Thursday, December 12, 2013

Kurung Moden Fishtail

Aku sangat suka berfesyen. Dari kecik2 dulu sampailah la ni...macm2 gaya aku kenakan, macam2 fesyen aku pakai. Aku masih ingat baju kurung moden kaler merah berbunga2 yang aku dapat semasa berumur 10 tahun kalau tak salah perhitungan. Masa kecik dulu kami adik beradik akan dapat pakaian baru setahun sekali. Masa dapat tu rasa seronok sangat, tak terkira rasa hati ni berbunga2 tengok baju raya. Oh oh...baju baru tu dapat time raya noo...so sangat bermakna raya setiap tahun sebab akan dapat baju baru yang selalunya sangatt cantik. Tah le bagi org2 kaya pada masa tu yang dapat baju baru setiap hari, yang tu aku tak tau perasaan depa. Tapi bagi diri aku ni, sangatttt laaaa gumbiranyaaaa..hahahaha.....dapat pulak kasut dan beg tangan baru, hmmmmm memang bergaya sakan laaa, satu kampung aku dan kawan2 ronda, tak cukup satu kampung, berkampung2 kami jalan kutip duit raya. Mak ayah pulak tak la risau sangat dengan keselamatan kami, kenderaan tak der la kurang ajaq macam la ni, kes pelik2 seperti culik, rogol, samun, punnnn sangatlaaaaaa jarang kedengaran. Tak seperti skrg, di mana kita akan dengar kes pelik2 ni disebut sekali setiap hari. Mohon Allah berikan hidayah kepada umat manusia zaman sekarang supaya takkan kembali ke zaman jahiliah dulu.

Aku masih ingat sehelai baju kurung moden merah berbunga2 tu...sebab aku suka sangat baju tu, baju aku setiap tahun dijahit oleh kakak aku sendiri. Yang bestnya boleh la bagitau nak baju yang macam mana kannn....hehe....demand sungguh laaaa walau dalam keadaan tak berapa boleh nak demand sekalipun...

Baru2 ni aku ada dok intai baju kurung moden gaya fishtail. Gaya baju labuh belakang yang macam tu memang menjadi kegemaran aku sejak dulu. Hmmmmmm...i wish i was a fashion star, so that aku boleh set the trend ikut fesyen aku sendiri. Sebabnya.....dah lama sangat aku dok berangan dengan gaya labuh belakang nih. Tapi pada masa tu, awal 2000, fesyen gaya begitu hanya dipakai oleh pengantin2 di majlis2 kenduri diorang saja, dan yang labuhnya tu bukannya baju, tapi bahagian kain. So...memang molek sangat dipakai oleh raja sehari sahaja. Kau nak jadi lori bandaran dengan kain 10 inci panjang mengeheret lantai lagu tuuuuu.....huhu

Alkisahnya, setelah keluar dan fofularnya fesyen fishtail ni, aku idok ler teringin sangat nak p beli cecepat. Tah apa la pe elnya tak dapat la pulak aku pastikan, tapi bukankah dulu aku tertunggu2 fesyen fishtail itu, sama juga seperti aku tertunggu2 fesyen saloma....peplum suatu ketika dulu. Bila dah in trend peplum tu, idok ler pulok aku p grab cecepat. Tah pelik juga kelakuan aku ini nampaknya yerrr....maka terjadilah story di mana aku diberi ruang dan kesempatan oleh Allah untuk berjalan2 ke pasar malam. Idok lerrr tujuannya untuk berjalan semata, sebenarnya tujuan asal nak membeli buah epal. Tapi dah trlanjur perahu ke situ, apalah salahnya kiranya berjalan2 sekitar gerai jualan baju. Mana tau dapat ilham untuk tambah gaya baru. Tup2 terserempak dengan gerai yang banyak jual peplum dan fesyen ilham peplum yang harga jualan baju2 kat situ boleh tahan murahnya. Takde pun niat untuk membeli pada awalnya, but...memandangkan dah muncul di dpan mata, grab ajerlah. Dah incik husband pun cakap waahhhhh....cantik pulak dengan awk bju kaler biru nih...heeeeeeee.....sengih smpai ke telinga noooo...Jom tengok baju yang aku maksudkan itu...

 
Bukankah color blocking biru pink nih nampak shocking gitu?


Jatuh cinta sangatla dengan baju nih, muat2 saja dengan aku pada hari kejadian tuh.....hrga. RM 45 sepasang? Hmmmm...murah? Tershock jugak aku pada mulanta mndengar harga yang ditawarkan. Tak terkata dibuatnya, terus suakab baju kat dia, sekali dengan duitnya sekali.  Terpukau sungguh.a

P/s: tak payah suruh saya tolong belilan yer.....;)

No comments: