Friday, October 24, 2014

Dia Hadir Sesekali

Husband ai tengah berleter kat player2 kedah. Current result Pahang 2 Kedah 0. Aggregat 3-3. Huhu... Habih semua ref, mid n defend n keeper kena sumpahan si suami aku yang berang kerana membiarkan Pahang score 2-0 sekarang ni. Nasib kau la player.. Hihi.. Tapi aku tengok pun bola macam berat sebelah jerrr.. Asyik ke sebelah pintu gol Kedah. Sesekali jer ke pintu gol Pahang. Memang sah2 le sush nk score Kedah oiii Kedah. Pulun oii pulun. Sikit je lagi nak ke final. Jangan takut. Awat malam ni nampak player2 Kedah macam takut2 jer nih. Takut kat Tok Ti kot. Jangan risau. Datuk K ada dok support hampa wehhh.. Pulun pulun pulun!

Haha..begitulah mukadimah pada hari Jumaat malam Sabtu ni di mana sedang berlangsung perlawanan antara Kedah dan Pahang di Stadium Darul Makmur dengan secara tidak sahnya aku melantik encik suami sebagai Chief Coach Kedah pada malam ini. Huhi... Habih semua pemain Kedah diserunya, Badrol, Khairil Muhaimin, Farhan, Namkung..oh Namkung si k-pop dah kluar awal.malam ni. Cis tak guna betul sapa yang cederakan dia malam ni.

Dah kenapa pulak aku kat sini, dalam bilik sengsorang menaip posting ni. Sebenarnya tak tahan telinga dok dgr encik suami memarahi player2nya. Kalah si coach Kedah tu sendiri. Sampai aku kat sebelah pun tk dipedulikannya. Ahhh i dont mind.... As long as ai ada capaian internet macam sekarang ni. Habihkan dua biji epal kat sebelah dia tadi, minum segelas soya, and then segelas air suam, cuci muka, tepek all night mask, dah boleh tdoq. Tapi sebelum mata ni mengantuk tersengguk2, alangkah indahnya jika aku dapat mencoret sepatah dua kata dalam diari peribadi online nih.

Jam dah menunjukkan 9.34. Teringat dulu kalau kena bawa keta p KL malam2, aku selalu on radio Sinar. Apakah tajuknya? Dedikasi? Bersama Jamal Jamaludin? Kalau tak salah la ye. Kalau salah pun aku tak kisah. Keadaan mind aku sekarang ni, perkara yang orang cakapkan 2 minit lepas pun aku blh lupa. Inikan pula berbulan2 yang lalu. Huhu..

Eh apa ye yang aku suka tentang rancangan ?? Dedikasi bersama Jamal Jamaludin ni ek... Yang pertama pastinya background muzik. Ok..baru je browse google. Segmen cetusan hati dan dedikasi. By Jamal Jamaluddin. Background music 'The Lonely Shepherd'. Ohhhhh sungguh terangsang minda ni bila dengar alunan muzik ni. Sangat sedap didengar. Boleh la sesekali layan buat hilangkan stress.

Oopss.. Okeh. Sebenarnya nak menstorykan tentang my current state of anxiety disorder i am suffering. Hari ni dia buat lagi. Dah beberapa hari rasanya aku bebas ad. Tapi rupanya panas tidak bertahan sehingga ke  petang. Baru nak menjengah ke tengahari, hujan datang tanpa diundang. Danial demam hari ni. In fact sejak.mlm smlm bdn dia panas2 suam. Tapi lepas bg ubat terus kebah. Rupanya blm sembuh sepenuhnya. Pagi ni bangun, terus sentuh badan dia. Oh! Panas sngt. Rsnya hampir 38 deg celcius. Terus ayahnya letakkn cool.fever dan bagi makan ubat demam. Aku ni pulak seperyi biasa la. Dengan penyakit gelabah aku ni. Dan2 tu jugak aku rasa semacam. Encik suami bangun awal buatkan nasi goreng untuk kami. Tapi smpai ke tengahari nasi tu tak ku jamah. Tak ada rasa langsung pun nk makan. Hasilnya.....penat la. Petanda panick attack akan menyerang. Huhu..cuba jugak bertahan, tapi lepas drive sengsorng bawa danial ke klinik, kaki dan muka mula rasa semacam. Dah nak mula rasa kebas2. Hmmmmm..dah tau dah. Kejap lagi mesti rasa pening nak pengsan semua. Tapi walaupun benda tu seringkali berlaku dan akan pergi selepas beberapa minit atau beberapa jam ( yang ni memang worst sgt), aku tetap rasa nervesnya. Mula2 cuba bertahan, tapi bila dah rasa kaki mula tk jejak tanah, badan mula rasa ringan melayang, terus aku telan xanax. Taknk apa2 berlaku masa tengah bw keta. Dengan danial yang sedang demam plk tu. Memang dak la... Bukan aku tak pernah kena saman sbb bw keta mcm org gila atau mcm org yg tak tahan nk terberanak, bukan aku tak pernah hampir2 accident nak langgar kete orang. Dah beberapa kali pon sbnrnya. Bila datang attack tu, memang tk blh buat apa. Nak dok diam mmg tk blh la. Melainkan drive kete terus ke KMC. Dok situ sekejap. Kalau hilang aku balik. Kalau tk aku register je kt emergency department. Masuk klinik jap. Doktor cek itu ini sikit, ulang bende yang sama, and then prescribed xanax kat aku
Itu je la pon.

Sampai je kat rumah terus tukar baju dn baring. Mesti baring sebab akn rasa mengantuk sesgt lpas ambik.xanax. klau tak tdur akan rasa bertambah panicnya. Bertambah laju jantung ni nanti. Sebelum tdur ada msg farah bgtau aku tk sihat. Then terus terlelap. Sedar2 ada call masuk. Farah rupanya. Dia tnya ok dak. Dalam.mamai aku jwb. Tak berapa ok sangat. Then farah cakap.jap g dia sampai kot. Huhu... Alhamdulillah... Bagusnya dapat adik macam ni. Cepat betul Allah makbulkan doa aku untuk berikan aku seorang penolong daripaNya. Inilah dia penolong itu. Orang yang aku doakan untuk dihadirkan oleh Allah. Terima kasih Allah...

Dlm dok tunggu farah, aku tdoq balik semula. Tah la rs letih semacam ja. Huhu.

-Alamak current result. 4-0!!!!!. Tak patot...tak patot...hampa main bola ka main guli oiiiiiiiii...-

Farah sampai umah lebih kurang pkl 2 rsnya. Terus dia masuk.cari aku dan terus dia urut blkg. Ok..ni aku nak bg tips. Kepada sapa2 yang ada ad macam aku dan selalu kena attack. Semasa kena attack tu eloklah spouse atau sapa2 yang baik dngn kita urutkan muscle2 kt bhgn blkg bdn. Insyaallah akan hilang attack tu perlahan2. Cubalah. Maybe urutan di badan boleh releasekan serotonin. I am not sure about this. But it does cure my panic attack. Thats for sure! Degupan jantung akan turun perlahan-lahan, insyaallah.. Aku selalu guna minyak herba Nona Roguy yang warna hijau tu untuk urutan di belakang badan (aras dada) dan untuk disapu di bahagian dada.

Currently doktor prescribed aku dengan cymbalta selang sehari. Cuma 4 5 hari ni aku terpaksa ambik setiap malam sebab aku kerap dapat serangan lately ni. Doktor dah pesan, kalau rasa semacam, ambik dulu setiap malam then kalau dah rasa semakin ok sambung balik dengan selang sehari.

Sebenarnya anxiety disorder ni banyak berkaitan dengan cara hidup dan apa yang kita alami apa yang kita dengar dan lihat di masa lampau. Tips untuk ibubapa mama ayah di luar sana- always make sure anak2 mendapat pengalaman yang positif dari anda sepanjang masa. Sebab pengalaman semasa kecil akan kekal sebagai ingatan separa sedar anda nanti. It does make who u are in the future.

Kepada siapa2 yang sedang mengalami anxiety disorder pula, elakkan dari menyalahkan masa lampau anda. Keep moving on dalam kehidupan anda. Tinggalkan semua masa lampau yang menyakitkan. We are who we are today. So keep moving on and keep doing good deeds.

Okeh..nak letak gambaq banyak2 hari ni. Saja suka! Hehehe

No comments: