Thursday, August 1, 2013

Resepi sedap: Harimau menangis bakar

Assalamualaikum WBT

Bulan-bulan posa ni biasanya idea dan bakat memasak aku datang mencurah-curah bagaikan mencurah air ke daun keladi, ait ada kaa.. Masa awal posa ari tu aku cuba buat apam polkadot dan tiramisu. Alololo comeynya diaaa...Aku rasa comel sangat dapat masak benda-benda tu. Huhu..Tangan aku ni kan keras so segala apa yang melibatkan kerastangan termasuklah masak memasak is not into me. Tapi rupanya sekeras-keras tangan aku ni, mampu juga aku memasak beberapa resipi. Ecewah, Biarla aku masuk bakul angkat sendiri, tadak orang lain yang nak angkat utk aku. Mula dengan pajeri nanas *serius tak pernah masak pun sebelum ni*, aku mula nak cuba buat apam polkadot, lepas tu tiramisu dan yang terkini Daging harimau menangis bakar. Wuuuuwuwuwuwuwu.. Memang sedap yang amat. Dah lama teringin nak buat sebab resipi untuk bahan perap dah ada, cuma nak perapkan ke daging harimau menangis ni jer..Huhu..rasanya kalau perap daging yang lemak berkrim macam ni, mesti lagi sedap wowowowowowo...

Apa?? Tak tau apa itu daging harimau menangis? Ooo ok sorry. Daging harimau menangis ni adalah daging harimau yang ditembak ketika sedang menangis akibat frust menonggeng. Oh cukup. Jangan merapu lagi laa yati oii.. Ok ok ok.. Daging harimau menangis adalah bahagian daging lembu yang berada di sebelah kaki lembu (salah satu daripada 4 kaki tersebut) dan kedudukannya adalah di bahagian lipatan paha lembu tu. Kenapa ia sedap? Daging ni sedapp sangat ye la harimau pun blh menangis mengenangkan keenakannya kan..Bahagian daging ni ada 2 iaitu bahagian daging dan bahagian lemak. Cuma yang bestnya lemak kat bahagian ni bukannya lemak yang biasa kita tengok tu. Lemak kat bahagian ni nampak seolah-olah seperti otot yang kecil2, lagipun lemak ni kalau direbus dan dibiarkan semalaman pun tak terapung, Lemak. hmmmm...tapi bukan seperti lemak, ni lemak baik nih.

Aduii...tak payah kona banyak sangat la yati, sebenarnya nak letak resipi perapan daging harimau menangis kat sini yer..So..

Bahan-bahan :

1) Bawang putih 
2) Serai
3) Lengkuas
4) Halia
5) Lada hitam
(Semua bahan di atas sama banyak kecuali bawang putih dan lengkuas. Bawang putih dan lengkuas ambik 3/4 bahagian daripada bahan2 lain. Oops lada hitam pun agak2 la yer)

6) Cili kering blender / cili serbuk
7) Kicap pekat
8) Sos tiram
9) Sedikit garam
10) Sedikit madu
11) Serbuk perasa (kalau suka)

Cara-caranya..
1) Beli daging bahagian harimau menangis. Potong daging dan kelar-kelarkannya



Gini qupernyer..

2) Potong-potong semua bahan (1 - 4). Lepas tu tumbuk bahan-bahan ni bersama lada hitam.
3) Then masukkan semua bahan lain (6-11) dan rasa dulu bahan perapan tu. Pastikan semuanya cukup rasa.

Ini bahan-bahan untuk ditumbuk
Potong dulu bahan-bahannyer..
Ok masukkan kicap dan sos tiram
Gini rupanya selepas masuk semua bahan-bahan lain

4) Cara nak perap, celup2kan daging yang telah dibasuh dan dipotong tadi ke dalam bahan perapan. Buat sekeping-sekeping


Ni dah siap perap semua kepingan daging

5) Selepas daging dilumurkan dengan bahan perap, ambik secubit gula dan taburkan atas daging yang diperap tadi (gaul semuanya biar kena dengan gula tersebut)

6) Simpan dalam peti ais selama setengah hari sebaik2nya, baru laa daging akan lembut disebabkan madu dan gula tadi. Bahan perapan juga akan sebati dengan daging.

7) Sediakan peralatan untuk grill atau bakar je dengan menggunakan sabut. Huhu.. saya tak tahan nak guna sabut sebab tak reti nak nyalakan api. So saya guna kuali ajaib ajer...

Gini qupernyer kuali ajaib yang aku borrow dari rmh sebelah (rmh mak mentua), heeee...
Kuali tu besar. So blh masukkan semua kepingan daging yang saya buat hari tu
Tadaaa..inilah rupanya selepas digrill selama beberapa minit

No comments: