Wednesday, July 18, 2012

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar

"Mama, abang dapat pensil warna"
"Ok sayang.."

"Mama, ustazah bagi abang pensil warna"
"Hadiah ke?"

"Abang baca attahiyyatulmuba......Dua orang ja yang dapat hadiah pensil warna ni, abang dengan kawan abang kelas Bestari"
(oh rupanya abang dapat hadiah pensil warna disebabkan abang boleh bacakan tahiyat akhir semasa Kem Bestari Solat sekolah).

"Pandainya anak mama ni. Kan mama dah cakap, abang kena selalu solat dan baca bacaan dalam solat betul-betul. Kan Allah dah bagi abang 'hadiah'...
"He he he"

Seronok betul danial tatkala aku jemput dia dari sekolah Sabtu lalu. Beria-ia danial bercerita apa yang berlaku, satu persatu...





No comments: