Saturday, July 21, 2012

Kisah 1 Ramadan

1 Ramadan...

Danial aku kejutkan sekitar 5.30 pagi, biar lewatkan sahur nanti tak adelah anakku itu lapar sesangat siang hari nanti. Danial tak nak makan nasi atau apa-apa makanan, tak selera katanya (ye la, orang tua pun tak selera makan waktu-waktu macam tu, inikan pula kanak-kanak seusia danial). Jadi, ayah buatkan danial horlicks campur milo saja.

Pe el (tah apa la bahasa nih, huhu) danial tahun ni ada nampak sedikit perubahan. Alhamdulillah terima kasih Allah. Sebelum tiba Ramadan hari tu, mama dah 'cucuk' sikit-sikit 'feel' puasa tu kat Danial. Bila mama puasa ganti, mama ajak danial sekali. Memang danial tak puasa habih sehari, tapi ada la niatnya untuk sama-sama puasa dengan mama. Seminggu dua sebelum Ramadan, mama selalu ingatkan dan bagitau danial yang umat Islam akan menyambut puasa tak lama lagi, tujuannya supaya danial dapat 'rasa' Ramadan tu. Alhamdulillah, berkesan nampaknya cara macam ni untuk Danial.

Kalau tahun lepas danial puasa sambil mengamuk-ngamuk lapar, tahun ni relaks sikit gayanya. Bila masuk waktu tengahari, baru nampak muka macam letih, dan mula bertanya pada mama dan ayah, "mama, ayah, berapa jam lagi kita nak buka puasa". Mama dan ayah terpaksa dengar pertanyaan macam tu selang sejam sekali, then selang pulak setengah jam sekali, then bila dan petang skit, 15 minit sekali, selepas pukul 5.30, 5 minit sekali! Terpaksa mama pass baton kepada tok pulak, penat dah ni menjawab, hihi...

Lega hati mama tahun ni danial tak mengamuk-ngamuk lagi macam tahun lepas. Kalau lapar sangat pun, danial panggil mama dan tunjuk perut kempis kat mama, perut tak la kempis mana pun, tapi danial yang buat dia nampak kempis sangat, dah dok tahan nafas, memang la...

Macam-macam danial minta dengan ayah, maggi goreng la, burger la kentang goreng la, mercun pun mintak juga! Bukan boleh makan mercun tu sayang oiiii...Ayah ikutkan saja, kesian agaknya dengan anak ayah yang sorang nih. Hehe..

Sebaik berbuka, danial cakap "hmmmm..seronok hati danial boleh posa, rasa seronok la mama.."

Alhamdulillah, kalau danial dapat merasakan 'bahagia' dan tenang apabila puasa, mama pun rasa macam tu jugak. Sesungguhnya puasa ni memang memberi ketenangan, sangat tenang, kita tak dapat perasaan macam tu di mana-mana...

Terima kasih Allah, Kau permudahkan urusan mendidik anak-anakku. Syukur padaMu Ya Allah..

No comments: