Thursday, April 26, 2012

Gelabah Biawak!

Tengah sebuk kelam kabut buat keje di opis dua hari lepas, tiba-tiba hp aku berbunyik. Siapa lagi ni? Amboi marah pulak ye aku, memang aku kalut minggu ni, dengan macam-macam odit dok nak mai minggu depan, takmoh arr sapa-sapa kacau.

Jeling sikit kt hp punya display - "Cikgu Nor".

Eh, rasanya Cikgu Nor ni cikgu kat taska Umar. Cepat tangan aku grab hp tu (walau dok kat sebelah siku ja tu).

Assalamualaikum. Ni saya cikgu Umar, ini mama Umar ke?
Waalaikumsalam, ya, cikgu, mama Umar ni. Ada apa cikgu?
Umar tadi main-main dengan kawan kat depan bilik, tiba-tiba tersepit jari kat celah pintu. Kami bawa dia pi hospital Jitra, dah x-ray ************---------*#######$$$$$$$$$$$.

Eh, apa cikgu? Umar masuk hospital? Kenapa cikgu?

Ya Allah punyala terkejutnya aku, ketaq orang Kedah kata, jantung ni terus laju berdup dap dup dap...Apa yang cikgu cakap langsung tak masuk kepala otak aku, yang aku nampak perkataan Umar, hospital, hospital, Umar...pemikiran tak bersambung, ker nak kena minum Anmun Essential supaya pemikiran boleh bersambung? Macam iklan featuring Wardina tuh. Alahai...

Umar tersepit pintu, kami bawa dia ke hospital, doktor dah x-ray, tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa yang patah, tulang jari pun tak senget kata doktor. Cuma nampak penyet sikit ja jari tu. Doktor dah bagi 2 jenis ubat, untuk tahan sakit dan bla bla bla....

Pintu?
Hospital?
X-ray?
Patah?
Tulang jari?
Penyet?

Jantung tak dapat dikawal lagi. Nampak bintang bagai...

Umar ni jenis senang makan ubat ke?
Aaa..aah. Senang juga tu cikgu..

Nanti siapa ambik dia, Yatie? Maksu jugak ke?
Aar.

Ok ya, saya minta maaf la ye.
Eh takpa cikgu, cikgu dah jaga sebaik mungkin, Allah dah tetapkan begitu. Jangan risau, saya faham..

Ok, Assalamualaikum
Waalaikumsalam, terima kasih cikgu bagitau saya..

Letak telefon, angkat telefon kat opis, terus call pengarah.

Encik, yatie ni. Saya nak minta keluar sekejap, cikgu sekolah anak saya call, katanya diorang bawa anak saya ke hospital.


Eh, kenapa?
Tak pasti pulak saya..

Kenapa aku ni? Kenapa jawab tak pasti? Ya Allah, memang pada masa itu, aku begitu tak pasti apa yang berlaku, aku tak tau nak komen apa, blurrrrr yang amat.

Ambik kunci Chery, separuh perjalanan baru aku sedar dan makin nyata dalam mindaku apa yang berlaku. Umar tersepit pintu, jarinya nampak penyet sikit, so cikgu bawa ke hospital, jari dah di x-ray, takde pape, doktor dah bagi ubat, maybe sekarang ni diorang dah kembali pun ke taska. Hah! betul la tu. Itu la yang terjadi! Kenapa aku fikir macam-macam sangat ni?

Ya, sebaik masuk ke taska, cikgu senyum ajer,

Umar tengah mandi..
Oo ya ka? Ok..

Satu minit selepas itu,Umar keluar dengan bertuala, hehe..comel ajer,senyum ajer tengok mama..

Assalamualaikum anak mama..meh mama tengok jari, tak sakit dah kan?

Aduh..dalam hati sebenarnya tak berani pun nak tengok jari dia..

Jari mana?

Umar tunjukkan tangan kanannya.

Eh jari mana yang tersepit tadi? Tak perasan ker aku blurr lagi.

Rupa-rupanya bengkak sikit jer kat jari tengah tangan kanan Umar. Takdak la nampak serius sangat. Dah tu kenapa aku kalut sangat? Hai mama nih! Buatnya mama pulak yang pengsan masuk hospital bagai..Eh takmo takmo! Takmo masuk hospital, minta simpang trafik light merah dari bende2 macam tu...haish!

Mama Umar yang gelabah bewak. Umar cool jaaa..Ker cara cikgu sampaikan berita tu yang buat mama pikir macam-macam? Ermmm..bukan salah cikgu la, memang salah mama, cepat sangat jump to conclusion, pastu conclusion tah hape-hape...Lek arr mama, lekkk...

Mama kasi Umar cuti 2 hali holiday!!! Hoorayy la budak tuuuu....

Inilah Umar - Sekali makan boleh habih tiga pinggan. Nak kene ajar memasak nih. Agaknya anak aku ni boleh masuk pertandingan masakan kot.





Wednesday, April 25, 2012

Motivasi Pagi

Awal sungguh aku bangun hari ni. Adakah ada berita gembira pada hari ini? Mungkin juga alarm biologi aku hari ni berbunyi terlalu awal disebabkan makanan semalam? Entah apa yang merasuk fikiranku kelmarin sehinggakan aku berjaya mendapatkan banyak makanan 'tambahan' yang berdiskaun diskaun itu. Apanya yang diskaun? Dapat beli Mocha cake dan egg tart dari King's dengan harga yang ditolak diskaun 50%, dapat beli pizza dengan harga RM1! Pelik en suamiku petang semalam melihat begitu banyak makanan 'segera' macma tu dalam satu-satu masa. Selalunya makanan begitu aku akan beli satu-satu jer dalam satu-satu masa (jaga badan tuuu kunun-kununnya).

Entah buang tebiat agaknya bini aku ni
Abang, Yatie dapat semuanya ni dengan harga diskaun. Lagipun entah kenapa tiba-tiba rasa nak makan kek dan nak beli pizza.


Atau mungkinkah awalnya kebangkitan aku pada hari ini disebabkan teruja nak tengok how do i look selepas berejam2 pakai mask akibat terghairah dok baca blog orang dan kemudian terbasuh muka dengan air sejuk yang terrrrrrr sejukkkkknyerrrr...Ontah apo jadi muko den. Huhu...

Tengok cermin. Nasib baik ok, tak jadi pape, huhu..Trima kasih ya Allah. Kalau tak, psati MC jugak aku hari ni.

Atau, mungkinkah semalam tak boleh tido dok pikir nak pi Pesta Buku Antarabangsa Ahad ni? Uiii lambat lagi tu...Takkan sampai begitu sekali. Teruk benor tu...

Ya Allah...Pls pls pls jadikan hari ini hari yang sangat ceria, sangat bertuah dan sangat efisien buat hambaMu ini...Tolong hamba Ya Allah. Bantu aku untuk mencari di mana bahagia itu berada pada hari yang berbahagia ini..

Sooooo Stresssss????

Ampunkan aku ya Allah. Aku tahu masih ramai yang lebih susah, lebih malang, lebih payah hidupnya dari diriku. Entry aku ini sekadar berkongsi pengalaman yang ada, bukan untuk menidakkan kebesaranMu dan Kasih SayangMu Ya Allah....Yang baik daripada Allah, dan yang lemah itu daripada kelemahan ilmu aku sendiri....

Terdetik di hati untuk menulis entry ini selepas terbaca tentang cara kematian seorang penuntut UPSI 3 hari lalu. Arwah dikatakan terjatuh daripada bangunan, namun ada yang suspect dia terjun kerana menurut rakan-rakan arwah, arwah nampak murung ditambah dengan kelakuan pelik bercakap seorang diri yang menyebabkan ada yang berfikir arwah terlalu stress dan mengambil keputusan untuk terjun bagi menamatkan segala derita yang dilalui. 

Pilu mendengarnya. Siapa yang tahu apa yang arwah lalui dalam kehidupannya? Mungkinkah arwah pada masa itu telah kehilangan kewarasan/akalnya sehinggakan tidak sedar kaki melangkah terjun dari bangunan tinggi yang pastinya kalau kita menggunakan minda yang sedar dan minda yang waras, kita akan tahu betapa sakit dan siksanya kesan terjatuh dari tempat tinggi seperti itu? Segala-galanya dalam pengetahuan ALLAH SWT yang begitu luas ilmuNya...

Eh kenapa aku emosional sangat ni? Kenalkah aku dengan arwah tu? Memang tak kenal, memang tak tahu anak siapa itu, kakak siapa, adik siapa, tapi aku rasa sangat kasihan kerana kalau betullah arwah mengalami stress sebelum meninggal, sebenarnya aku begitu memahami keadaan dan perasaannya ketika itu. Sangat faham.

Pernahkah anda merasa pengalaman dan perasaan begini ? - Suatu detik di suatu hari tiba-tiba anda terasa anda tahu nama sendiri, tapi macam tak kenal diri anda, anda tak tahu kenapa anda berada di tempat anda berada, dan anda tak tahu kenapa anda terasa seolah-olah dikurung di dalam sangkar transparent di satu kawasan yang sangat luas seluas mata memandang. Minda terasa seperti asing dan jammed! Anda pandang anak-anak tapi tiada apa-apa perasaan di situ, anda lihat ibu anda, sama. Tiada apa-apa perasaan langsung! Seolah-olah anda kenal mereka, tapi anda sebenarnya tak kenal langsung!

Atau...

Tiba-tiba anda terasa seperti diletakkan di negara yang sangat asing, keseorangan di dalam sebuah rumah besar yang kosong! Tiada manusia, tiada perabot, tiada jiran, tiada bunyi air, tiada apa-apa! Anda hanya boleh berdiri, walaupun boleh duduk, tapi anda tiada kudrat untuk duduk! 

Pernahkah sesiapa terasa begitu? Kehilangan DIRI sendiri? 

Ya, aku pernah. 5 jam aku kehilangan diri. Aku tidak dapat berfikir. Jammed. Aku boleh panggil anak-anakku, Umar, Danial, aku boleh panggil ibu mentuaku, Mak! Tapi...aku macam tak dapat nak kenal mereka. Aku terasa macam tergapai-gapai berjuang berseorangan mencari minda dan akalku.

Rupa-rupanya ketika itu, aku sedang 'sakit' yang doktor sebut "gangguan emosi".Kejadian berlaku sehari sebelum aku dijadualkan berjumpa dengan pakar psikologi. Tiba-tiba minda macam jammed, berdiri tak kena, duduk tak kena, ambil wuduk tak kena, nak solat pulak tak boleh waktu tu. Dengar Yasin tak kena, tidur tak kena, baring tak kena, bercakap tak kena, diam - lagi laa tak kena! Serba serbi tak kena. Takut I lost my mind betul-betul, aku capai kunci keta, kebetulan ada kakak yang baik dengan keluargaku berkunjung ke rumah mak mentua, aku panggil dia dan aku katakan padanya aku minta tolong dengan dia sangat2 - "saya perlu keluar sekejap, tolong temankan saya". Sebenarnya mak mentua aku sangat tidak setuju - macam mana dia nak setuju, keadaan badanku sangat lemah pada masa itu - selepas tiba-tiba terkena serangan jantung.

Berserabut gila fikiran aku masa tu. Syukur pada Allah, aku selamat pergi dan selamat juga kembali ke rumah. Tapi keserabutan tadi tu hanya berkurang 10% ketika itu. Masa tu dah pukul 4:30 petang. Aku bagitau mak mentuaku, "Mak, tolong temankan saya tidur". Aku tahu dia risau, dia ikut saja apa yang aku minta pada hari itu. Aku peluk kuat tangannya semasa berbaring di atas katil. Minda masih serabut. Segala zikir dan selawat - aku baca sejak mula terasa "pelik" tadi tu. Risau sangat2 - kenapa aku jadi begitu?

Suamiku pulang lewat pada hari itu lebih kurang jam 7:30 malam. Aku panggil dia, aku peluk dan aku ceritakan semua yang terbuku dan berserabut di dada. Dari segala hal yang ada...Dah lama aku tak nangis sungguh-sungguh. Last aku nangis masa arwah ayah meninggal - 7 tahun lalu! Mendengar luahan perasaanku, suamiku pada masa itu hanya melihat dengan mata yang kasihan, dan hanya mampu mengangguk dan mengiyakan.

Apa terjadi selepas itu? 

Selepas sejam! menangis dan meluahkan perasaan, minda dan badanku aku terasa lega! 80% serabut tadi hilang! Perut mula terasa lapar, tekak mula terasa dahaga.

Bayangkanlah, betapa seseorang yang sedang di dalam keadaan stress AMAT AMAT AMAT memerlukan seseorang yang boleh dia bawa bercerita, yang boleh dia rasa percaya, yang boleh dia luahkan perasaan kecewa, terkilan, sedih, marah dan geramnya...Pelukan, sentuhan dan kata-kata yang sedap didengar perlu diucapkan kepada orang ini. Pokok pangkalnya, dia memerlukan seseorang. Selalulah bagi sokongan kepada kawan-kawan, adik, abang, kakak, suami, isteri kita yang nampak "murung sejak kebelakangan ini". Ubatnya adalah kasih sayang...itu sahaja. Cukup itu sahaja. Ubat, air penawar, bla bla bla - yang lain-lain tu sekadar backup.

JANGAN SESEKALI TINGGALKAN ORANG YANG KITA KASIH, YANG KITA SAYANG, YANG KITA AKAN RINDUI APABILA DIA TIADA, DALAM KEADAAN SEDIH DAN MURUNG. ia boleh membunuh!


Sunday, April 22, 2012

My First Giveaway I Really Want This!

This is my first entry on Giveaway! Tak tau pulak dunia blogger sekarang ni dah jadi makin excited macam ni ek.

Aku ada buat beberapa 'lawatan sambil belajar' di beberapa blog - saja cari keseronokan, hehe..Then aku jumpa satu blog ni, blog Noor Azlina Abdul Samad, oh oh die pun orang Aloq Setaq jugak yer. Lin, kalau saya menang Giveaway tu, Lin tak payah susah-susah pos. Kita jumpa jer kat mana-mana, eheee..Alor Setar ni bukannya besar mana ye tak Lin?

Aku terserempak dengan Giveaway dari Lin ni kat SINI. This is first Giveaway yang aku join. So, wish me luck!


Saturday, April 21, 2012

TAMAN ULARZZZ..- PERLIS

Jumaat lepas kami buat decision untuk bawa anak-anak jalan-jalan - kata orang cara ni boleh mengembangkan minda anak-anak. Kami jarang sekali dapat bawa Umar dan Danial jalan-jalan disebabkan nature keje ayah - cuti sekali jer seminggu dan tak ada cuti lain! Cuti sehari tu pun kadangnya hari Jumaat, kadang-kadang Selasa, ada jugak tu hari Sabtu. Disebabkan aku tak nak gangu en suami berehat time cutinya, so jarang yang amat aku minta dia bawa kami ke mana-mana. Melainkan dia yang ajak.

Perjalanan ke Perlis sungguh mengasyikkan, suasananya sangat serasi dengan jiwaku - suasana kampung yang masih 'dara' - masih banyak hutan dan rumah gaya tradisional...

Siap bawa peta lagi..

Perjalanan yang damai..'hijau' di mana-mana

Sawah padi sedang diairkan

Cantik...

Cantik kan kaler hijau macam ni..
Kami sampai di Taman Ular lebih kurang 9.00 pagi - tak ada siapa pun lagi time tu! Kami adalah geng first yang masuk ke dalam Taman 'berbisa' tersebut. Bulu roma dah terasa semacam sebaik kaki melangkah masuk. Ular-ular diletakkan di dua bahagian - sebahagian dalam  bilik pameran, sebahagian lagi diletakkan di kawasan terbuka di kawasan taman dengan dimasukkan ke dalam sangkar masing-masing. Ada rumah tedung, ada rumah ular sawa, ada juga tempat kurungan biawak, buaya dan iguana.

Abang excited berlari-lari masuk ke dalam bilik pameran, adik pula takut-takut. Adik pegang tangan ayah kuat! Kesian adik. Mama pon takut gak!

Entrance bilik pameran ular. Kat sini ada ular hidup dan ada juga ular yang diawetkan.

Tinggal mama sorang bergambar. Anak-anak mama sibuk dok kaji ular

Hmmm..sempat juga cekup bebudak nih

Ular Sawa.

Iguana pun ada nih. Nampak sekor ni jer. Kesian takder pasangan ker?

Dok mencarik biawak tuh. Binatang-binatang kat sini semuanya pasif- susah nak tengok di mana berada

Ini sangkar ular di kawasan terbuka dalam taman. Setiap sekor ada 'rumah' masing-masing. Tak sunyi ker dok sorang-sorang?

Buaya

Ostrich pun ada?

Mama, ayah, adik
Sekejap jer kami kat dalam taman tu. Di samping rasa rimas lama-lama kat kawasan ular, banyak juga nyamuk kat situ. Nyamuk aedes! Bahaya, bahaya. Lebih kurang pukul 11.45 am macam tu dah keluar dari taman ni.

Masa masih awal. Apa lokasi seterusnya? Nak ke gua kelam? Tutup pula sebab diorang sedang buat renovation. Bincang punya bincang, "Padang besar jerla ayah! Boleh gak belikan baju ultraman/spiderman/ben10 untuk anak-anak. Adik dah lama tanya baju ultramannya sebab yang ada tu dah hilang kat sekolah katanya". Panjang cadangan aku berserta justifikasi sekali. Hehe...

Kat Padang besar .....

Parking yang masih banyak kosong. Kalau sampai lewat sikit, mesti tkdernyer parking macam tu

Ayah dan abang dok berbincang menu yang nak diorder

Adik dok buat perangai - mengantuk sangat dah time ni
So, apa yang dibeli kat situ? Pusing punya pusing punya pusing, takder apa yang dibeli kecuali sehelai baju kamen rider masing-masing untuk Adik dan Abang.Huhu..Sehelai jer? Hujung bulan maa. Tunggula next month, mama beli semua jenis baju yang ada kat situ. Hehe..Sian anak-anak mama yer. Mama akan sentiasa ingat pengorbanan anak-anak mama yang baik nih! Mama sayang semua.

Petua Menegangkan Kulit Wajah

Teringin lak buat entry petua kecantikan hari ni. Petuanya aku dah cuba beberapa kali dan sangat best la :-

Bahan-bahan :


1) Masker Tomat (tomato) dari Mustika Ratu
Inilah masker tomat ituu..

Dan dia nyer penerangan tentang cara penggunaan serta khasiatnya 
2) Setengah biji tomato masak ranum - Perlu masak ranum, kalau tak susah nak perah keluarkan jusnya.

Cara-caranya :

1) Masukkan sedikit serbuk masker tomat Mustika Ratu ke dalam mangkuk kecil - jangan letak air dulu
2) Ambil tomato masak ranum, belah dua dan perahkan airnya (hanya dari sebelah tomato ajer) ke dalam mangkuk tadi.
3) Kacau campuran bahan tadi, kalau terlalu pekat, baru masukkan sedikit air (sikit jer yer)
4) Sapu atau dab2kan ke wajah campuran tadi tu
5) Tunggu sampai kering. Sambil tunggu kering tu, bolehla letakkan hirisan timun atau tomata di atas mata. Insyaallah nanti mata akan terasa segar dan muda...

Thursday, April 19, 2012

A Walking Tree????

Disebabkan dah tak ada idea pakaian bagaimana aku harus pakai ke pejabat, aku sengaja pakai blouse dengan skirt A line pada pagi tadi. Lagipun student sedang bercuti, masa ni lah nak pakai glamour-glamour skit, hehe..padahal tak glamour mana la jugak, huhu.. Kalo tak, malu pulak dengan bebudak remaja iteww..

Aku padankan blouse kaler coklat gelap berbunga-bunga english design dengan skirt yang juga berwarna coklat gelap. Tapi-tapinya...tudung aku agak kontra, nak glamour sangat kununn..hijau tua gelap,hehe..

Sebaik melangkah masuk ke dalam office, ada pulak rakan yang berani beraninya menegur pakaian aku pada hari itu! Katanya ni apasal pakai baju kaler lain, tudung lak kaler lain? Selamba aku  menjawab "Ok apa? kan warna senada ni? Warna dari kumpulan yang sama kan, nampak tak ni?". Dia pula berani-beraninya menjawab "Macam pokok la K yatie"."Ok, jom ikut K Yatie pi pasar tani, sekarang jugak kita p. 10 min jer ye".

Heh, apa susah? Pasar tani dekat ajer. Dalam kepala otak aku ni, berpusing-pusing tayangan imej tudung bawal 2 tone yang menjadi kegilaan aku sekarang ini. Sampai saja di situ, dengan cepatnya aku berjalan kot-kot jalan lambat-lambat terlebih pulak masa diambil kat situ. Karang ada yang mencarik di office sana...

Jalan punya jalan dengan masa tinggal beberapa minit saja lagi, tiba-tiba mata aku tertangkap dek bayangan maut "tudung bawal printed" yang sedang up sekarang nih. Cantik juga, hmm cantikk, ermmmm cantik sangat sangat, itu kata-kata hati aku sebaik mata menangkap beberapa helai tudung yang berdot-dot coraknya. Banyak pilihan, basenya warna cerah. Oleh sebab itu nampak terlalu cantik, cantik sangat sangat sebaik aku kenakan di atas kepala. Mana taknya sesuai la dengan pakaian english design kaler coklatku itu jika dibandingkan gandingannya dengan tudung bawal plain kaler hijau terang yang ku pakai. Baper ringgit kak? Terus sahaja aku bertanya tak mau lambat-lambat lagi nanti buang masa lagi. 15 ringgit dik. Hmmm..Oklah kak, saya ambik yang ini ya. Kejap lagi nak pakai terus, kak lipat jangan bagi nampak kedut sangat tau. Haha..Selamba dengan muka tak malu aku berpesan dengan kakak jual tudung tu. Betul, hasrat memang nak pakai sebaik sampai office nanti. Tak mahu ada lagi yang tegur aku Pokok Berjalan. Huhu..

Sebaik sampai office, aku lipat siap-siap bentuk 3 segi dan hangkan kat atas kerusi aku. Kot-kot nanti tak la nampak kedut sangat. Dan lebih kurang 15 minit lepas tu terus aku tukarkan ia dengan tudung plain hijau yang aku pakai awal-awal pagi tadi tu..

Sekarang dah ok, tak nampak macam 'a walking tree' lagi
Dalam dok pakai tu, tup-tup ingatanku kembali mengimbau kenangan tahun 1990an dulu, maybe antara tahun 1997-1999 macam tu. Kalau tak salah aku la, tudung yang sekarang dinamakan bawal printed ni sebenarnya dulu adalah Tudung Turki! Haa betul la tu! Tak syak lagi. Jenis kain pun lebih kurang ajer, cuma design pada tudung jer yang nampak moden skit. Rupa-rupanya ia dah kembali! Aku pernah pakai dulu, masa tu glamer gila tudung gini. Hmmm kat mana la gambar aku zaman dolu-dolu tu yer, kalau tak boleh aku masukkan kat sini gaya Tudung Turki tu. Nantilah, akan aku cari dlm fb rakan-rakan se UUM dulu tu. Mesti ada nih!


Kalau dulu aku suka tudung jenis ni, sekarang pun sukaaa sangat. Betullah bila orang cakap tentang putaran masa. "Putaran". Benda yang boleh berputar sifatnya sudah tentu bulat kan. Bila dah bulat tu sekali sekala kita akn jumpa 'spot' yang sama apabila ia berpusing giteww. Agaknya sekarang ni 'spot' sekitar 1990an dulu dah kembali kan. Fesyen pun ikut sama berputar.




Nanti kita tengok apa lagi yang akan kembali selain tudung turki yang sekarang disebut "Bawal Printed" ini...................