Sunday, October 26, 2014

Anak mama ayah demam

Danial dan umar pe-el sakitnya sama la macam mama. Susahnyaaaa nak demam. Alhamdulillah syukur sesangat. Cuma...once dah demam- makan minggu, letih je memanjang,tido je selalu, badan asyik panas, makan tak lalu, panas badan sampai mata dah berair2. Huhu.. Sian anak mama la. Tak sanggup mama tengok. Mama tak kuat seperti mama-mama anak2 di palestine, di Syria, di Mesir..di negara2 lain di mana nyawa anak2 kelihatan langsung tak ada nilainya. Sungguh kejam. Mama tak kuat. Bila anak2 mama sakit, mama lebih2 sakitnya. Anak2 demam, mama sesak nafas, anak2 batuk tak berenti, selsema tak hilang2, mama yang muntah dan kena telan ubat. Mama impikan menjadi mama yang kuat dan tabah. Malangnya buat masa ini, diri mama sendiri berperang dengan 'sesuatu' yang tak kelihatan tapi yang sangat memberi kesan. Doakan mama kuat dan tabah seperti seorang mama yang kuat dan tabah menghadapi liku2 kehidupan seorang mama. Uhuk..

Dunia teknologi. Kita mengalami muntahan maklumat, di mana setiap hari kita dapat tips itu ini, panduan itu ini, what does what doesn't. Maklumat, info memang baik. Namun maklumat dan info salah atau yang meragukan atau yang mengelirukan boleh membuatkan hidup jadi semakin complex. Bayangkan...kan sekarang ni zaman wasap. Group wasap yang sangat pelbagai, untuk tujuan yang juga pelbagai but mostly is to share info. Grup se ofis, se uni, se sekolah rendah, sekolah menengah, se jabatan, sekampung, se family. U name it. Semua jenis ada kenn. U know apa yang ai dapat belajar today? Ai learnt that kemuntahan maklumat ni membuatkan kita sakit. Bayangkan..uhuk..dari tadi dok bayangkan ajer....ok.. Bayangkan..anak awak demam dah hampir seminggu tak kebah2. Then u nak.berkongsi keadaan tu dengan kawan2, dengan family. Guest what u got back? Of course info. U just want to share ur feeling right? Then what u get is..."jangan letak coolfever, doktor ckp tk baik sebab nanti dia kumpulkan kepanasan tu ke bahagian kepala saja" atau..." Eh..kalau nak letak air, kena letak kat bdn dulu, nnti kepanasan tu tak hilang dari badan" atau " cuba letak air asam jawa kat kepala". Another one.." Jangan letak air asam jawa, nanti susah nak kebah" atau...." Ambik air beras letak pada kain basah then letak kain tu kat kepala". Ada lagi...hehe...." Jangan la bagi makan ubat. Kang antibodi dia tak kuat". Nah hambik kau! So mana satu nasihat yang u nak ambik. Last, aku sendiri yang gelong. Nak buat itu tak kena nak buat ini pun tak kena. Ishhh laaa... Habih kepala aku at last kena defragment balik semula. Aduiiiii...

Kongsi info memang baik. But unless u sendiri adalah pakar dalam bidang tu atau u sendiri dah mendapatkan penerangan yang panjang lebar dari pakar dalam bidang berkenaan, u cant simply sebarkan apa2 info yng u sendiri keliru. Uhuk.. Info yang keliru macam tu akan buatkan orang yang sakit bertambah sakit. Bayangkan..orang sakit kepala, u bagi ubat diabetes, memang lagi sakit la orang tu nanti. Silap2 boleh masuk pintu gol. Huhu... So awas lah yer.. Dont simply sebarkan maklumat yang u r not confident with. Kesian kat orang yang membaca. Kalau memang fia desperate sangat, maybe dia akan buat semua suggestion yang akhirnya pasti membinasakan..

So...kesimpulannya, boh lagi gambar banyak2. Hehe...

Friday, October 24, 2014

Dia Hadir Sesekali

Husband ai tengah berleter kat player2 kedah. Current result Pahang 2 Kedah 0. Aggregat 3-3. Huhu... Habih semua ref, mid n defend n keeper kena sumpahan si suami aku yang berang kerana membiarkan Pahang score 2-0 sekarang ni. Nasib kau la player.. Hihi.. Tapi aku tengok pun bola macam berat sebelah jerrr.. Asyik ke sebelah pintu gol Kedah. Sesekali jer ke pintu gol Pahang. Memang sah2 le sush nk score Kedah oiii Kedah. Pulun oii pulun. Sikit je lagi nak ke final. Jangan takut. Awat malam ni nampak player2 Kedah macam takut2 jer nih. Takut kat Tok Ti kot. Jangan risau. Datuk K ada dok support hampa wehhh.. Pulun pulun pulun!

Haha..begitulah mukadimah pada hari Jumaat malam Sabtu ni di mana sedang berlangsung perlawanan antara Kedah dan Pahang di Stadium Darul Makmur dengan secara tidak sahnya aku melantik encik suami sebagai Chief Coach Kedah pada malam ini. Huhi... Habih semua pemain Kedah diserunya, Badrol, Khairil Muhaimin, Farhan, Namkung..oh Namkung si k-pop dah kluar awal.malam ni. Cis tak guna betul sapa yang cederakan dia malam ni.

Dah kenapa pulak aku kat sini, dalam bilik sengsorang menaip posting ni. Sebenarnya tak tahan telinga dok dgr encik suami memarahi player2nya. Kalah si coach Kedah tu sendiri. Sampai aku kat sebelah pun tk dipedulikannya. Ahhh i dont mind.... As long as ai ada capaian internet macam sekarang ni. Habihkan dua biji epal kat sebelah dia tadi, minum segelas soya, and then segelas air suam, cuci muka, tepek all night mask, dah boleh tdoq. Tapi sebelum mata ni mengantuk tersengguk2, alangkah indahnya jika aku dapat mencoret sepatah dua kata dalam diari peribadi online nih.

Jam dah menunjukkan 9.34. Teringat dulu kalau kena bawa keta p KL malam2, aku selalu on radio Sinar. Apakah tajuknya? Dedikasi? Bersama Jamal Jamaludin? Kalau tak salah la ye. Kalau salah pun aku tak kisah. Keadaan mind aku sekarang ni, perkara yang orang cakapkan 2 minit lepas pun aku blh lupa. Inikan pula berbulan2 yang lalu. Huhu..

Eh apa ye yang aku suka tentang rancangan ?? Dedikasi bersama Jamal Jamaludin ni ek... Yang pertama pastinya background muzik. Ok..baru je browse google. Segmen cetusan hati dan dedikasi. By Jamal Jamaluddin. Background music 'The Lonely Shepherd'. Ohhhhh sungguh terangsang minda ni bila dengar alunan muzik ni. Sangat sedap didengar. Boleh la sesekali layan buat hilangkan stress.

Oopss.. Okeh. Sebenarnya nak menstorykan tentang my current state of anxiety disorder i am suffering. Hari ni dia buat lagi. Dah beberapa hari rasanya aku bebas ad. Tapi rupanya panas tidak bertahan sehingga ke  petang. Baru nak menjengah ke tengahari, hujan datang tanpa diundang. Danial demam hari ni. In fact sejak.mlm smlm bdn dia panas2 suam. Tapi lepas bg ubat terus kebah. Rupanya blm sembuh sepenuhnya. Pagi ni bangun, terus sentuh badan dia. Oh! Panas sngt. Rsnya hampir 38 deg celcius. Terus ayahnya letakkn cool.fever dan bagi makan ubat demam. Aku ni pulak seperyi biasa la. Dengan penyakit gelabah aku ni. Dan2 tu jugak aku rasa semacam. Encik suami bangun awal buatkan nasi goreng untuk kami. Tapi smpai ke tengahari nasi tu tak ku jamah. Tak ada rasa langsung pun nk makan. Hasilnya.....penat la. Petanda panick attack akan menyerang. Huhu..cuba jugak bertahan, tapi lepas drive sengsorng bawa danial ke klinik, kaki dan muka mula rasa semacam. Dah nak mula rasa kebas2. Hmmmmm..dah tau dah. Kejap lagi mesti rasa pening nak pengsan semua. Tapi walaupun benda tu seringkali berlaku dan akan pergi selepas beberapa minit atau beberapa jam ( yang ni memang worst sgt), aku tetap rasa nervesnya. Mula2 cuba bertahan, tapi bila dah rasa kaki mula tk jejak tanah, badan mula rasa ringan melayang, terus aku telan xanax. Taknk apa2 berlaku masa tengah bw keta. Dengan danial yang sedang demam plk tu. Memang dak la... Bukan aku tak pernah kena saman sbb bw keta mcm org gila atau mcm org yg tak tahan nk terberanak, bukan aku tak pernah hampir2 accident nak langgar kete orang. Dah beberapa kali pon sbnrnya. Bila datang attack tu, memang tk blh buat apa. Nak dok diam mmg tk blh la. Melainkan drive kete terus ke KMC. Dok situ sekejap. Kalau hilang aku balik. Kalau tk aku register je kt emergency department. Masuk klinik jap. Doktor cek itu ini sikit, ulang bende yang sama, and then prescribed xanax kat aku
Itu je la pon.

Sampai je kat rumah terus tukar baju dn baring. Mesti baring sebab akn rasa mengantuk sesgt lpas ambik.xanax. klau tak tdur akan rasa bertambah panicnya. Bertambah laju jantung ni nanti. Sebelum tdur ada msg farah bgtau aku tk sihat. Then terus terlelap. Sedar2 ada call masuk. Farah rupanya. Dia tnya ok dak. Dalam.mamai aku jwb. Tak berapa ok sangat. Then farah cakap.jap g dia sampai kot. Huhu... Alhamdulillah... Bagusnya dapat adik macam ni. Cepat betul Allah makbulkan doa aku untuk berikan aku seorang penolong daripaNya. Inilah dia penolong itu. Orang yang aku doakan untuk dihadirkan oleh Allah. Terima kasih Allah...

Dlm dok tunggu farah, aku tdoq balik semula. Tah la rs letih semacam ja. Huhu.

-Alamak current result. 4-0!!!!!. Tak patot...tak patot...hampa main bola ka main guli oiiiiiiiii...-

Farah sampai umah lebih kurang pkl 2 rsnya. Terus dia masuk.cari aku dan terus dia urut blkg. Ok..ni aku nak bg tips. Kepada sapa2 yang ada ad macam aku dan selalu kena attack. Semasa kena attack tu eloklah spouse atau sapa2 yang baik dngn kita urutkan muscle2 kt bhgn blkg bdn. Insyaallah akan hilang attack tu perlahan2. Cubalah. Maybe urutan di badan boleh releasekan serotonin. I am not sure about this. But it does cure my panic attack. Thats for sure! Degupan jantung akan turun perlahan-lahan, insyaallah.. Aku selalu guna minyak herba Nona Roguy yang warna hijau tu untuk urutan di belakang badan (aras dada) dan untuk disapu di bahagian dada.

Currently doktor prescribed aku dengan cymbalta selang sehari. Cuma 4 5 hari ni aku terpaksa ambik setiap malam sebab aku kerap dapat serangan lately ni. Doktor dah pesan, kalau rasa semacam, ambik dulu setiap malam then kalau dah rasa semakin ok sambung balik dengan selang sehari.

Sebenarnya anxiety disorder ni banyak berkaitan dengan cara hidup dan apa yang kita alami apa yang kita dengar dan lihat di masa lampau. Tips untuk ibubapa mama ayah di luar sana- always make sure anak2 mendapat pengalaman yang positif dari anda sepanjang masa. Sebab pengalaman semasa kecil akan kekal sebagai ingatan separa sedar anda nanti. It does make who u are in the future.

Kepada siapa2 yang sedang mengalami anxiety disorder pula, elakkan dari menyalahkan masa lampau anda. Keep moving on dalam kehidupan anda. Tinggalkan semua masa lampau yang menyakitkan. We are who we are today. So keep moving on and keep doing good deeds.

Okeh..nak letak gambaq banyak2 hari ni. Saja suka! Hehehe

Saturday, October 18, 2014

Aktiviti sekolah danial

Alhamdulillah. Danial si sulung dh nampak ciri2 atau bakatnya.So apa yang danial suka?

Danial ni dari kecik lagi aku dah nampak kecenderungan minat dari hobinya. Ofcourse la main.hehe..main apa? Main something yang lasak,memancing seawal usia 4 tahun..panjat pokok..(biasa la kami ni org kampung) Dah tu, boleh pulak siang ikan masa umur dia 4 tahun tu? Mengalahkan mama la plk. Mama ni. huh..bukan setakat siang ikan...ni merujuk pada ikan darat je ye..such as keli, haruan, puyu dan ikan ikan lain yang seangkatan dengannya. Terutama ikan puyu. Eeeeee....geli makk nk pegang ikan tu. Sebab ikan puyu ni jenis kuat menggelupur. Kuat lompat. Kang tak pasal2 aku pegang terlepas masuk dalam baju. Ewwww...lagi satu dia punya lendir kat badan. Takyah cakap la, memamg lendir kaw2 punya tak bagi peluang. Tp yang herannya si danial ni tak tau geli ka apa ka pulak. Kalau mama..disuruh pegang macam tu, terjerit2 macam nampak cicak. Huhu..kalau terpaksa pegang sebab nak kena alihkan si sikan puyu tu,mama akan p cari penyapu dengan penyodoknya sekali. Tolak2 dengan penyapu supaya ikan tu melompat masuk dalam penyodok, then macam tu la cara aku alihkan ikan darat kalau terpaksa. Lagi satu, nak siang ikan darat ni kena bunuh dia dulu. Ishhhh tk tergamak la pulak cik kak sorang ni nak bunuh something yg bernyawa mcm tu. Kesian..huhu..nak bunuh semut pun rasa kesian,inikan pulak ikan macam tu. Satu2nya makhluk yang aku rs tak bersalah bunuh adalah nyamuk sahaja..hehe..bajet penakut ke apa tak tau la..tapi tu la aku. Bila nak penyek2 semut tu selalu terfikir, eh..blh ke aku bg nyawa kt semut ni? Tak blh. So terus rs kesian dan tak tergamak nk penyek semut2 tu.

Antara perkara yang aku suka mengenai danial...dia pandai bergaul. Sebijik macam ayahnya kot. Pandai bergaul,suka masak, suka aktiviti luar..kat universiti dulu, sukan apa yang ayahnya tak main, semua la kecuali sukan renang je kot. Sebab tu tak pandai berenang. So kat mana nakk tumpah kuah kalau bukan ke dalam mangkuk. Itula yang aku nampak pasal danial. Dan lagi satu. Gila dengan memancing. Sebijik macam ayahnya jugak. Umar lain. Bukan lain sikit, lain banyak la dari abang. Hehe..ikut mama le tew...bagus..at least ada kawan mama. Heee...

Kat sekolah danial, apa saja aktiviti yang sekolah atau cikgu buat, wajiblah dia nk join. Dari sukan bola sepak, hoki, bola baling, ke acara berkawad, menyanyi dan tah macamm2 lg aktiviti. Semua dia nk conquer. Eh laaaa...anak ayah tu ye. Anak ayah..hehe. Kalau ikutkan aku, kawad tu laaaaa palingggggg aku tak suka nohhh..ingat lagi masa kat UUM dlu. Masa sem satu dan sem 2 kalau tak salah wajib ambik ko-k pertahanan awam kot. Ke apa tah. Tak ingat plk cik kak,almaklum dah berbelas tahun tinggalkan zaman universiti. Untuk ko-k tu mmg wajib ikut sesi kawad berkawad ni. Itulaaaaaaaa zaman gelap bagi aku. Rasa macam nak kena p berperang ka apa ja masa tu. And...selalu berdoa supaya pada hari kejadian kawad tu, hujan la, aku demam la, jurulatih accident la...ishh teruk betui doa aku tu. Patut la tak pernah makbul pun kan...huhu..kenapa yang aku tak suka sangat dengan kawad? Ada dua sebab. Pertama sebab aku tak tahan dengan panas dan kedua aku tak suka jurulatih tu dok tengking2 kt telinga aku. Ishhhhh tak suka laa sangat semua tu. Rasa macam nak sumbat2 lubang telinga ni dengan badak sumbu.

Yang sangat memelikkan aku adalah..danial ni suka pulak dengan aktiviti kawad, perkhemahan.... Ewwwwwww....kan ada potensi untuk terserempak dengan lintah,pacat atau ular kan...tak suka la..huhu..dan lagi..setiap masa terkejar2. Yang pasti si fasilitator mesti muka ganas mengalahkan singa. Dahtu diorang boleh buat sesuka hati pulak tu kan... Tak suka ahh... Sampaikan selepas danial ikut satu perkhemahan masa cuti sekolah lepas, aku terus tanya danial, seronok ke berkhemah? Dia ckp semuanya seronok mama kecuali tidoq lambat dan kemudian kene bangun awal. Itu jerrr? Lorrrrr...aku ingatkan dia akan komplen condemn macam2. Aku dan en husbnd bersama umar curi2 p melawat dia kat tapak perkhemahan pada masa tu. Rasa macam nk buat lakonan je masa tu supaya danial boleh checkout cepat. Macam2 idea timbul. Nak cakap kononnya tokwan dia tak sihat la, danial ada appoinment dengan doktor, kawasan rumah banjir so kena bw danial balik segera. Eh..macam2 la lagi. Bila diingatkan balik rasa nak tampaq diri sendiri pun ada la jugak. Si anak relax je, yang si mama pulak dok create macam2 crime dalam kepala. Ishhh..tak patottt.. Mana taknya cik kak oiii, nampak anak kita kena buli kena p cari benda bergetah la, 3 benda untuk ikat kasut menggantikan tali kasut, straw, kasut kene lastik ke bawah bukit...ishhh ada ka patotttt.. Hoiiii..rasa nak p sekeh pala fasi dengan kasut pon ada gak masa tu. Nasib la en hsbnd relaxxx jer...klau dia pon sama naik dengan aku, memang tak pasal2 berlubang kepala fasi2 tu. Dah la tak hensem pon. Ehh...hensem pulok dohh.. Takdak kaitan dengan rupa ye. Sorry....heeee...dah rasa geram tu kan. Semua benda aku nak condemn. Nasib ko la sapa suruh jd fasi.

Rupanya punyala aku beremosi panas sejuk kejap lampu hijau kejap lampu merah, yang si danial ni relaxx je cakap dia suka acara2 khemah macam tu. Laa ishhh.. So not mommy la awak nihhh. Youre soo..like ur daddy. Sebijik sebijun. Patot la ayah relax ja hr tu kannn...siap boleh dok berteka teki si fasi tu mandi ke tak hari tu, siap boleh dok ukur luas padang bola kt kwsn perkhemahan tu lagi. Tak supporting langsung!😯

Bermula sesi perkhemahan tu, aku tengok danial ni semakin minat sangat dengan semua tu. Tambah pulak tahun ni first time sekolah danial involve dengan pertandingan kawad. Konon team danial ni pencipta sejarah sekolah la. Daripada sekadar suam2 kuku masuk pertandingan kawad, akhirnya pasukan kawad kaki sekolah danial dapat masuk peringkat akhir pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan zon utara 2014. Bukan main melompat anak teruna aku tu. Jumpa sapa2 pon, cerita kawad tu la yang kluar dulu. Sampaikan satu kampung boleh tau dia dapat masuk peringkat akhir pertandingan kawad kaki tu. La ishhhhh peramah pon sebijik macam ayah jugak. Huhu...

Asalnya pertandingan tu nak dibuat pada 27-28 Sept lepas, tapi disebabkan ada peserta di kalangan stdnt darjah 6, so pertandingan ditunda ke 18 Oktober merangkap hari Sabtu lepas. Aku dan en hsbnd memang dah plan untuk ikut ke mana sahaja competition tu brlngsung. Alang2 dah danial suka, kami akan support sebaik mungkin. Insyaallah..

Disebabkan pertandingan dibuat di Taiping so kami terpaksa booking hotel untuk stay malam Sabtu tu. Aku booking seminggu awal. Cari punya cari last aku booking Tune Hotel melalui aplikasi web agoda.com. Bagus jgk agoda ni dan yang penting boleh dipercayai. Aku booking hotel yang paling murah tanpa bfast. Sebab kami kurang percaya hotel dapat sediakan makanan yang sedap2. Ikut pengalaman sebelum ni memang agak mendukacitakan la. Huhu...baik makan kat luar je. Tambahan lagi, selera makan en hsbnd macam the raja. Nak makan sedap je..maklumla dia sendiri pandai masak. So mesti nak makan masakan yang lebih sedap dari masakan dia. Katanya kalau tak sedap baik jangan masak. Haaa hambik kau. Sebab tu aku jarang masak. Isteri yang mendengar kata kennn...hihi..

Kami bertolak petang Jumaat selepas en hsbnd balik keje. Tanpa danial sebab danial melompat2 nak pegi dengan cikgu. Malamnya nak stay dengan kawan2. Ishhh memang semangat betul Lans Korperal Ahmad Danial Abu Bakar Bin Muhamad Ependi nih..oooo lupa. Lepas aktiviti perkhemahan hari tu ( cerita panjang lebar kat atas), Danial dapat pangkat Lans Korperal. Haaa memang suka.la diaaaaa....

So petang tu ada aku, en hubby tersayang dan umar yang tersayang. Lega sepanjang perjalanan Umar tidur je. Hihi....dah tkde sapa nak mai dengan dia kan...kalau tak..bertaburan satu kereta. Dulu ingatkan dari kereta kancil ke MPV..diorng tak bergasak sangat sebab ruang dah luas. Rupanya sama je. So la ni baik naik viva je. Petang tu pun pegi dengan viva jugak. Senang parking, pemanduan selesa dan yang penting jimat minyak. Minyak naik 2 kupang wehhhh...

Kami bertolak lebih kurang 6 petang dan smpai lebih kurang 7.30 malam. Terus ke hotel. Rupanya hotel ni dekat dengan tesco taiping dan sentral mall. Macam ada chance jer nak shopping. Hehe...jalan kaki pon blh smpai tuuu...Lepas check in, mandi solat, terus kluar untuk cari sekolah yang hostkan pertandingan esoknya dan of course untuk cari makan. Lapaq tahap budak baru belajar posa dah ni. Mesti nak kena makan dulu. Cari punya cari at last dapat kedai makan di mana yang pasti Tuanku murka la pada malam tu. Makanan tak sedap dan yang servis sangat lambat. Hsbnd ckp len kali booking homestay supaya dia boleh memasak. Huhu...pulak dah kan...

Letih pulak banyak menaip ni. Dipendekkan cerita, keesokannya kami smpai lebih awal daripada pasukan danial dan cikgu. Semngat beb!...dipendekkan cerita lagi, pasukan danial sekadar meraih pingat gangsa pada pertandingan tersebut. Tapi yang bestnya danial tetap bersemangat. Katanya tahun depan mesti kami yang menang mama. Ish ish ish...semangat mengalahkan mama.huhu...

Dah ada story pasti ada foto ken......so inilah diaaa....