. Aku tidak dapat berfikir. Jammed. Aku boleh panggil anak-anakku, Umar, Danial, aku boleh panggil ibu mentuaku, Mak! Tapi...aku macam tak dapat nak kenal mereka. Aku terasa macam tergapai-gapai berjuang berseorangan mencari minda dan akalku.

Rupa-rupanya ketika itu, aku sedang 'sakit' yang doktor sebut "gangguan emosi".Kejadian berlaku sehari sebelum aku dijadualkan berjumpa dengan pakar psikologi. Tiba-tiba minda macam jammed, berdiri tak kena, duduk tak kena, ambil wuduk tak kena, nak solat pulak tak boleh waktu tu. Dengar Yasin tak kena, tidur tak kena, baring tak kena, bercakap tak kena, diam - lagi laa tak kena! Serba serbi tak kena. Takut I lost my mind betul-betul, aku capai kunci keta, kebetulan ada kakak yang baik dengan keluargaku berkunjung ke rumah mak mentua, aku panggil dia dan aku katakan padanya aku minta tolong dengan dia sangat2 - "saya perlu keluar sekejap, tolong temankan saya". Sebenarnya mak mentua aku sangat tidak setuju - macam mana dia nak setuju, keadaan badanku sangat lemah pada masa itu - selepas tiba-tiba terkena serangan jantung.

Berserabut gila fikiran aku masa tu. Syukur pada Allah, aku selamat pergi dan selamat juga kembali ke rumah. Tapi keserabutan tadi tu hanya berkurang 10% ketika itu. Masa tu dah pukul 4:30 petang. Aku bagitau mak mentuaku, "Mak, tolong temankan saya tidur". Aku tahu dia risau, dia ikut saja apa yang aku minta pada hari itu. Aku peluk kuat tangannya semasa berbaring di atas katil. Minda masih serabut. Segala zikir dan selawat - aku baca sejak mula terasa "pelik" tadi tu. Risau sangat2 - kenapa aku jadi begitu?

Suamiku pulang lewat pada hari itu lebih kurang jam 7:30 malam. Aku panggil dia, aku peluk dan aku ceritakan semua yang terbuku dan berserabut di dada. Dari segala hal yang ada...Dah lama aku tak nangis sungguh-sungguh. Last aku nangis masa arwah ayah meninggal - 7 tahun lalu! Mendengar luahan perasaanku, suamiku pada masa itu hanya melihat dengan mata yang kasihan, dan hanya mampu mengangguk dan mengiyakan.

Apa terjadi selepas itu? 

Selepas sejam! menangis dan meluahkan perasaan, minda dan badanku aku terasa lega! 80% serabut tadi hilang! Perut mula terasa lapar, tekak mula terasa dahaga.

Bayangkanlah, betapa seseorang yang sedang di dalam keadaan stress AMAT AMAT AMAT memerlukan seseorang yang boleh dia bawa bercerita, yang boleh dia rasa percaya, yang boleh dia luahkan perasaan kecewa, terkilan, sedih, marah dan geramnya...Pelukan, sentuhan dan kata-kata yang sedap didengar perlu diucapkan kepada orang ini. Pokok pangkalnya, dia memerlukan seseorang. Selalulah bagi sokongan kepada kawan-kawan, adik, abang, kakak, suami, isteri kita yang nampak "murung sejak kebelakangan ini". Ubatnya adalah kasih sayang...itu sahaja. Cukup itu sahaja. Ubat, air penawar, bla bla bla - yang lain-lain tu sekadar backup.

JANGAN SESEKALI TINGGALKAN ORANG YANG KITA KASIH, YANG KITA SAYANG, YANG KITA AKAN RINDUI APABILA DIA TIADA, DALAM KEADAAN SEDIH DAN MURUNG. ia boleh membunuh!


Sunday, April 22, 2012

My First Giveaway I Really Want This!

This is my first entry on Giveaway! Tak tau pulak dunia blogger sekarang ni dah jadi makin excited macam ni ek.

Aku ada buat beberapa 'lawatan sambil belajar' di beberapa blog - saja cari keseronokan, hehe..Then aku jumpa satu blog ni, blog Noor Azlina Abdul Samad, oh oh die pun orang Aloq Setaq jugak yer. Lin, kalau saya menang Giveaway tu, Lin tak payah susah-susah pos. Kita jumpa jer kat mana-mana, eheee..Alor Setar ni bukannya besar mana ye tak Lin?

Aku terserempak dengan Giveaway dari Lin ni kat SINI. This is first Giveaway yang aku join. So, wish me luck!


Saturday, April 21, 2012

TAMAN ULARZZZ..- PERLIS

Jumaat lepas kami buat decision untuk bawa anak-anak jalan-jalan - kata orang cara ni boleh mengembangkan minda anak-anak. Kami jarang sekali dapat bawa Umar dan Danial jalan-jalan disebabkan nature keje ayah - cuti sekali jer seminggu dan tak ada cuti lain! Cuti sehari tu pun kadangnya hari Jumaat, kadang-kadang Selasa, ada jugak tu hari Sabtu. Disebabkan aku tak nak gangu en suami berehat time cutinya, so jarang yang amat aku minta dia bawa kami ke mana-mana. Melainkan dia yang ajak.

Perjalanan ke Perlis sungguh mengasyikkan, suasananya sangat serasi dengan jiwaku - suasana kampung yang masih 'dara' - masih banyak hutan dan rumah gaya tradisional...

Siap bawa peta lagi..

Perjalanan yang damai..'hijau' di mana-mana

Sawah padi sedang diairkan

Cantik...

Cantik kan kaler hijau macam ni..
Kami sampai di Taman Ular lebih kurang 9.00 pagi - tak ada siapa pun lagi time tu! Kami adalah geng first yang masuk ke dalam Taman 'berbisa' tersebut. Bulu roma dah terasa semacam sebaik kaki melangkah masuk. Ular-ular diletakkan di dua bahagian - sebahagian dalam  bilik pameran, sebahagian lagi diletakkan di kawasan terbuka di kawasan taman dengan dimasukkan ke dalam sangkar masing-masing. Ada rumah tedung, ada rumah ular sawa, ada juga tempat kurungan biawak, buaya dan iguana.

Abang excited berlari-lari masuk ke dalam bilik pameran, adik pula takut-takut. Adik pegang tangan ayah kuat! Kesian adik. Mama pon takut gak!

Entrance bilik pameran ular. Kat sini ada ular hidup dan ada juga ular yang diawetkan.

Tinggal mama sorang bergambar. Anak-anak mama sibuk dok kaji ular

Hmmm..sempat juga cekup bebudak nih

Ular Sawa.

Iguana pun ada nih. Nampak sekor ni jer. Kesian takder pasangan ker?

Dok mencarik biawak tuh. Binatang-binatang kat sini semuanya pasif- susah nak tengok di mana berada

Ini sangkar ular di kawasan terbuka dalam taman. Setiap sekor ada 'rumah' masing-masing. Tak sunyi ker dok sorang-sorang?

Buaya

Ostrich pun ada?

Mama, ayah, adik
Sekejap jer kami kat dalam taman tu. Di samping rasa rimas lama-lama kat kawasan ular, banyak juga nyamuk kat situ. Nyamuk aedes! Bahaya, bahaya. Lebih kurang pukul 11.45 am macam tu dah keluar dari taman ni.

Masa masih awal. Apa lokasi seterusnya? Nak ke gua kelam? Tutup pula sebab diorang sedang buat renovation. Bincang punya bincang, "Padang besar jerla ayah! Boleh gak belikan baju ultraman/spiderman/ben10 untuk anak-anak. Adik dah lama tanya baju ultramannya sebab yang ada tu dah hilang kat sekolah katanya". Panjang cadangan aku berserta justifikasi sekali. Hehe...

Kat Padang besar .....

Parking yang masih banyak kosong. Kalau sampai lewat sikit, mesti tkdernyer parking macam tu

Ayah dan abang dok berbincang menu yang nak diorder

Adik dok buat perangai - mengantuk sangat dah time ni
So, apa yang dibeli kat situ? Pusing punya pusing punya pusing, takder apa yang dibeli kecuali sehelai baju kamen rider masing-masing untuk Adik dan Abang.Huhu..Sehelai jer? Hujung bulan maa. Tunggula next month, mama beli semua jenis baju yang ada kat situ. Hehe..Sian anak-anak mama yer. Mama akan sentiasa ingat pengorbanan anak-anak mama yang baik nih! Mama sayang semua.

Petua Menegangkan Kulit Wajah

Teringin lak buat entry petua kecantikan hari ni. Petuanya aku dah cuba beberapa kali dan sangat best la :-

Bahan-bahan :


1) Masker Tomat (tomato) dari Mustika Ratu
Inilah masker tomat ituu..

Dan dia nyer penerangan tentang cara penggunaan serta khasiatnya 
2) Setengah biji tomato masak ranum - Perlu masak ranum, kalau tak susah nak perah keluarkan jusnya.

Cara-caranya :

1) Masukkan sedikit serbuk masker tomat Mustika Ratu ke dalam mangkuk kecil - jangan letak air dulu
2) Ambil tomato masak ranum, belah dua dan perahkan airnya (hanya dari sebelah tomato ajer) ke dalam mangkuk tadi.
3) Kacau campuran bahan tadi, kalau terlalu pekat, baru masukkan sedikit air (sikit jer yer)
4) Sapu atau dab2kan ke wajah campuran tadi tu
5) Tunggu sampai kering. Sambil tunggu kering tu, bolehla letakkan hirisan timun atau tomata di atas mata. Insyaallah nanti mata akan terasa segar dan muda...

Thursday, April 19, 2012

A Walking Tree????

Disebabkan dah tak ada idea pakaian bagaimana aku harus pakai ke pejabat, aku sengaja pakai blouse dengan skirt A line pada pagi tadi. Lagipun student sedang bercuti, masa ni lah nak pakai glamour-glamour skit, hehe..padahal tak glamour mana la jugak, huhu.. Kalo tak, malu pulak dengan bebudak remaja iteww..

Aku padankan blouse kaler coklat gelap berbunga-bunga english design dengan skirt yang juga berwarna coklat gelap. Tapi-tapinya...tudung aku agak kontra, nak glamour sangat kununn..hijau tua gelap,hehe..

Sebaik melangkah masuk ke dalam office, ada pulak rakan yang berani beraninya menegur pakaian aku pada hari itu! Katanya ni apasal pakai baju kaler lain, tudung lak kaler lain? Selamba aku  menjawab "Ok apa? kan warna senada ni? Warna dari kumpulan yang sama kan, nampak tak ni?". Dia pula berani-beraninya menjawab "Macam pokok la K yatie"."Ok, jom ikut K Yatie pi pasar tani, sekarang jugak kita p. 10 min jer ye".

Heh, apa susah? Pasar tani dekat ajer. Dalam kepala otak aku ni, berpusing-pusing tayangan imej tudung bawal 2 tone yang menjadi kegilaan aku sekarang ini. Sampai saja di situ, dengan cepatnya aku berjalan kot-kot jalan lambat-lambat terlebih pulak masa diambil kat situ. Karang ada yang mencarik di office sana...

Jalan punya jalan dengan masa tinggal beberapa minit saja lagi, tiba-tiba mata aku tertangkap dek bayangan maut "tudung bawal printed" yang sedang up sekarang nih. Cantik juga, hmm cantikk, ermmmm cantik sangat sangat, itu kata-kata hati aku sebaik mata menangkap beberapa helai tudung yang berdot-dot coraknya. Banyak pilihan, basenya warna cerah. Oleh sebab itu nampak terlalu cantik, cantik sangat sangat sebaik aku kenakan di atas kepala. Mana taknya sesuai la dengan pakaian english design kaler coklatku itu jika dibandingkan gandingannya dengan tudung bawal plain kaler hijau terang yang ku pakai. Baper ringgit kak? Terus sahaja aku bertanya tak mau lambat-lambat lagi nanti buang masa lagi. 15 ringgit dik. Hmmm..Oklah kak, saya ambik yang ini ya. Kejap lagi nak pakai terus, kak lipat jangan bagi nampak kedut sangat tau. Haha..Selamba dengan muka tak malu aku berpesan dengan kakak jual tudung tu. Betul, hasrat memang nak pakai sebaik sampai office nanti. Tak mahu ada lagi yang tegur aku Pokok Berjalan. Huhu..

Sebaik sampai office, aku lipat siap-siap bentuk 3 segi dan hangkan kat atas kerusi aku. Kot-kot nanti tak la nampak kedut sangat. Dan lebih kurang 15 minit lepas tu terus aku tukarkan ia dengan tudung plain hijau yang aku pakai awal-awal pagi tadi tu..

Sekarang dah ok, tak nampak macam 'a walking tree' lagi
Dalam dok pakai tu, tup-tup ingatanku kembali mengimbau kenangan tahun 1990an dulu, maybe antara tahun 1997-1999 macam tu. Kalau tak salah aku la, tudung yang sekarang dinamakan bawal printed ni sebenarnya dulu adalah Tudung Turki! Haa betul la tu! Tak syak lagi. Jenis kain pun lebih kurang ajer, cuma design pada tudung jer yang nampak moden skit. Rupa-rupanya ia dah kembali! Aku pernah pakai dulu, masa tu glamer gila tudung gini. Hmmm kat mana la gambar aku zaman dolu-dolu tu yer, kalau tak boleh aku masukkan kat sini gaya Tudung Turki tu. Nantilah, akan aku cari dlm fb rakan-rakan se UUM dulu tu. Mesti ada nih!


Kalau dulu aku suka tudung jenis ni, sekarang pun sukaaa sangat. Betullah bila orang cakap tentang putaran masa. "Putaran". Benda yang boleh berputar sifatnya sudah tentu bulat kan. Bila dah bulat tu sekali sekala kita akn jumpa 'spot' yang sama apabila ia berpusing giteww. Agaknya sekarang ni 'spot' sekitar 1990an dulu dah kembali kan. Fesyen pun ikut sama berputar.




Nanti kita tengok apa lagi yang akan kembali selain tudung turki yang sekarang disebut "Bawal Printed" ini...................

Thursday, April 12, 2012

REVIEW PRODUK : AG2000


Aku pasti ramai yang tak perasan mengenai keberadaan produk ni di pasaran, it doesn’t matter sebab aku bukan nak jual produk ni, cuma macam biasa, aku sekadar mahu berkongsi maklumat atau lebih mudah menzahirkan perasaan aku terhadap produk kecantikan yang aku telah atau sedang cuba.

Aku temui produk AG2000 sekitar penghujung 2007, aku masih ingat sebab masa tu aku sedang pregnantkan Umar. Antara yang aku cuba for the first try adalah cleansing milk, cleansing foam dan juga krim malam atau lebih spesifik lagi Multiactive night crème.

A+ untuk cleansing milk dan juga night crème tersebut, tetapi aku terpaksa letak markah B bagi cleansing foamnya kerana agak ‘kasar’ pada kulit wajahku.

Dan ya, aku seronok menggunakannya sehingga aku suatu hari mengambil keputusan untuk mencuba produk lain yang lebih murah. Masakan tidak, harga produk ni agak tinggi. Contohnya bagi botol kecik 15 ml cleansing milknya sahaja dah berharga RM 16, kalau botol besar 60 ml RM 54.00. Waduh waduh! Multiactive night crème pula berhara RM 45 bagi botol kecik 15 ml dan RM 110.00 bagi botol dengan kapasiti 30 ml. Memang sangat cermat bila guna, takut tak dapat tahan sampai sebulan!

Dan selepas melupakan produk ini buat beberapa ketika, selepas penat mencuba produk lain, aku tiba-tiba terserempak dengan booth yang jual AG2000 ni di Tesco Alor Setar. Selepas berbual-bual beberapa ketika dengan adik yang jaga booth tu, aku tersedar yang produk skincare yang aku tercari-cari selama ni sebenarnya aku dah pernah cuba pun. Tapi disebabkan nak cuba yang lain, aku lupa terus dengan produk terbaik aku pernah cuba sebelum ini.Huhu..

Cleansing Milk

Inilah dia...

Kandungan Cleansing milk di tangan...

Produk AG2000 adalah satu-satunya range produk yang aku pernah cuba yang tidak ada toner/softener/yang seangkatan dengannya. Fungsi toner tersebut digantikan dengan cleansing milk. Betul, selepas apply cleansing milk ni, kulit wajah terasa lebih lembut, pori-pori kelihatan mengecil dan wajah kelihatan lebih muda berbanding sebelum pakainya. This is the best cleansing milk yang aku pernah cuba. Really good, aku pun feel good ajer lepas basuh muka.

Cleansing Foam
Berkali-kali aku cuba cleansing foam ni, at last aku pasrah – ianya tidak sesuai dengan kulit wajah aku. Selepas basuh muka dengan cleansing foam AG2000 ni kulit muka aku terasa tegang dan kasar. Tak tahu kenapa. Dah banyak kali beli, kemudian simpan dalam almari, kemudian guna semula, dan akhirnya lepas habih botol terakhir, aku dah tak ingin cuba lagi.


Multiactive night crème.
Produk krim malam yang sangat bagus, kalah semua jenama antarabangsa yang pernah aku cuba Рantaranya Estee Lauder, Shiseido dan Clinique. Kulit wajah akan jadi lembab (lembab yang nampak cantik), cerah serta tegang. Tekstur keseluruhan wajah nampak lebih muda. Seronok dalam tempoh penggunaan produk ni. Satu-satunya yang tak best adalah harganya yang agak tinggi. Sebab tu aku asyik mencari produk lain yang lebih murah dan sama berkesan dengannya. Malangnya tak ada, sampai lah sekarang. So bulan depan aku akan gantikan bajet untuk kosmetik dengan bajet untuk skincare pula. Aku akan mula pakai balik cleansing milk dan multiactibe night cr̬me tersebut.

Wednesday, April 11, 2012

BOYS N GIRLS - THIS IS MY PERSONAL SHOUT!

(Mood serious untuk entry kali ni)...

Aku pernah buat entry tentang apakah sebabnya aku namakan blog aku ni silentshout! Entry yang dibuat agak lamaaaa sebelum aku jatuh sakit akibat serangan jantung.

Ok, dalam entry aku tu, aku ada sebut tentang aku akan masukkan apa sahaja yang 'terasa' dihati untuk dipostkan. Tapi, mungkin tidak semuanya/tidak sepenuhnya perasaan aku diluahkan yang menyebabkan keadaan jiwa aku menjadi agak parah sehingga menyebabkan jantung aku tidak berdaya lagi menahan semua perasaan yang aku simpan itu...

Mengimbau kembali apa yang terjadi pada 12 12 2011 yang lalu (eh eh angka pada tarikh tu..agak unik kan, baru hari ni aku perasan tu..), hari masih pagi ketika aku terasa something yang tak kena dan perasaan aku yang agak 'pelik' pada hari tersebut. Memang ada debaran di dada yang membuatkan aku terasa agak 'mengah'.

Ketika serangan jantungku berlaku, hanya aku dan Umar sahaja yang berada di rumah mak, kebetulan minggu tu aku balik Merbok, dan kebetulan hari tu Sabtu. Mak dan K Midah akan ke pondok untuk mengaji, so memang tiada siapa yang tinggal kecuali aku dan anak-anak.

Aku rasa lebih kurang pukul 9:30 pg, ketika aku sedang membaca surat khabar di ruang tamu rumah, ketika Danial telah jauh di rumah bekas pengasuhnya dan ketika adik Umar sedang leka menyusun puzzle...Degupan jantungku terasa lebih laju dan lebih laju dan lebih laju. Aku mula berasa sangat tidak selesa, lalu aku bangun dan berjalan-jalan sehingga jauh ke halaman rumah mak. Pada masa tu aku berasakan yang dunia semakin gelap dan semakin gelap, tetapi degupan kuat jantungku terasa semakin hebat, seolah-olah ada sesuatu yang mengetuk-ngetuk di dadaku dengan kuat.

Sampai di hadapan pintu rumah, penglihatanku semakin kelam dan aku yang tak pernah mengalami pitam/pengsan sepanjang usiaku ini merasakan yang aku pasti akan pitam dalam masa beberapa minit sahaja lagi. Alhamdulillah, aku sempat capai telefon dan masih nampak nombor yang aku akan dail. Terus aku cari no telefon K Midah kerana aku dah pasti suamiku telah sampai di pejabat pada waktu-waktu begitu. "Ya Allah, aku dah tak ada masa ni", aku hanya nampak K Midah kerana jarak rumah mak dengan madrasah lebih dekat berbanding jarak rumah mak dengan tempat kerja suamiku. Degupan di dada pada masa itu telah menjadi terlalu kuat sehingga aku rasa terlalu sukar untuk bernafas. Aku terus call K Midah dan sampai sekarang aku masih ingat perbualan dengan K Midah pada masa itu kerana yang mampu aku lafazkan di saat itu adalah, "K Midah cepat balik, aku nak pengsan". Terdengar suara kelam kabutnya di telingaku, "Hang pasai apa, ok ka?" dan aku terus menjawab dengan sangat cepat "Jangan tanya, balik cepat, balik cepat!" Itu sahaja dialog pada masa tu. Aku cuba make it as short as possible sebab memang aku terasa sangat lemah, jantung berdegup dengan sangat kencang dan aku pasti akan pitam bila-bila masa sahaja.

Menunggu K Midah sampai di rumah bagaikan menunggu nyawa kedua, betul. Aku nampak kereta kancilnya yang memecut laju di hujung jalan ke rumah. Sampai sahaja, terus dia masuk ambil tudung dan beg aku.Keadaan aku pada masa itu sangat lemah, aku dah tak mampu nak bergerak lagi. Bekalan oksigen dah terasa macam tak ada langsung di dadaku. Aku sempat call suamiku, maybe this is our last chat since pressure di dada ini terasa begitu hebat.

Sampai di klinik kesihatan Merbok, aku diberi rawatan dan diminta berehat sekejap. Pada waktu itu, nafas terasa agak teratur berbanding sebelum itu. Lebih kurang 20 minit aku dirawat, aku dibenarkan balik. On the way balik tu, jantungku kembali menendang-nendang dadaku. Sebaik sampai di rumah, kami berpatah balik untuk ambik mak di madrasah dan pada masa tu suamiku menelefon dan dia minta K Midah bawa aku ke hospital. Subhanallah! Jarak masa 30 minit dari kampung ke hospital terasa sangat menyeksakan, terasa sangat jauh, terasa dah tiada harapan! Terbayang wajah arwah Soby, rakan pensyarah yang baru berusia 34 tahun, yang 2 minggu sebelum itu meninggal secara tiba-tiba - disyaki akibat serangan jantung. Oh, tidak! Oh tidak! Aku mula terbayang sekujur tubuhku berada di dalam kain kafan, di kelilingi keluarga dan rakan-rakan yang kesemuanya sungguh tidak percaya dengan apa yang mereka dengar dan lihat - diriku yang telah kaku! Aku cuba buang bayangan tersebut, aku merayu pada Allah supaya panjangkan umurku, walau aku tahu jika ajal sudah ditetapkan, ia pasti akan berlaku juga. Itu janji Allah! Terbayang-bayang wajah kedua anakku yang masih kecil, masih sangat dahagakan kasih sayang mama mereka. Suamiku menunggu di pertengahan jalan, lalu aku dibawa dengan keretanya pula! Sebenarnya dalam perjalanan tersebut, kami ada singgah beberapa kali di beberapa klinik yang berdekatan - aku dah tak tahan sangat, penat pun yang teramat sangat. Aku boleh nampak mak aku yang sangat sangat sangat risau, sampai dia sendiri dah tak tahu nak buat apa. Masakan tidak, seluruh wajah dan tubuhku dah terasa semakin sejuk dan sangat pucat pada masa itu. Mulut dan hatiku tak sudah sudah mengucap, terasa itulah penghujung umurku...

Terasa agak lega apabila kereta yang dipandu suamiku akhirnya sampai di perkarangan hospital. Aku terus dibaringkan di katil dan doktor pasang entah alat apa aku tak nak ambik tahu pada masa tu. Itulah alat yang mengukur degupan jantungku - rupa-rupanya! Subhanallah! Patutlah aku terasa sangat penat, rupa-rupanya jantungku berdegup 210-240 kiraan seminit! Yang aku tahu degupan normal adalah antara 80-90 degupan/minit sahaja!

Dipendekkan cerita, aku dimasukkan ke hospital pantai, Sg Petani sebanyak dua kali dalam masa seminggu kerana masalah yang sama, dan aku telah MC selama hampir 2 bulan! Dan syukur pada Allah, selepas semua ujian yang dijalankan, doktor mengesahkan yang aku tidak mengalami sebarang masalah pada jantungku, juga dia sendiri tak pasti apa sebenarnya yang tidak kena dengan aku.

Juga dipendekkan cerita, keadaan aku yang lemah dan sekali sekala penat selepas dimasukkan ke hospital menyebabkan aku telah pergi ke beberapa hospital yang lain, dan akhirnya, aku direfer kepada satu-satunya doktor pakar psikologi di sebuah hospital swasta di Alor Setar. Di situ aku menemui jawapan kepada semua persoalan aku selama ini - aku mengalami tekanan emosi yang agak serius yang akhirnya menyebabkan serangan jantung tersebut. Ya Allah! Ini jawapan yang aku cari-cari? Doktor cakap orang seperti aku ini jenis yang memendam perasaan, perasaan yang dipendam itu pula tidak pernah dinyahkan, akhirnya merosakkan fungsi jantungku. Seserius itukah? Subhanallah!!!

I did remember banyak perkara/banyak jenis manusia yang menyebabkan aku sedih, marah dan geram. Aku selalu mengambil sikap sabar sabar sabar. Rupa-rupanya sabar pun kena ada caranya. Tak boleh sekadar  lihat, sabar dan akhirnya aku buat koleksi marah dan tak puas hati itu di dalam hatiku. Selepas bertahun mengumpul semua itu, aku dah tak tahu nak manage macam mana lagi yang menyebabkan ia akhirnya memberontak dan menyerang jantungku yang tidak bersalah itu.

Tetapi, sakit aku itu banyak mengajar aku, di mana aku pasti tidak akan fahaminya jika tidak mengalami sendiri. Aku tak akan faham kepentingan solat tahajud, istikharah dan dhuha, aku tidak akan faham kepentingan menjaga jiwa, aku tidak akan faham betapa sukarnya jalan ke syurga itu..

Aku kini akan sentiasa check tahap keceriaan aku pada setiap hari, aku buat apa yang aku rasakan aku nak buat pada masa tersebut - aku akan cari apa yang boleh membuatkan aku gembira - yang selalunya berakhir dengan - tambah satu lagi skincare - tambah satu lagi eyeliner - yang kebanyakan aku tak guna pun, huhu...Dan aku paling seronok review produk kecantikan, sebab tu banyak entry aku berkenaan skincare yang aku guna atau kosmetik yang aku baru cuba. Hehe...

Dan...rupa-rupanya blog yang aku setup ini banyak manfaat kepada aku, yang aku akan gunakan sebaik mungkin - akan aku masukkan semua perasaan geram, seronok, marah aku di sini. So, buat sesiapa yang aku kenal - yang tersinggah di sini, dan tiba-tiba terbaca entry yang terasa macam terkena batang hidung sendiri, aku minta maaf terlebih dahulu. This is my way to stay alive! Aku berjuang untuk hidup, tahu! Anda patut bersyukur aku tak marah-marah dan memaki hamun macam sesetengah orang buat di depan semua orang, yang aku buat hanyalah sekadar menulis di blog!

Masa ni time sakit - letih sangat, tak larat tapi alhamdulillah masih sempat sambut birthday Umar secara ala kadar





PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG KE-14

Bagus bila selalu macam ni. CUTI CUTI CUTI. Hari ni cuti, semalam cuti, tapi terpaksa pi kerja. ESOK PUN CUTIIII!!! Yabadabadoooooo!!! Bukan senang aku nak bercuti panjang, selalu tu ada-ada saja penghalang. Nak submit itu, nak siapkan ini, nak attend kepada masalah inun (bahasa apa ini?)...

Terasa ringan kepala dan utak-utakku (kepala otak, hehe) apabila sahaja tiba hari cuti. Macam semua kerja dah boleh dilangsaikan. Kerja rumah jer, bukan kerja kat pejabat, heh!

En suami pulak turut cuti pada hari ini, seronok seronok seronok. Sekarang dah pukul 3:08 pm. Almost semua plan dari masakkan sarapan, basuh baju, kemas baju, lipat baju, kemas rumah, belek habuk, semua dah hampir selesai. Kalau ada pun tinggal 1% jer lagi untuk disiapkan. So apa lagi, kejap lagi boleh la zzzzzzzzzzzzzzzzzzz....sekejap. Tapi sebelum 'ulaq melingkaq ataih pagaq', hehe...nak juga aku buat satu entry untuk today, supaya nanti aku akan ingat balik kenangan indah yang berlaku pada hari ini.

Haa, sebut tentang tajuk entry- pertabalan yang di pertuan agong ke-14 pada hari ini, tahniah kepada Sultan dan Sultanah Kedah - negeri kesayangan tumpah darahku ini kerana telah dipilih untuk menaiki takhta Yang Di-Pertuan Agong Malaysia especially pada Sultan Abdul Halim kerana ini merupakan kali ke-dua baginda menaiki takhta.

Plan hari ni nak rehat-rehat jer sambil selesaikan semua kerja-kerja rumah yang tertunggak. Semalam memang dah waste time untuk buat kerja-kerja rumah tu. Proposal tajaan punya pasal, habih yang lain tak menjadi. Huhu..Aku patut pegi untuk kelas jer semalam tu, kelas 9:40 am sampai 12:40 pm. Tup-tup sampai  semula di rumah jam 5:15 petang! Kerja, kerja, kerja...Dah kerja makan gaji, memang lagu tu la gayanya. Yang penting diri dan jiwa mesti flexible. Kalau dah cuti, tapi masih ada perkara sangat penting di pejabat yang perlu diselesaikan, kenalah attend, betul? Sebab aku sorang jer yang dok buat mende tu, tak ada orang lain boleh ambil alih masa tu. Anyway, aku niatkan apa-apa yang aku buat tu demi Allah dan untuk kepentingan semua pihak - kolej, pensyarah jabatan dan yang paling paling penting untuk student serta bakal student. Manalah tahu, kerana proposal aku yang tak seberapa itu nanti berupaya memberikan kebahagiaan kepada orang lain yang memerlukan. Insyaallah. Moga ianya diterima oleh pihak yang berkenaan. Aku sediakan isi ajer, yang nak fight bukan aku, hehe...Lepas dah siap proposal tu, bolehlah aku dok diam kat rumah 2, 3 hari ni....Hooorayyyyy...

Tak seronok entry kalau tak ada sekeping dua gambar. Hmmmm..lepas browse semua gambar-gambar yang ada untuk hari ini dan juga semalam....inilah dia gambar yang menang dan terpilih untuk entry aku kali ini :

Adik dan abang sedang kemaskan bilik diorang. Cayalah anak mama!

Tak pernah menolak bila diminta kemaskan bilik atau whatever kerja kemas-mengemas yang mama assignkan. Mama sayang abang dan adik!

Di sebalik kuat menangis, selalu berseloroh 'tak kena tempat', kedua anak mama nih sangat rajin bila sampai bab-bab tolong mama atau ayah. Minta la apa sahaja, tolong ambilkan pinggan, tlong tumbukkan cabai, tlong ambilkan itu, ambilkan ini, tolong hantar kuih, gulai, nasi ke rumah tok atau nenek, pasti takkan ditolak oleh kedua anak-anak mama, terutama sekali abang. Terima kasih sayang...Bukannya penting sangat pun untuk adik dan abang siapkan assignment yang mama bagi tu, tapi yang lebih penting, anak-anak mama nanti mampu berdikari, rajin membantu orang yang memerlukan. Itu sebenarnya yang mama nak anak-anak mama belajar.

Hmmm..hari yang best, patutnya kena ada zzzzzzzzzzzzzz... yang best juga. Jom layan...

Sunday, April 8, 2012

KARNIVAL SUKAN MARA

5 hingga 7 April 2012 melakar sejarah tersendiri dalam hidup aku sebagai staf di kolej tercinta ini. Rombongan para atlet kebangsaan bertolak dari Alor Setar pada hari khamis lagi. Tapi aku dah bagitau boss aku pi lambat skit sbb nak sambut birthday dulu. Heh. Malu jugak bagi alasan yang rupa gitu, apakan daya, dah tk tau nak bagi alasan apa. Memang betul pun aku tak nak pi awal sebab birthday aku jatuh pada hari Jumaat 6 April 2012. Ditambah lagi dengan game netball yang hanya akan start pada Sabtu 7 hb, so apa lagi, aku pun ambik la segala kesempatan yang ada..

So, Jumaat 6 April 2012, aku sampai di IKM Sik lebih kurang pukul 7.30 mlm, naik ke bilik penempatan para atlet kebangsaan. Wah wah! Tepat keputusan aku untuk masuk lewat sehari. Kalau tak...hehehehe...Biasala kan, dah namanya asrama pelajar. Takkan sama macam mahligai syurgaku di rumah...


Kebetulan hari Sabtu tu, en suami tak jadi keje (boleh pulak macam tu yer), dan dia bawa geng-geng pasukan sorakku sekali - Umar dan Danial.
Alamak koboi mana pulak ni..Mana kuda bang!

frm left - basha, k rosni, k zaiyati

frm left depan salina, ijat
Game kami pada pkl 10.00, 11.30 dan hampir ke pukul 1 kalau tak salah aku. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!! HITAM!!!!!!!!!!!!!!!! tanganku........

Memang ketara sun burn kat tangan aku bila aku bandingkan lengan atas dengan bawah. Tu laaaa.. sapa suruh tak pakai inner.Waaaaaaaa!!!!! Tak sanggup!!!

Nasib muka maintain cerah beb! Kalau tak memang meraung la aku. Bukan senang nak hilangkan sun burn nih.

Kata boss - tak menang takper, janji menang gaya. Huhu...

Apapun, team ni mmg best!

Tengok tu, semangat..
Kitorang memang sporting gilaa semalam.. Kalau diikutkan memang kami patut balik jer lepas game ke dua tu - kalah teruk (teruk betuii). Tapi mengingatkan kata-kata bos, pesanan bos - 'kalau kalah, biarlah kalah bermaruah". Nampak perkataan bermaruah tu?? Itulah yang menyebabkan kami masih menunggu walau dah tahu dan pasti takkan move to the next stage/round. At last, berbaloi menunggu kerana kami hampir-hampir menang untuk last game tu!

GO, GO, GO..................

Saturday, April 7, 2012

MY BIRTHDAY BIRTHDATE!

6 April 2012, genap umur aku 33 tahun. Menarik juga angka begini ye. Harapnya tahun ni aku lebih tabah dan kuat hadapi segala ujian mendatang dari Ilahi.Tak nak sakit lagi tahun ni. Huhu..
Suami tersayang – tak pernah melupakan tarikh tersebut setiap tahun. Dia pasti akan ingat, siap letak dalam reminder telefon lagi tu. Cayalah! Thank you sayang. Setiap tahun en suami belikan aku hadiah. Walau tak sehebat mana – kot-kot BMW sebijik baru kira hebat. Hiiii….Tapi ingatan itu yang sangat sangat sangat aku ingat dan sangat sangat sangat aku hargai. Hadiah bukan nilaiannya, tapi kerana ingatan tersebut, orang bersusah payah carikan hadiah sempena hari kebesaran seseorang. Syukur sangat dapat en suami yang seperti itu. Sekali lagi, terima kasih sayang…


Inilah hadiah dari en suami tersayang, tercinta dan ter ter ter semuanya…US POLO ASSN. Senyum lebar aii..

Pandangan dalam beg. Merah bercetak dengan perkataan US POLO ASSN. Sungguh bergaya! Seronok seronok seronok.



Special hadiah dari K Reha! Syok baca mesej yang tertulis kat atas pembungkus hadiah tu. Dan..sayang nak bukak.

Bila dah buka, haa, inilah isi kandungannya. Tadaaa..
Hadiah buku resipi masakan. Heee..Lepas ni jangan cari alasan tak pandai masak yer yatie…Dah penuh dalam bilik segala jenis buku resipi dok ada tu. Thanks k reha! Best sister ever! Luv u, luv u luv uuuu

And, malam tadi en suami berbesar hati belanja aku dan anak-anak makan malam di Kenny Rogers. Not bad.Tapi yang paling seronok dah tentu kedua hero semalaya aku, Umar dan Danial. Mama dan ayah jarang makan di luar. So, sesekali bawa diorang makan, hmmm memang tak menang tangan melayan.


Biar chef yang pilihkan menu. Serius betul dah tu…

Antara pilihan menu yang ada.

Mama dan Umar

Mama dan Umar yang tak pernah dok diam

Mama dan abang danial

Cer tengok adik Umar, heiii...

Tu dok buat perangai

Kenapa dengan anak aku si Umar nih



Minuman dah sampai! Sedapnya tengokkkk
Wah nampak sedap! Perisa BBQ. Tapi it turn out 'tk berapa sedap sangat'. Huhu..

Hmmm..Akhirnya barulah dapat snap pic Umar yang nampak 'anak yang baikkk gitu..'Hehe

Petang 6 April, aku sempat sambut birthday (bersama kek) sebelum bertolak ke Sik untuk karnival Sukan MARA Peringkat Negeri Kedah. Celebrate bersama mak, anak-anak, anak sedara dan kakak-kakak. En suami keje pada hari tu. Huhu..Sedihnya, tapi ok la, time aku sibuk dok buat ISO 5S apa segala, dia support my back, time dia sibuk pulak, aku pun kenelah bersikap macam dia terhadap keje-keje aku. Amannn hidup. Hehe..


Kak Niroh baru beli Grand Livina. 'Bontot' sapa lagi cantik ni? Chery ke Grand Livina. Kalau tanya Danial, dah tentu Chery!!!

Aku suka gambar ni. Cantikk dan harmoni

Sedap gak naik keta baru. Seat pun best


Makan-makan yang bestt sangat. Ada nugget, french fries....

Dan yang paling sedap adalah fruit cocktail ni. Hmmmm sangat delicious!
 Yang paling best, kek birthday. Beli kat King's. Disebabkan bulan April adalah bulan birthday aku, so aku dapat beli dengan half price ajer. RM 60 dapat RM 30. Best betul macam ni. Macam nak beli 3 biji kek sekaligus. Heee...Melampau dah jadi mak orang aii.


Tengok kek ni. Memang! sedap. Oh oh. gambar mak tk nmpak full. Danial yang snap ni, ikut dia jer, yang penting ada smua pic yang aku mintak.
Apa sahaja yang berlaku pada hari itu, yang penting terima kasih pada Allah kerana memberikan aku peluang dalam tempoh setahun ini untuk menghirup udara miliknya di dunia yang sangat sangat sangat indah ini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...