Tuesday, September 9, 2014

Angry I Am

Sometimes, when we choose to be silent when people bullied us, we get bullied even more! That is what happen to me all this while, throughout my entire life. But i choose to stop it, thats enough! Stop bully me anymore peeps!

Sepanjang hidup aku, i'll keep having complained about me. From everyone, without I know how to talk back, or how to defend myself if all that complains are so not true. Yes. That WAS me back then. But a minute before, I made a decision that I will fight back no matter what people said to me! Enough people. STOP BULLYING ME!

Monday, June 16, 2014

Yoga theraphy

Ini adalah posting aku berkenaan usaha-usaha aku dalam menumpaskan anxiety disorder ituh. Okey, 2 ke 3 bulan kebelakangan ni, aku ada menyertai beberapa sesi kelas yoga di bawah Instructor Miss Ooi dari Sg Petani. Kelas diadakan setiap Sabtu pagi pada jam 7.15 hingga 9 pagi. Walau bersusah payah terpaksa travel dari Alor Setar ke SP, aku langsung tak rasa susah. Bagi aku asalkan aku sembuh dari penyakit ni, aku akan buat apa sahaja yang terdaya aku lakukan.

Sesi ke 2 Yoga, Miss Ooi mula perasan akan ke'unik'an aku. Tak tau la macammana dia tengok, tapi maybe pengalamannya yang melebihi 20 tahun dalam Yoga ni membuatkan penglihatannya tajam dalam menaksir masalah setiap student yang mengikuti kelas yoganya. Pada pagi tersebut, setelah beberapa pose yoga diajar kepada kami, Miss Ooi tiba-tiba bertanyakan aku "Do u have a problem with your heart?". Haa hambik aku. Tiba-tiba ja ditanya soalan sebegitu di depan student yang lain. Takkan aku nak jawab ya. Instead I answered, "Just a minor problem" sambil tersenyum balik kat kawan-kawan se yogayang lain. "Ok I can see that u get tired easily". "Ooohh yaaa??" Huhu..

I was very lucky that she offered me n my sister to go pick a yoga mat at her home. Kat rumah dia la baru aku berani bagitau yang I was diagnosed with anxiety disorder n currently on medication. Oohh then she said what if u go see my master. Maybe he can help u with your anxiety.

So i was given an appoinment on 8th June 2014 which then cancelled because the master had another appoinment at KL on the exact same date. Then she set another date for me which is on 15 June 2014 (yesterday bebeh yesterday).

Makanya aku pun telah set date tu dengan Farah sebab hanya dia yang aku harapkan untuk bersama-sama aku dalam menghadapi penyakit nih. Dia je yang seems to know me better. What i went through, how i feel, how i cried over n over because of this weird thingy.huhu..sob sob..

Pagi tu we start at 8.15, had to send my hubby to his office at sp first before having quick breakfast at hussain nasi kandar near comsmopoint sungai petani. A lot of people flocking there on that morning so we ordered a menu we thought the mamak would do it quickly. I asked for tosai while farah ordered roti canai telur. We took about 15 mins to get all the breakfast done and start over again at 10. We took the penang bridge to avoid anxiety attack because i hate being in the middle of the sea. Its a kind of fobia i think. So whatever thing that can trigger this anxiety should be avoided.

The traffic was going smooth on that day,therefore we manage to arrive at the yoga club before 11.30. We sees nobody there that made the surrounding of the building sound creepy. Then i wechat miss ooi that i just arrived there and i asked her whon shouldni met. She then told me that she is already been there on the fourth floor. Me n farah then go looking for the lift and when we found it,we go straight to the fourth floor which mentioned by miss ooi earlier. 

Tgk je muka aku si sifu tu terus ckp "so u r the one who would like to see me right?" Eh..macammana mamat ni blh tau pulak. Sedangkan aku masuk tu dgn farah bkn sorang. Elehhh...dia nk tunjuk yg dia tau semua la tew...apa2pun its cool klau blh teka2 muka org ni kan...haha..cool right.

Then bermulalah sesi kaunseling atau terapi (la kot). Dia ajaq aku macammana nak handle students la staf bawahan la. Siap bagi teori control panel kt aku. Lama la jugak ceramah dia pasai tu. Takpa,dpt juga ilmu baru untuk hari tu. Then after that session yang aku tk brp nak paham sangat pun...dia mula tunjukkan aku step step yoga pose yg sesuai dgn masalah anxiety aku ni. Terkial-kial aku nak mengikutnya,tertonggeng sana terlipat sini terlipat sinun..ada la lebih kurang 9 step yg dia tunjukkan. Fleksibel betul badan dia,nmpk mcm kacang je dia buat, bila aku buat sendiri rasa nak terkehel semua anggota.huhu....dia lahir tahun ular kot yer..tu bdn mudah lentur. Haha...memandai sungguh aku. Yg sebenarnya practice make perfect. Dh berpuluh tahun dia practice, memang arr mudah lentur. Kira ok la aku blh ikut even for the first time buat. Dia pun cakap good good kat aku.hehe...

Fuhhhh...sesi tamat lebih kurang pkl 12.45 tghr macam tu kot. Berpeluh2 badan aku masa tu,dengan dahaganya,dengan laparnya..dengan menggeletar lutut ni sebab dok cuba buat sebaik sifu...

Sebenarnya macam2 petua yg dia bg aku..maybe aku akn ikut serba sedikit. So hari Sabtu tu adalah satu kejayaan buat aku. Tak sangka aku akan pergi sejauh itu untuk ubati sakit misteri ni. Harapan tetap menggunung tinggi supaya aku dapat bebas dari penyakit ni suatu hari nanti...
Pose ni paling penat. Yeehaaaaa

Dada harus menghadap siling

Ohhhh...yang ni sangat mencabar. Sbb apa..takut terkehel leher atau bahu tu.wooooo...

Selfie dulu sebelum bertolak balik

Saturday, June 14, 2014

Dont be sad

Allah always be by your side. Insyaallah..

Ini kali ke 4 atau ke 5 my visit to psychiatrist. Jumaat smlm 13  Jun 2014. Tapi semlm bawak bodyguard yg betul2 tahap bodybuilder punya orang. Even my hubby pon ckp dgn doktor " hari ni dia bawa bodyguard la doktor". Eheh..apa2 pon boley abang..asalkan abang ikut yatie even once. Nak dengar apa doktor akan bagitau abang dn nk dngar jugak apa yg abang akan tnya dn apa pendapat abg tentang keadaan yatie, tentang perkembangan diri yatie yang abng nmpk setakat hari ni.

Tapi bila bawak bodyguard sorang ni,jenuh jugak la melayan dia punya soalan lambat-lagi-ke-awak tu. Kalau dah 5 minit sekali tanya pasal ni,mau menangis cek nohhhh....huhu..

My hubby bgtau doktor yang dia nampak aku ni mcm dah hampir 70% sembuh, which is not make the doctor happy. Doktor ckp sy pun dh nampak perubahan tapi belum comey lagi,sepatutnya kalau dh betul2 sembuh, aku dah boleh berfungsi sepenuhnya. Which means aku dh boleh pegi mall sorang,drive ke mana2 saja sorang2, tak perlu tunggu hubby balik dr sungai petani untuk balik ke rmh, dh boleh melayan anak2 even dia tk ada masa tu, dan macam2 lg yang sepatutnya aku dah boleh buat setakat ni. Nampaknya my anxiety ni sayang sgt nk tinggalkn aku. Eh cepat la berambus oiii... Aku dah tak sanggup nak hadap ko lagi laa....tolong laa pegi jauh2..

Srmlm doktor suggest untuk pegi sesi terapi dgn sifu dia katanya, Prof Azhar dari Hospital Ampang Puteri. Sangat pakar dalam bab2 psikoterapi ni. Tapi kt KL nunnnn.. Waaaa dekat mih mih mih...sungguh gigih doktor ni dok cerita kat aku pasal si sifu dia ni, mcm la aku blh nk p sangat.huhu....dah la the first 2 to 3 session perlu dibuat once in a weeek. Which means 3 consequence week tuuuu...Waaaa...setiap minggu p KL...tak kritikal lagi kot sakit mokcik nih. Huhu...

Aku pun ada ckp dgn doktor yg aku kurang favor dgn cymbalta ni sebab satu perkara ja la ni-susah nk berry.huhu...jenuh menunggu kat dalam toilet tu apa satu pun tak keluar. Doktor cakap its ok as long as cymbalta ni dah suit dgn aku. Boleh jd kawan karib la pulak kan. Kawan karib sebab terpaksa. Huahuahua...harap2 kwn karib satu ni tak perlu jd akrab terlalu lama sangat. Payah nak puaskan nafsu berfashion cek ni kalau dh akrab sangat dgn cymbalta. Kawan karib aku ni berharga RM300 untuk sebulan punya stok. Memang karib betui la ko, nak beli tutu skirt pon terpaksa hold dlu.huhu...

Ok..bab susah nak terberry td la kan..tak suka la aku sebab biasanya aku berry ni sekali sehari. Badan terasa ringan dn langsing. Tp lps cymbalta on je terus tk blh nk terberry2 ni. Seminggu sekali pon susah. Mana tk rasa kembang pokcik2 oiii...tak best arrr...tk suka nk diet2 sebab aku ni suka makan. Nmpk gayanya trpaksa la diet gak takut kembang seperti kiambang kot pulk nanti. Bab ni harus la berjaga2..sapa lg nak jaga kalau bkn mokcik sendiri.......lahaiiii laaa

Tp esok aku dah set appoinment dgn sifu yoga di yoga club penang. Harap2 im doing fine je esok. Maybe concept lebih kurng sama dgn Prof Azhar punya sesi. Rasanya la. Apa2 pun tgk esok. Harapan sangat besaq oiii...bagila aku dpt sembuh dgn sesi terapi ni saja, supaya tk perlu lafi ubat2 ni. Ubat saraf otak tuuu..menakutkan je bunyinya pon. Laa haiiii...

Tuesday, June 3, 2014

Eeee Busyukkkk

Busuknya hati seseorang yang setiap hari asyik memoncong molot dok becerita pasal hal ehwal berita orang lain. Kalau baca cerita saja pun dah berapa banyak dok kumpul dosa kering, inikan pulak yang dok p menambah cerita lain seumpama nasi tambah yang dimakan pada hari hujan - ikan rebus cicah air asam..sedap tu woooooo....

Sejak 2 menjak ni, aku sangat perasan dengan percaturan manusia-manusia akhir zaman ni. Suka cari salah orang, suka buka aib orang. Eh...awat yang hang tak suka buat baik haahhh..Payah agaknya yer..

Bagi ahkakkk...tindakan manusia-manusia seperti ini tak lain tak bukan hanyalah akan membuka pekung di dada sendiri. Bayangkan kalau kita setiap hari asyik kerjanya mengada-adakan cerita pasal orang lain, takkah nampak betapa busuk dan buruknya hati sendiri? Tidakkah ia kelihatan seperti orang gila yang berlari sana-sini penuh drma dan aksi semata-mata untuk menceritakan keburukan orang lain? Tidakkah ia kelihatan seperti bertelanjang bulat tanpa seurat benang, menunjukkan segala-gala yang tak patut ditunjuk kepada orang lain? Bukankah hati juga sepatutnya berpakaian? Jika hati sudah tidak lagi berpakaian, salahkah kalau diperumpamakan orang itu sepertinya seseorang yang sakit insing, yang ke mana-mana pun dalam keadaan tidak berpakaian?

What u give u get back. Samalah juga seperti kata-kata nista, dusta, mengata, mengumpat, membuka cerita dari mulut yang busuk umpama longkang. Kita mengumpat satu perkara tentang seseorang, kita tak sedar sebenarnya orang nampak sepuluh kelemahan kita. Orang yang gemar mengumpat dan mencari salah orang sebenarnya hidup mereka sendiri tak bahagia. In order untuk merasa bahagia, dia perlu merasa kebahagiaan orang lain. Dan dia tidak betah kebahagiaan orang lain menjadi milik orang lain selamanya. Dia mahukan kebahagiaan orang lain itu menjadi kebahagiaannya sendiri. Hanya dia seorang sahaja! Dia dengki dengan kebahagiaan orang lain sebab dia sendiri tidak mempunyai kelebihan dan kebahagiaan itu. Mana mungkin seseorang yang mempunyai kulit putih gebu nak berdengki dengan orang lain yang mempunyai kulit putih gebu juga? Buat apa nak dengki sebab dia dah pun ada benda tersebut? Melainkan orang yang berkulit hitam gelap, then logikla kalau dia nak berdengki dengan orang berkulit putih gebu. Nah ambik hang! Maaf. Aku sama sekali tidak mengatakan yang orang kulitnya gelap suka berdengki dengan si kulit putih gebu. Tidak sama sekali. Semua di atas adalah semata-mata perumpamaan sahaja ye. Ngaa lebih dari itu.

Tolongla wahai umat Rasulullah. Sudah sudahlah menelanjangi diri sendiri, sama-samalah bekerjasama ke arah kehidupan kekal abadi di sana nanti...

Thursday, March 20, 2014

SPM 2013

Assalamualaikum wbt

Hari ni sekali lagi...kenangan menghadapi hari result spm keluar, kira2 17 tahun yang lalu terbayang di fikiran. Whoaaaaa....17 tahun beb! Huhu...tapi mengapa masih segar di ingatan saat itu, ketika itu dan suasana pada hari itu? Masih fresh dari ladang di ingatan ini wajah setiap cikgu kat sekolah Menengah Khir Johari saat SPM 1996 diumumkan. Cikgu Zainurin, Cikgu Zainol, Ustazah Ummu, Arwah Ustaz Shaari (al-fatihah)..dan ramai lagi cikgu2 lain yang bertungkus lumus mendidik aku dan rakan2 kelas 5A khasnya dan semua calon-calon SPM 1996 SMK Khir johari Sg Petani Kedah umumnya.

Terima kasih cikgu semua. Dan kepada cikgu-cikgu kesayangan yang telah pulang menghadap Yang Maha Pencipta terlebih dahulu sebelum kami, saya doakan semoga roh cikgu2 dicucuri rahmat Allah Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang..

Dan hari ini, sekali lagi aku dan rakan2 sekerja ke Sekolah Menengah seluruh Kedah dan Perlis untuk mengadakan promosi dan kaunseling kerjaya kepada adik2 yang mengambil result SPM mereka untuk usaha mereka di tahun 2013 yang lalu. 

Segala macam suasana terhampar saujana mata memandang di sekolah tadi. Ada banyak tangisan dan gelak tawa yang kelihatan. Ada tangis gembira, dan ada juga tangisan sedih saat tangan adik2 tadi menyentuh slip keputusan SPM mereka. Sampaikan aku yang memandang ini pun...tiba2 emo bersma adik2 tadi. Melihatkan tangisan gembira, aku turut sama mengalirkan air mata, melihatkan tangisan sedih, tangisan kecewa, mata ini turut sama berbicara, menyanyikan lagu sedih untuk mereka.....melihatkan mereka berpelukan saat bertemu semula rakan2, air mata ini turut sama mengalirnya. Pendek kata, siang tadi PENUH dengan emosi. Sarat dengan cerita, padat dengan suasana.

Adik2...dunia ini masih luas, adik2.... Sangat banyak perkara yang adik2 belum temui dan belum rasai. Dunia di luar sana lebih hebat dari result adik2 pada hari ini. Tidak mengapalah jika tidak dapat pulang dengan result flying colors, kerana warna sebenar adik2 masih belum pun kelihatan lagi saat ini. Masih banyak yang perlu diterokai, masih banyak yang perlu diusahakan. This is not the end of the world. Ibu2..bapa2... Bersabarlah ye, jika anak anda tak dapat keputusan terbaik yang ibu2 dan bapa2 harapkan. Kita juga pernah menghadapi saat begitu suatu ketika dulu kan...anak2 kita telah banyak berusaha, telah banyak berkorban untuk mendapatkan result terbaik untuk kita. Berapa banyak tenaga dikerahkan anak2 kita untuk usaha itu, berapa banyak masa dikorbankan untuk itu, berapa banyak keseronokan alam remaja yang dikorbankan sempena tiga huruf ini-SPM...ibu2 bapa2 juga telah terlalu banyak berkorban untuk melihat kejayaan mereka itu. Kalaupun result yang mereka dapat nampak seperti tidak sepadan dengan usaha yang dibuat ibu dan ayah...sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. Sedangkan MH370 sekalipun berada beyond our ilmu, inikan pula masa depan anak2 kita. Cukup bertuah kita dengan pahala usaha yang Allah ganjari di saat kita bertungkus lumus membrikan yang terbaik untuk anak2 kita. Allah Maha Mengetahui dan perancangan Allah adalah sebaik2 KPI dalam dunia ini. Tidak ada satu zarahpun yang dapat menandingi Perancangan Allah itu kerana Dia sebaik2 Perancang.

Sesunguhnya untuk kita semua...seminggu dua ini adalah sebesar2 dugaan dan teguran yang Allah anugerahkan untuk kita. Jerebu, krisis air, MH370 yang entah di mana....result SPM....semuanya menjadi satu...semuanya menuju ke arah Yang Satu....Kehebatan Allah!

Glad to have these pictures on this so blessed day...




Thursday, December 12, 2013

Kurung Moden Fishtail

Aku sangat suka berfesyen. Dari kecik2 dulu sampailah la ni...macm2 gaya aku kenakan, macam2 fesyen aku pakai. Aku masih ingat baju kurung moden kaler merah berbunga2 yang aku dapat semasa berumur 10 tahun kalau tak salah perhitungan. Masa kecik dulu kami adik beradik akan dapat pakaian baru setahun sekali. Masa dapat tu rasa seronok sangat, tak terkira rasa hati ni berbunga2 tengok baju raya. Oh oh...baju baru tu dapat time raya noo...so sangat bermakna raya setiap tahun sebab akan dapat baju baru yang selalunya sangatt cantik. Tah le bagi org2 kaya pada masa tu yang dapat baju baru setiap hari, yang tu aku tak tau perasaan depa. Tapi bagi diri aku ni, sangatttt laaaa gumbiranyaaaa..hahahaha.....dapat pulak kasut dan beg tangan baru, hmmmmm memang bergaya sakan laaa, satu kampung aku dan kawan2 ronda, tak cukup satu kampung, berkampung2 kami jalan kutip duit raya. Mak ayah pulak tak la risau sangat dengan keselamatan kami, kenderaan tak der la kurang ajaq macam la ni, kes pelik2 seperti culik, rogol, samun, punnnn sangatlaaaaaa jarang kedengaran. Tak seperti skrg, di mana kita akan dengar kes pelik2 ni disebut sekali setiap hari. Mohon Allah berikan hidayah kepada umat manusia zaman sekarang supaya takkan kembali ke zaman jahiliah dulu.

Aku masih ingat sehelai baju kurung moden merah berbunga2 tu...sebab aku suka sangat baju tu, baju aku setiap tahun dijahit oleh kakak aku sendiri. Yang bestnya boleh la bagitau nak baju yang macam mana kannn....hehe....demand sungguh laaaa walau dalam keadaan tak berapa boleh nak demand sekalipun...

Baru2 ni aku ada dok intai baju kurung moden gaya fishtail. Gaya baju labuh belakang yang macam tu memang menjadi kegemaran aku sejak dulu. Hmmmmmm...i wish i was a fashion star, so that aku boleh set the trend ikut fesyen aku sendiri. Sebabnya.....dah lama sangat aku dok berangan dengan gaya labuh belakang nih. Tapi pada masa tu, awal 2000, fesyen gaya begitu hanya dipakai oleh pengantin2 di majlis2 kenduri diorang saja, dan yang labuhnya tu bukannya baju, tapi bahagian kain. So...memang molek sangat dipakai oleh raja sehari sahaja. Kau nak jadi lori bandaran dengan kain 10 inci panjang mengeheret lantai lagu tuuuuu.....huhu

Alkisahnya, setelah keluar dan fofularnya fesyen fishtail ni, aku idok ler teringin sangat nak p beli cecepat. Tah apa la pe elnya tak dapat la pulak aku pastikan, tapi bukankah dulu aku tertunggu2 fesyen fishtail itu, sama juga seperti aku tertunggu2 fesyen saloma....peplum suatu ketika dulu. Bila dah in trend peplum tu, idok ler pulok aku p grab cecepat. Tah pelik juga kelakuan aku ini nampaknya yerrr....maka terjadilah story di mana aku diberi ruang dan kesempatan oleh Allah untuk berjalan2 ke pasar malam. Idok lerrr tujuannya untuk berjalan semata, sebenarnya tujuan asal nak membeli buah epal. Tapi dah trlanjur perahu ke situ, apalah salahnya kiranya berjalan2 sekitar gerai jualan baju. Mana tau dapat ilham untuk tambah gaya baru. Tup2 terserempak dengan gerai yang banyak jual peplum dan fesyen ilham peplum yang harga jualan baju2 kat situ boleh tahan murahnya. Takde pun niat untuk membeli pada awalnya, but...memandangkan dah muncul di dpan mata, grab ajerlah. Dah incik husband pun cakap waahhhhh....cantik pulak dengan awk bju kaler biru nih...heeeeeeee.....sengih smpai ke telinga noooo...Jom tengok baju yang aku maksudkan itu...

 
Bukankah color blocking biru pink nih nampak shocking gitu?


Jatuh cinta sangatla dengan baju nih, muat2 saja dengan aku pada hari kejadian tuh.....hrga. RM 45 sepasang? Hmmmm...murah? Tershock jugak aku pada mulanta mndengar harga yang ditawarkan. Tak terkata dibuatnya, terus suakab baju kat dia, sekali dengan duitnya sekali.  Terpukau sungguh.a

P/s: tak payah suruh saya tolong belilan yer.....;)

Monday, October 28, 2013

Eyebag,crowsfeet,puffiness,panda eyes...


Wuwu...smua tu aku takmo ah...huhu...but time flies so so fast arrr...terasa spt br klmarin aku memegang status anak dara orang, tup2 ari ni dh jd bini org dan mak orang. Hihi....perasaan jer lelebih.

Dulu tak perasan pon something tk kena dgn mataku, tp sejak akhir2 ni, sejak tidoku diganggu gugat. Tarak guna betoiii..huhu. So skrg ni nmpknya bhgn mataku sgt2 memerlukan belaian tambahan. Ada mcm eyebag tak eyebag. Nmpk tak bermaya sungguh, kesian ko mata. 

 Tengok tu...dh cover bagai, haishhh..tapi masih nmpk mcm ada alien kt bwh mata. Jahat ko alien. Jahat sgtttt!!!...okey..wajah aku kat atas tu sebenarnya telah dimekap dengan tester dari kosmetik Sendayu Tinggi. Antara yang aku letak kt muka - Doll Skin Foundation, mineral foundation,2 way cake dan baked blusher. Baked blusher dgn doll skin foundation mmg superbbbbb...itu danial yg komen.hihi...


Dr jauh pun nmpk mata yang tak bermayanya..kesian mataku....huhu...


Aku ni tak blh tgk la alien2 kt muka nih, tak senang duduk, asyik nk tgk muka je 24 jam. Pastu tgn ni pun gatai la nk google petua itu petua ini bagai. Okey, yes. Memang aku ada guna potongan timun, tomato dan lain2 tapi memandangkan masa yg sangat mencemburui, stok bhn mentah dlm fridge pun tkder, heh malas betoiii...huhu..makanya ready made item la jawapan yang paling sesuai.

Kebetulan hari sabtu tu aku tkder keje sbb kejenya mengikut hasben ke hulu ke hilir, time dia sibuk aku pun tk tau dah nk buat apa, so dengan bersemangatnya aku bawa danial membeli belah di watson c-mart sg petani. Wahhhh..rupanya produk Sendayu Tinggi dah masuk Watson! That was my first impression masa masuk watson ari tu. Bukannya nak cari rak mask lg tuu...hehe...Menyerlah sangat omey sangat produk2 sendayu tinggi yg didisplay kat situ. Produk2 nya pun boleh tahannn...semuanya aku test.hihi....ermmmm..bukan aku jer, si danial pun sama try n test mekap2 utk mama dia. Heeeee.....apa nk buat tkdk baby girl, bawa boy pun jadilah sebagai peneman mama...tapinya habih berkilauan wajah anak teruna aku sorang tu dek keterujaan bermain dgn colors di situ..oohh anakku..."mama hebatnya kedai ni mama blh guna semua mekap kt sini, mama..tk pyh beli, nak mekap mai sini, free ja kan mama". Aiyohh anak aku, melangkaui imaginasi sungguh. Baru je terfikir gitu 12 thn dulu. Hik hik...yerla, zaman belajar nak carik mn duit bnyk2 untuk beli mekap2 tu semua. Klau rasa nk feel feel ala celebriti pegi la body shop ke guardian ke. Sure blh mekap free. Especially time tu body shop le yg selalu akn mekap bakal customer. Sampaikan dah tau klau ada je kwn2 yg balik ke asrama dengan muka gaya artis bagai, tu tadi tu mesti dah pegi body shop. Tapi aku ni kan malu2 cat, tkdernyer aku nk p menahan muka kt salesgirls body shop tu sorang2. Takder maknanyer...

Okey, hari tu aku beli 3 mask. 2 untuk wajah dan 1 untuk mata. Apa ek jenamanya? Tk blh bgtau sbb aku sendiri pun tak tau nak baca jenama yang tertera. Kebanyakannya tertulis menggunakan bahasa mandarin atau jepun atau korea. Ohhh..maybe dari korea kot. Bnyakkkkkkkkk sungguh mask yang afa kat rak. Teruja gila aku masa tu. Pelbagai jenis, pelbagai tujuan dan macam2 ragam ilustrasi pada packagingnya. Ermmm...mungkinkah pilihan mask2 yg aku beli tu semua disebabkan packaging? Maybe....

Yang ni mask untuk bahagian mata. Ohhh..jenamanya blh dibaca okey...nampak kan....botanical choice.

Yang ini pula facial mask. Sexy Look. Explanation kat belakang pack jer yang aku reti baca. Yang bestnya mask ni cover sampai leher. Dan bahagian muka tu boleh ditarik dan sangkut kt telinga, tapi telinga org yg berwajah comel je ye...klau dah besar macam muka aku ni, tegang habih urat saraf untuk semata2 nak tarik sangkut telibga tuh. Punyala payah. Sebenarnya bukan saiz yang sesuai dengan wajah aku ni...

Mask wajah, juga cover leher dan boleh tarik sangkut kat telinga. Kenapa aku beli yang ini? Sebab kartun kat packagingnya cute.huhu...nampak tak perkataan blue-green algae tu? Hihi...macam main pondok2 je kan...seronok!

Balik dari situ terus pakai. Wah! Memang best sbb muka terasa mcm lifted sikit la. Bawah mata pun nampk bersemangat ajer. Oops. Harga? 5.90 for 1 piece untuk mask wajah tu dan 5.90 untuk 4 set of eye mask tadi.

Aku bagi markah 7/10 untuk kesemua mask nih...