Friday, January 4, 2013

Past tense, Future tense & Present tense

Tiba2 teringat nak post pasal tense yg ada kerana memang tensionnn....warghhh......belajar bende2 ni kt sekolah dulu. Pada masa tu mesti tertanya2 dan mngharap sangat supaya aku terus je masuk universiti, tk payah hadapi pelajaran2 yang memeningkan dan merimaskan aku ketika itu. Atau aku mengharapkan supayz aku tetap jd budak kecik sampai bila2..pun tak pening gak.huhu...

Sekarang...sekarang baru aku realize yang past tense,present tense dan future tense apa semua tu hanya alat semata2. Alat untuk mnguji dan melatih dan mndidik aku di universiti dunia..Universiti yang utama yang melahirkan ramai sangat graduan atau ramai sangat yang gagal berhenti, dalam status perhatian atau habih sangat yang kene jumpa kaunselor.hehe..

Betul tak kalau aku katakan pasti ada orang lain yang berfikiran seperti aku tadi. Merindui past tense gila2 sampai tak boleh nak buat keja, membenci present tense kerana beranggapan past tense kita lebih baik dari present kita sekarang. Lalu tidak dapat create future atau lebih malang lagi takut dengan future sehinggakan tak boleh nampak future yang kita nak create itu..betul kan...kita selalu cakap...sekarang pun aku dah macam ni, apa laaaa nak jadi dengan masa depan aku nanti..Hmmmmmmmmmmm.....tengok la berapa panjang hmmmmmmmm... yang kita gunakan. Berapa banyak m yang ada kat situ tu...

Aku selalu terkenang zaman universiti, betapa mudahnya betapa cerianya betapa bahagianya zaman tersebut. Tiada tanggungjawab yang berat melainkan tanggungjawab mnghabihkan study jer..Jer...? Hehe...Tapi dalam dok bahagia, seronok best tu pun, aku kadangkala terkenang zaman sekolah di mana subjeknya tak laa susah macam kat universiti. Semuanya nmpk mudah2 belaka berbanding nak kena faham kod,nak kena buat penyataann masalah, pastu nak kena selesai masalah, tak cukup dengan tu, nak kena programkan (pulak dahhhhh) penyelesaian tu tadi.

Tengok..tengok..tengok...! Kadangkala kita boleh hidup di alam mimpi seperti tadi tu. Teruk betul. 'Rindunyaaa zaman sekolah' @ 'seronok kan kt uni dulu' @ 'masa awal masuk keje dulu takla tension macam ni'..haaah tudia.... habih tu hang nak dok tang zaman mana yati oiiiiiiii....:-D...

Aku nak buat kesimpulan macam ni jer laa..kita rindukan zaman silam kerana tiada yang membahagiakan kita di zaman sekarang..bukan tiada yang membahagiakan..kita ysng dah letih sebenarnya nak menghadapi hidup ni, kita yang malas kita yang tak pernah tukar mindset, kita yang sentiasa fikir negatif pada diri srndiri, orang sekeliling, dunia dan yang paling malang semua itu menunjukkan kita tsk pernahhhhh nak bersyukur dengan nyawa yang madih ada lebih lebih malang lagi kita selalu lupa dari siapa segala nyawa dan anggota tubuh kita dipinjamkan. Kita lupa Allah! Kita yang jumud kita yang tak pernahhhhhh bersyukur dengan segala kekayaan yang Allah berikan pada kita selama ini. Namun kita ada ego dan kesombongan yang sangat tinggi sehinggakan hidup kita hanya tau berkeluh kesah hanya tau mnyalahkan orang lain atas keadaan hidup kita sekarang ini. Sebab berkeluh kesah itu mudah menyalahkan orang itu mudah senang kejenya berbanding meneliti apa lagi yang boleh kita lakukan untuk merasa bahagia itu..untuk menikmati saat2 indah hidup kita ini...Kita malas...malas kerana ego menyokong kita spy terus tetusan mnyalahkan keadaan dan orang lain atas malanf hidup kita di dunia ini...kita yang malang sebenarnya...

Aku nak bangkit, aku taknk terpengaruh dengan suasana lagi dengan oranglain lagi....biarlah depa nak jadi apa pun, ysng paling utama aku sendiri nak tukar mindset. Aku nak bahagia aku nak hadapi masa depan dengan penuh hikmah

No comments: