Alhamdulillah. Danial si sulung dh nampak ciri2 atau bakatnya.So apa yang danial suka?
Danial ni dari kecik lagi aku dah nampak kecenderungan minat dari hobinya. Ofcourse la main.hehe..main apa? Main something yang lasak,memancing seawal usia 4 tahun..panjat pokok..(biasa la kami ni org kampung) Dah tu, boleh pulak siang ikan masa umur dia 4 tahun tu? Mengalahkan mama la plk. Mama ni. huh..bukan setakat siang ikan...ni merujuk pada ikan darat je ye..such as keli, haruan, puyu dan ikan ikan lain yang seangkatan dengannya. Terutama ikan puyu. Eeeeee....geli makk nk pegang ikan tu. Sebab ikan puyu ni jenis kuat menggelupur. Kuat lompat. Kang tak pasal2 aku pegang terlepas masuk dalam baju. Ewwww...lagi satu dia punya lendir kat badan. Takyah cakap la, memamg lendir kaw2 punya tak bagi peluang. Tp yang herannya si danial ni tak tau geli ka apa ka pulak. Kalau mama..disuruh pegang macam tu, terjerit2 macam nampak cicak. Huhu..kalau terpaksa pegang sebab nak kena alihkan si sikan puyu tu,mama akan p cari penyapu dengan penyodoknya sekali. Tolak2 dengan penyapu supaya ikan tu melompat masuk dalam penyodok, then macam tu la cara aku alihkan ikan darat kalau terpaksa. Lagi satu, nak siang ikan darat ni kena bunuh dia dulu. Ishhhh tk tergamak la pulak cik kak sorang ni nak bunuh something yg bernyawa mcm tu. Kesian..huhu..nak bunuh semut pun rasa kesian,inikan pulak ikan macam tu. Satu2nya makhluk yang aku rs tak bersalah bunuh adalah nyamuk sahaja..hehe..bajet penakut ke apa tak tau la..tapi tu la aku. Bila nak penyek2 semut tu selalu terfikir, eh..blh ke aku bg nyawa kt semut ni? Tak blh. So terus rs kesian dan tak tergamak nk penyek semut2 tu.
Antara perkara yang aku suka mengenai danial...dia pandai bergaul. Sebijik macam ayahnya kot. Pandai bergaul,suka masak, suka aktiviti luar..kat universiti dulu, sukan apa yang ayahnya tak main, semua la kecuali sukan renang je kot. Sebab tu tak pandai berenang. So kat mana nakk tumpah kuah kalau bukan ke dalam mangkuk. Itula yang aku nampak pasal danial. Dan lagi satu. Gila dengan memancing. Sebijik macam ayahnya jugak. Umar lain. Bukan lain sikit, lain banyak la dari abang. Hehe..ikut mama le tew...bagus..at least ada kawan mama. Heee...
Kat sekolah danial, apa saja aktiviti yang sekolah atau cikgu buat, wajiblah dia nk join. Dari sukan bola sepak, hoki, bola baling, ke acara berkawad, menyanyi dan tah macamm2 lg aktiviti. Semua dia nk conquer. Eh laaaa...anak ayah tu ye. Anak ayah..hehe. Kalau ikutkan aku, kawad tu laaaaa palingggggg aku tak suka nohhh..ingat lagi masa kat UUM dlu. Masa sem satu dan sem 2 kalau tak salah wajib ambik ko-k pertahanan awam kot. Ke apa tah. Tak ingat plk cik kak,almaklum dah berbelas tahun tinggalkan zaman universiti. Untuk ko-k tu mmg wajib ikut sesi kawad berkawad ni. Itulaaaaaaaa zaman gelap bagi aku. Rasa macam nak kena p berperang ka apa ja masa tu. And...selalu berdoa supaya pada hari kejadian kawad tu, hujan la, aku demam la, jurulatih accident la...ishh teruk betui doa aku tu. Patut la tak pernah makbul pun kan...huhu..kenapa yang aku tak suka sangat dengan kawad? Ada dua sebab. Pertama sebab aku tak tahan dengan panas dan kedua aku tak suka jurulatih tu dok tengking2 kt telinga aku. Ishhhhh tak suka laa sangat semua tu. Rasa macam nak sumbat2 lubang telinga ni dengan badak sumbu.
Yang sangat memelikkan aku adalah..danial ni suka pulak dengan aktiviti kawad, perkhemahan.... Ewwwwwww....kan ada potensi untuk terserempak dengan lintah,pacat atau ular kan...tak suka la..huhu..dan lagi..setiap masa terkejar2. Yang pasti si fasilitator mesti muka ganas mengalahkan singa. Dahtu diorang boleh buat sesuka hati pulak tu kan... Tak suka ahh... Sampaikan selepas danial ikut satu perkhemahan masa cuti sekolah lepas, aku terus tanya danial, seronok ke berkhemah? Dia ckp semuanya seronok mama kecuali tidoq lambat dan kemudian kene bangun awal. Itu jerrr? Lorrrrr...aku ingatkan dia akan komplen condemn macam2. Aku dan en husbnd bersama umar curi2 p melawat dia kat tapak perkhemahan pada masa tu. Rasa macam nk buat lakonan je masa tu supaya danial boleh checkout cepat. Macam2 idea timbul. Nak cakap kononnya tokwan dia tak sihat la, danial ada appoinment dengan doktor, kawasan rumah banjir so kena bw danial balik segera. Eh..macam2 la lagi. Bila diingatkan balik rasa nak tampaq diri sendiri pun ada la jugak. Si anak relax je, yang si mama pulak dok create macam2 crime dalam kepala. Ishhh..tak patottt.. Mana taknya cik kak oiii, nampak anak kita kena buli kena p cari benda bergetah la, 3 benda untuk ikat kasut menggantikan tali kasut, straw, kasut kene lastik ke bawah bukit...ishhh ada ka patotttt.. Hoiiii..rasa nak p sekeh pala fasi dengan kasut pon ada gak masa tu. Nasib la en hsbnd relaxxx jer...klau dia pon sama naik dengan aku, memang tak pasal2 berlubang kepala fasi2 tu. Dah la tak hensem pon. Ehh...hensem pulok dohh.. Takdak kaitan dengan rupa ye. Sorry....heeee...dah rasa geram tu kan. Semua benda aku nak condemn. Nasib ko la sapa suruh jd fasi.
Rupanya punyala aku beremosi panas sejuk kejap lampu hijau kejap lampu merah, yang si danial ni relaxx je cakap dia suka acara2 khemah macam tu. Laa ishhh.. So not mommy la awak nihhh. Youre soo..like ur daddy. Sebijik sebijun. Patot la ayah relax ja hr tu kannn...siap boleh dok berteka teki si fasi tu mandi ke tak hari tu, siap boleh dok ukur luas padang bola kt kwsn perkhemahan tu lagi. Tak supporting langsung!😯
Bermula sesi perkhemahan tu, aku tengok danial ni semakin minat sangat dengan semua tu. Tambah pulak tahun ni first time sekolah danial involve dengan pertandingan kawad. Konon team danial ni pencipta sejarah sekolah la. Daripada sekadar suam2 kuku masuk pertandingan kawad, akhirnya pasukan kawad kaki sekolah danial dapat masuk peringkat akhir pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan zon utara 2014. Bukan main melompat anak teruna aku tu. Jumpa sapa2 pon, cerita kawad tu la yang kluar dulu. Sampaikan satu kampung boleh tau dia dapat masuk peringkat akhir pertandingan kawad kaki tu. La ishhhhh peramah pon sebijik macam ayah jugak. Huhu...
Asalnya pertandingan tu nak dibuat pada 27-28 Sept lepas, tapi disebabkan ada peserta di kalangan stdnt darjah 6, so pertandingan ditunda ke 18 Oktober merangkap hari Sabtu lepas. Aku dan en hsbnd memang dah plan untuk ikut ke mana sahaja competition tu brlngsung. Alang2 dah danial suka, kami akan support sebaik mungkin. Insyaallah..
Disebabkan pertandingan dibuat di Taiping so kami terpaksa booking hotel untuk stay malam Sabtu tu. Aku booking seminggu awal. Cari punya cari last aku booking Tune Hotel melalui aplikasi web agoda.com. Bagus jgk agoda ni dan yang penting boleh dipercayai. Aku booking hotel yang paling murah tanpa bfast. Sebab kami kurang percaya hotel dapat sediakan makanan yang sedap2. Ikut pengalaman sebelum ni memang agak mendukacitakan la. Huhu...baik makan kat luar je. Tambahan lagi, selera makan en hsbnd macam the raja. Nak makan sedap je..maklumla dia sendiri pandai masak. So mesti nak makan masakan yang lebih sedap dari masakan dia. Katanya kalau tak sedap baik jangan masak. Haaa hambik kau. Sebab tu aku jarang masak. Isteri yang mendengar kata kennn...hihi..
Kami bertolak petang Jumaat selepas en hsbnd balik keje. Tanpa danial sebab danial melompat2 nak pegi dengan cikgu. Malamnya nak stay dengan kawan2. Ishhh memang semangat betul Lans Korperal Ahmad Danial Abu Bakar Bin Muhamad Ependi nih..oooo lupa. Lepas aktiviti perkhemahan hari tu ( cerita panjang lebar kat atas), Danial dapat pangkat Lans Korperal. Haaa memang suka.la diaaaaa....
So petang tu ada aku, en hubby tersayang dan umar yang tersayang. Lega sepanjang perjalanan Umar tidur je. Hihi....dah tkde sapa nak mai dengan dia kan...kalau tak..bertaburan satu kereta. Dulu ingatkan dari kereta kancil ke MPV..diorng tak bergasak sangat sebab ruang dah luas. Rupanya sama je. So la ni baik naik viva je. Petang tu pun pegi dengan viva jugak. Senang parking, pemanduan selesa dan yang penting jimat minyak. Minyak naik 2 kupang wehhhh...
Kami bertolak lebih kurang 6 petang dan smpai lebih kurang 7.30 malam. Terus ke hotel. Rupanya hotel ni dekat dengan tesco taiping dan sentral mall. Macam ada chance jer nak shopping. Hehe...jalan kaki pon blh smpai tuuu...Lepas check in, mandi solat, terus kluar untuk cari sekolah yang hostkan pertandingan esoknya dan of course untuk cari makan. Lapaq tahap budak baru belajar posa dah ni. Mesti nak kena makan dulu. Cari punya cari at last dapat kedai makan di mana yang pasti Tuanku murka la pada malam tu. Makanan tak sedap dan yang servis sangat lambat. Hsbnd ckp len kali booking homestay supaya dia boleh memasak. Huhu...pulak dah kan...
Letih pulak banyak menaip ni. Dipendekkan cerita, keesokannya kami smpai lebih awal daripada pasukan danial dan cikgu. Semngat beb!...dipendekkan cerita lagi, pasukan danial sekadar meraih pingat gangsa pada pertandingan tersebut. Tapi yang bestnya danial tetap bersemangat. Katanya tahun depan mesti kami yang menang mama. Ish ish ish...semangat mengalahkan mama.huhu...
Dah ada story pasti ada foto ken......so inilah diaaa....
No comments:
Post a Comment