Tuesday, June 3, 2014

Eeee Busyukkkk

Busuknya hati seseorang yang setiap hari asyik memoncong molot dok becerita pasal hal ehwal berita orang lain. Kalau baca cerita saja pun dah berapa banyak dok kumpul dosa kering, inikan pulak yang dok p menambah cerita lain seumpama nasi tambah yang dimakan pada hari hujan - ikan rebus cicah air asam..sedap tu woooooo....

Sejak 2 menjak ni, aku sangat perasan dengan percaturan manusia-manusia akhir zaman ni. Suka cari salah orang, suka buka aib orang. Eh...awat yang hang tak suka buat baik haahhh..Payah agaknya yer..

Bagi ahkakkk...tindakan manusia-manusia seperti ini tak lain tak bukan hanyalah akan membuka pekung di dada sendiri. Bayangkan kalau kita setiap hari asyik kerjanya mengada-adakan cerita pasal orang lain, takkah nampak betapa busuk dan buruknya hati sendiri? Tidakkah ia kelihatan seperti orang gila yang berlari sana-sini penuh drma dan aksi semata-mata untuk menceritakan keburukan orang lain? Tidakkah ia kelihatan seperti bertelanjang bulat tanpa seurat benang, menunjukkan segala-gala yang tak patut ditunjuk kepada orang lain? Bukankah hati juga sepatutnya berpakaian? Jika hati sudah tidak lagi berpakaian, salahkah kalau diperumpamakan orang itu sepertinya seseorang yang sakit insing, yang ke mana-mana pun dalam keadaan tidak berpakaian?

What u give u get back. Samalah juga seperti kata-kata nista, dusta, mengata, mengumpat, membuka cerita dari mulut yang busuk umpama longkang. Kita mengumpat satu perkara tentang seseorang, kita tak sedar sebenarnya orang nampak sepuluh kelemahan kita. Orang yang gemar mengumpat dan mencari salah orang sebenarnya hidup mereka sendiri tak bahagia. In order untuk merasa bahagia, dia perlu merasa kebahagiaan orang lain. Dan dia tidak betah kebahagiaan orang lain menjadi milik orang lain selamanya. Dia mahukan kebahagiaan orang lain itu menjadi kebahagiaannya sendiri. Hanya dia seorang sahaja! Dia dengki dengan kebahagiaan orang lain sebab dia sendiri tidak mempunyai kelebihan dan kebahagiaan itu. Mana mungkin seseorang yang mempunyai kulit putih gebu nak berdengki dengan orang lain yang mempunyai kulit putih gebu juga? Buat apa nak dengki sebab dia dah pun ada benda tersebut? Melainkan orang yang berkulit hitam gelap, then logikla kalau dia nak berdengki dengan orang berkulit putih gebu. Nah ambik hang! Maaf. Aku sama sekali tidak mengatakan yang orang kulitnya gelap suka berdengki dengan si kulit putih gebu. Tidak sama sekali. Semua di atas adalah semata-mata perumpamaan sahaja ye. Ngaa lebih dari itu.

Tolongla wahai umat Rasulullah. Sudah sudahlah menelanjangi diri sendiri, sama-samalah bekerjasama ke arah kehidupan kekal abadi di sana nanti...

No comments: