Thursday, December 18, 2014

Review alfalfa shaklee..side effect..my own experience

Salam Jumaat..

Sejak sebulan yang lalu, aku bersungguh cuba vitamin cinta dan kesihatan shaklee ni- alfalfa dan vitamin e. Semuanya disebabkan aku kini merasakan dah semakin kurang rasa nak bercinta. Maybe rasa2 ni adalah disebabkan oleh anxiety disorder yang masih belum kunjung sembuh. Dah sembuh, namun.belum sepenuhnya sembuh. Atau sejak akhir2 ni terlalu banyak keje yang perlu disiapkan di office. Hujung tahun, semua benda dak dikejar untuk diachieved. Latihan kalkitangan, meeting, perancangan tahun depan. Tapi yang paling banyak pastilah latihan kakitangan. Dalam sebulan ni je, dah berapa banyak latihan yang aku perlu arrangekan. Nampak macam senang, tapi kalau dah dalam seminggu tu berkali2 kursus kena arrange, bertindih lagi antara kursus itu dengan kursus ini, nak atur perjalanan, penginapan. Nak layan pe el org tu org ni. Huhu...mana tak stress.

So bila balik rmh, maybe energi tu dah tak ada, nak berbual nak bermesra seperti dulu kalaa, terasa sangatlaaa malasnya. Tido je best pon.

Sedar dan tahu yang benda2 macam ni akan jadi duri dalam rumahtangga, aku mula google  cara2 untuk kuatkan rasa cinta, atau secara detailnya untuk kuatkan rasa untuk bersama. Selepas seminggu browse, aku terjumpa dengan satu istilah vitamin cinta-alfalfa dan vit e dari pengeluar vitamin terkemuka, Shaklee. Aku ambil masa beberapa hari untuk survey termasuk google (of course) dan merisik dari kawan2 yang pernah cuba atau sedang amalkan kedua2 vitamin ni.

Banyak komen positif yang aku baca hasil google dan dengar dari kawan2. So berbekalkan kesungguhan untuk kembali ceria bersama dan untuk kebahagiaan rumahtangga, aku terus grab kedua2 vitamin ni menggunakan kad keahlian salah sorng kawan kt ofis. Untung sebab dapat dengan harga lebih murah berbanding harga asal.

Untuk pengetahuan, aku sekarang sedang elakkan makan nasi lebih sebulan sebelum itu dan juga amalkan senaman iaitu senaman yoga. So far amalan tu sangat baik, buatkan aku rasa powerful. So berbalik kepada vitamin tadi, aku ambik dua kali sehari untuk alfalfa iaitu 3 biji sekali makan. Dan untuk vit e pula, sebiji sehari sebelum tido.

Aku ikut nasihat semua pengedar Shaklee yang tertera di web. Minum air yang banyak-aku minum 2 liter sehari dan teruskan dengan senaman yoga yang aku buat. Juga diet dengan tidak makan nasi. Untuk diet ni, bukannya aku langsung tak ambil nasi, aku makan sekali sekala lebih kurang sekali atau dua kali seminggu. Sebab utama aku diet macam tu adalah kerana semenjak dua tiga menjak ni aku akan rasa seolah-olah ada something tk hadam dalam perut selepas makan nasi. Bukannya sejam dua, malah smpai ke malam pun masih terasa perut macam serba tak kena. Tah kenapa la dengan perut...tapi aku bukanlah pengamal diet Atkins. Sebab utamanya adalah kerana aku rasa sangat la tak dapat nak percaya dengan diet2 pelik macam ni. Bagi pendapat aku, asalkan makan ikut piramid makanan, minimakan lemak, gula, garam...cukupla tu bagi aku. Yang paling utama badan sihat. Itu fokus utama aku.

Alamak. Ok..berbalik dengan cerita vitamin cinta shaklee tadi..ok..untuk alfalfa aku amik 3 biji sekali makan, dua kali sehari selepas makan (pada awalnya) dan vit e pulak aku amalkan sebelum tido. Lebih kurang 2 minggu mcm tu kan, "ehhhhhh...awat paha ni mcm bercium2 bila berjalan, pinggang terasa macam bertambah inci..badan rasa semacam..macam ada something tak kena. Bila timbng guna scale kt rmh...whattt? Takkn naik 2 kilo? Mustahil ni...huhu

Sebaik aku dapati berat bertambah 2 kilo, terus aku tukar cara makan vitamin2 td tu. Alfalfa aku amik 2 biji sehari dan vit e macam biasa, seblm tdo.  Selang 2 minggu, eh....tak.de apa2 perubahan pon. Berat masih spt 2 minggu lps, masih mngalami kenaikan. Huhu......rasa kecewa mula menerjah ruang hati dan fikiran. Terasa seperti badut sarkas pon ada. Eh..dah kenapa ni ye. Matlamat asal tk tercapai, timbul hal lain pula. Mana tak risaunya...

Adakah aku semakin bersemangat untuk kembali bercinta? Tak...adakah aku semakin ceria? Tak...tapi...yang sangat pasti...berat naik. Dannnnn....the worst side effect-anxiety semakin mnjadi2. Rasa pening, rasa rimas, sukar bernafas, stress...dada rasa berat. Gelabah sebentar aku bila anxiety mnyerang macam tu. Haishhhhh...teruk sangat ni side effectnya.

Tknk terus bereksperimen, aku stop immediately kedua2 vit tersebut. Biarla rugi sikit, asalkn kesihatan aku tak lebih teruk berbanding sebelumnya. I will not compromised with anxiety ni. Not even for a day! Keadaan aku skrg kejap ok kejap k o. Tapi lebih banyak ok berbanding k o. Uhuhuhu... So...kenapa nak susahkan diri, kan...

Aku tahu ada beberapa kawan yang amalkan vitamin ni, nanti aku sedekahkan je kt diorang. Rugi kot terperuk macam tu jer...harga bukan singgit dua.

Kesimpulannya...dapatlah aku simpulkan benang yang kusut itu. Eh. Sebenarnya aku yang kusut nih. Huhu...dah bagaimana nak atasi masalah awal td. Hmmmmm....takpe takpe... Semua penyakit ada penawarnya, kecuali mati. Janji Allah adalah pasti. Yang penting aku harus lebih kuat berusaha. Cayok cayok. Sorak p la untuk diri sendiri. Nak tunggu pasukan sorak bagi semangay, memang tak la kottt..

So..based on my experience, aku nasihatkan supaya cuba2lah dulu sesuatu tu sebelum decide nak atau tak. Terutama kalau melibatkan kesihatan tubuh badan. Kerana tubuh kita yang Allah kurniakan cuma satu inilah. Jagalah, waspadalah untuknya sebaik mungkin.

Ok...apa dah jadi dgn alfalfa dan vit e tu? Alhamdulillah..dah selamat disedekahkan kepada K phia dan Sara kat opis. Legaaaaa tak payah dok tengok kegagalan tersebut, tak perlu hadap setiap hari. Huhu...

Semoga Allah berikan hidayah, ilham dan kreativiti untuk aku terus memperkukuhkan tubuh badan ini...

***gambar pertama  : selepas 2 minggu stop amik alfalfa dan vit e shaklee
***gambar kedua : semasa sedang amalkan vit2 tu-punyala gemok. Huhu..
*** vitamin tersebut-waaaaaa....cita2 tidak kesampaian

No comments: