Salam..
Hari ni aku decide untuk open up to publicly publish my anxiety disorder journal. Berbekalkan hanya satu harapan - semoga mereka yang sedang dan bakal diuji dengan penyakit seperti ini mendapat manfaat dari penulisan aku ini, kelak..
Biarpun aku belum tahu bilakah masanya aku akan diberikan kesembuhan, aku nekad untuk memasukkan segala-galanya yang aku alami, rasa dan hadapi dalam blog aku ini. Biarpun kadangkala, mengenangkan kembali memori lama bermakna membuka ruang untuk luka lama kembali sakit dan berdarah. Aku pasrah. Mungkin inilah caranya aku, insan yang lemah ini dapat berbakti kepada orang lain yang lebih malang daripada diriku.
Kisah penyakit aku ini bermula kalau tak salah, 28 November 2011 yang lalu. Maksudnya dah pun 3 tahun berlalu kejadian tersebut.
Malam sebelum kejadian, aku telah mengalami mimpi yang pelik di mana seekor ular hitam telah berjaya mematuk kakiku. Memang aku kerap mimpi berkaitan ular. Namun setiap mimpi itu, ular pasti kalah dengan aku. Kalau tak aku libas dengan parang, aku akan putuskan kepalanya dengan cangkul. Atau aku akan pijak2 ular sampai dah tidak lagi kelihatan dalam mimpi itu. Namun malam Sabtu itu, tak semena2 ular yang hanya bersaiz kecil..mampu mematuk kakiku sehinggakan aku dapat merasakan sakitnya walau telah terjaga dari tidur. Dan malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata kerana sesak nafas. Tapi aku masih lagi seperti biasa, tak terfikir langsung akan apa2 perkara yang pelik.
Namun keesokan harinya aku dapat rasakan dada ini semakin ketat, nafas semakin sukar untuk diatur. Aku ambil vicks umar dan letak kat bahagian tengah dada, terasa ringan sikit. Selepas husband keluar ke tempat kerjanya, dan mak serta kak midah mula mengaji di pondok, aku duduk untuk membaca paper. Bukan paper hari tu, tapi tah keratan paper yang bila tarikhnya. Danial dah pergi ke rumah mak ma nya, dan Umar sedang bermain2 di depan aku. Tiba2 aku merasa pening, dan yang paling menakutkan, kesukaran untuk bernafas menjadi semakin kuat. Aku tarik nafas dalam2, tapi masih tidak dapat bernafas. Penglihatan pula semakin kabur. Ya Allah...apakah ini??? Tak semena2 pada masa itu aku terlihat kematianku. Tak semena2 pada masa itu aku ternampak sekujur tubuhku yang kaku dibalut kain kafan. Ya Allah....apakah ini Ya Allah...apakah yang aku rasa ini. Adakah hidupku bakal berakhir pada hari ini, saat ini? Dalam keadaan pening, sesak nafas dan rabun, aku gagahi untuk cuba bangun dari kerusi. Aku capai telefon bimbitku. Umar ada cakap sesuatu padaku namun aku langsung tak dapat mendengarnya... Kerana pada ketika itu, hanya kematian yang datang silih berganti bersama gambaran tubuh kakuku. Masyaallah....
Aku keluar dari rumah, cari no telefon kak midah tapi aku belum dail lagi. Aku berjalan2 dulu sekitar halaman rumah mak, namun jantung semakin laju degupannya dan kepalaku terasa semakin pening. Kaki pula semakin payah untuk diatur. Terasa akan jatuh sebentar sahaja lagi. No telefon telah tertera pada skrin telefon. Terus aku tekan butang dial. Mujur kak midah angkat dengan cepat. Aku cakap dengan dada yang lemah tapi kalut, " kak midah balik jap, balik cepat, aku penat". Terdengar suara terkejut kak midah di hujung sana, " penat? Awat dengan hang ni. Ok aku balik". "Balik sekarang!", kuat aku membalas, dengan penuh pengharapan. Sementara menunggu kak midah balik, aku tak dapat duduk. Tah kenapa. Aku mundar mandir depan rumah. Kepala terasa semakin peningnyaa.. Nafas semakin sukar untuk ditarik ke dada. Peritnya hanya Allah yang tahu. Terasa lambat pulak kak midah nak balik. Aku tekan sekali lagi butang dail. " kak midah. Cepat. Penattt" hanya itu yang mampu aku ucapkan. Beberapa saat selepas itu kelihatan kancil kecil kak midah seperti kelam kabut membelok masuk ke halaman rumah. Lega...tapi aku masih tak dapat berkata apa2.
..........maaf aku tak mampu sambung kisah sehari yang perit itu untuk entri kali ini. Aku pasti akan sambung kemudian, jika diberi kesempatan........
No comments:
Post a Comment