Kalau ada pompuan yang bekerja pejabat, mesti depa tau macam mana nak tuntut any claim untuk any duit yang telah mereka keluarkan. Ahad lepas aku isi borang claim, semalam pulak terdengar-dengar di telinga ini perihal claim yang tak dapat, susah nak isi, bla bla bla..Bila dicheck balik, rupanya claim tu hanya untuk beberapa jam lebihan masa bekerja.
Selama aku bekerja ini, kukira banyakkkk 'lebihan masa' aku di tempat kerja. Antara penyumbang utama adalah waktu-waktu yang aku gunakan untuk menyudahkan tugasan-tugasan berkaitan ISO, atau semasa terlalu banyak tugasan nak disiapkan sedangkan masa hanya ada 8 jam sahaja di pejabat. Kerja lebih banyak daripada jumlah jam. Huhu...Pada masa tersebut, aku tak terfikir langsung akan 'lebihan masa' itu disebabkan matlamat yang aku dah setkan di awal-awal lagi untuk menyiapkan semua tugasan dengan segera. Atau mungkin juga aku terfikir akan satu perkara ini - tak semua perkara aku akan claim kerana biarlah 'kerja-kerja' lebih masa sejam dua itu aku donate semula kepada organisasi. Atau mungkin 'kerja-kerja' lebih masa itu pun memang elok untuk aku 'tampung' masa-masa yang aku 'curi' daripada pihak organisasi samada sengaja atau tidak disengajakan. Bagi aku, biarlah Allah sahaja yang 'membayar' OT tersebut kepada aku kerana 'bayaran' daripada Allah pasti lebih mahal berbanding bayaran yang dibuat oleh makhlukNya kepada aku.
Tidak pula tujuan aku menulis posting ini untuk menghalang orang lain daripada claim segala lebihan masa atau kerja yang telah mereka usahakan sebaik mungkin itu, buatlah, anda semua ada hak untuk membuat permohonan, cumanya tiba-tiba sahaja perkara ini menerjah ke dalam benak fikiranku, dan rasanya perlu aku luahkan supaya tidak bersarang dalam kepala otak aku ini. Tau tau sajalah kalau dah bersarang, nanti berkarat dan kelak boleh mengganggu emosiku pulak.
Aku cuma terfikir, dengan ledakan trend teknologi di zaman sekarang ini, segala-galanya boleh dibuat di hujung jari - kadang-kadang menyebabkan kita lupa apa yang kita 'curi' daripada orang lain sebenarnya lebih mahal harganya daripada apa yang orang 'ambil' daripada kita. Bayangkan facebook, twitter, blog dan lain-lain. Cuba letak satu jam dan setkan ia supaya boleh ditekan sebaik kita mula 'merayau' di dunia cyber - melihat iklan kasut, kereta, menjual kuih raya, tudung raya, kasut raya di facebook, update status, komen status dan like serta share apa-apa di facebook. Semasa kita update blog menjual kain kita, semasa kita 'merayau' di google mencari jualan murah sempena aidilfitri, mendapatkan kupon kasut mahal atau sekadar suka-suka 'search' tah apa-apa. Cuba tekan jam tersebut setiap kali kita mula 'merayau' dan setiap kali kita stop - cuba kira jam yang kita ambil dalam sehari bekerja tu. Berapa lama kita 'mengelat' tapi orang tak perasan sebab kita masih ada di meja kita, berapa lama kita 'membeli belah' di dunia cyber atau berapa lama masa kita ambil untuk msukkan segala gambar dan posting jualan kain kita? Adakah hampir separuh daripada masa 8 jam tersebut yang sepatutnya kita gunakan untuk bekerja di dunia nyata? Tepuk dada tanya selera..
Bagi seleraku pula, segala apa yang aku tak claim itu adalah kerana pada masa tersebut, aku dah tepuk dada dan tanya instinct aku, nak claim ke tak? Kalau pada masa itu instinct aku cakap "tak payah claim la,hari tu hang keluar lebih 15 minit kan?", so aku takkan claim la yang tu. Sebab akhir-akhir ini aku begitu pasti dengan luahan daripada instinct aku ini...
Monday, July 30, 2012
Saturday, July 21, 2012
Kisah 1 Ramadan
1 Ramadan...
Danial aku kejutkan sekitar 5.30 pagi, biar lewatkan sahur nanti tak adelah anakku itu lapar sesangat siang hari nanti. Danial tak nak makan nasi atau apa-apa makanan, tak selera katanya (ye la, orang tua pun tak selera makan waktu-waktu macam tu, inikan pula kanak-kanak seusia danial). Jadi, ayah buatkan danial horlicks campur milo saja.
Pe el (tah apa la bahasa nih, huhu) danial tahun ni ada nampak sedikit perubahan. Alhamdulillah terima kasih Allah. Sebelum tiba Ramadan hari tu, mama dah 'cucuk' sikit-sikit 'feel' puasa tu kat Danial. Bila mama puasa ganti, mama ajak danial sekali. Memang danial tak puasa habih sehari, tapi ada la niatnya untuk sama-sama puasa dengan mama. Seminggu dua sebelum Ramadan, mama selalu ingatkan dan bagitau danial yang umat Islam akan menyambut puasa tak lama lagi, tujuannya supaya danial dapat 'rasa' Ramadan tu. Alhamdulillah, berkesan nampaknya cara macam ni untuk Danial.
Kalau tahun lepas danial puasa sambil mengamuk-ngamuk lapar, tahun ni relaks sikit gayanya. Bila masuk waktu tengahari, baru nampak muka macam letih, dan mula bertanya pada mama dan ayah, "mama, ayah, berapa jam lagi kita nak buka puasa". Mama dan ayah terpaksa dengar pertanyaan macam tu selang sejam sekali, then selang pulak setengah jam sekali, then bila dan petang skit, 15 minit sekali, selepas pukul 5.30, 5 minit sekali! Terpaksa mama pass baton kepada tok pulak, penat dah ni menjawab, hihi...
Lega hati mama tahun ni danial tak mengamuk-ngamuk lagi macam tahun lepas. Kalau lapar sangat pun, danial panggil mama dan tunjuk perut kempis kat mama, perut tak la kempis mana pun, tapi danial yang buat dia nampak kempis sangat, dah dok tahan nafas, memang la...
Macam-macam danial minta dengan ayah, maggi goreng la, burger la kentang goreng la, mercun pun mintak juga! Bukan boleh makan mercun tu sayang oiiii...Ayah ikutkan saja, kesian agaknya dengan anak ayah yang sorang nih. Hehe..
Sebaik berbuka, danial cakap "hmmmm..seronok hati danial boleh posa, rasa seronok la mama.."
Alhamdulillah, kalau danial dapat merasakan 'bahagia' dan tenang apabila puasa, mama pun rasa macam tu jugak. Sesungguhnya puasa ni memang memberi ketenangan, sangat tenang, kita tak dapat perasaan macam tu di mana-mana...
Terima kasih Allah, Kau permudahkan urusan mendidik anak-anakku. Syukur padaMu Ya Allah..

Wednesday, July 18, 2012
Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar
"Mama, abang dapat pensil warna"
"Ok sayang.."
"Mama, ustazah bagi abang pensil warna"
"Hadiah ke?"
"Abang baca attahiyyatulmuba......Dua orang ja yang dapat hadiah pensil warna ni, abang dengan kawan abang kelas Bestari"
(oh rupanya abang dapat hadiah pensil warna disebabkan abang boleh bacakan tahiyat akhir semasa Kem Bestari Solat sekolah).
"Pandainya anak mama ni. Kan mama dah cakap, abang kena selalu solat dan baca bacaan dalam solat betul-betul. Kan Allah dah bagi abang 'hadiah'...
"He he he"
Seronok betul danial tatkala aku jemput dia dari sekolah Sabtu lalu. Beria-ia danial bercerita apa yang berlaku, satu persatu...

Friday, July 13, 2012
Beza aku budak dan aku dewasa
Lama jugak aku tak bawa umar dan danial ke taman mainan. Antara sebab utamanya adalah kerana setiap jumaat dan sabtu pagi danial akan aku hantar ke kelas smart reader. Jumaat dan sabtu yang lain pula kami akan balik ke Merbok. So lebih kurang 6 bulan juga kedua-dua hero aku tu tak ke taman mainan. Kesian pulak bila aku fikir-fikirkan.
Lagi pulak umar demam 2 3 hari ni, jadi bila dia bersungguh-sungguh minta dibawakan ke taman mainan, so aku ikutkan sahaja. Macam biasa dengan macam-macam syarat aku berikan sebelum bertolak even sebelum rumah dikunci lagi aku dah ber itu ini dengan mereka. Macam buat syarat kahwin la pulak. hihi..Begitulah rutinnya jika ke mana-mana tanpa ditemani ayah. Terpaksa letak bermacam-macam syarat sebelum naik keta, mana tau nanti tak ter'manage' pulak mama. Huhu..ampun ampun.
Abang beria nak pakai kasut sukan baru yang aku belikan 2 hari lepas. Kasut sukan sedia ada tah ke mana, maybe ada kat dalam tanah bendang tepi rumah tok, huhu.. Hero-heroku..Bila abang nak bawa kasut sukan, adik pun bersungguh nak bawa kasut sukan adik juga. Mama pulak hanya pakai selipar angry bird yang mama tambahkan dengan bunga kaler merah dari kain felt. So bayangkan jika mama berlari dengan pakai selipar begitu, macam berlakon drama kot. Jadi sebaik sampai di taman mainan, of course mama kena tinggai dengan adik dan abang. Tapi...mama kan mama..hehe. Sebelum adik dan abang berlari, mama bagi syarat dulu (macam-macma la mama ni)..."Jangan lari laju sangat tau, kesian kat mama sakit lutut ni" (hah pandainya akuuuuu). Abang dah besar so abang lebih mudah faham apa mama cakap, so bila abang berlari perlahan, pasti adik pun tak lari laju sangat. hehe...politik orang dewasa......
Dipendekkan cerita (memang pendek pun) sebab adik dan abang hanya jogging lebih kurang 5 minit macam tu, lepas tu dah berterbangan ke tempat yang ada gergasi mainan besar-besar - antara tempat bermain fav adik dan abang adalah bukit gelongsor yang dibuat daripada konkrit. Kalau ikutkan tinggi jugak, aku pernah naik dulu, tapi uuuuuuuuuuuu gayatnya. Bila aku cuba menggelongsor turun, alahai....terasa macam wajib kurangkan lagi 10 kg berat badan! Nampak mudah jer adik dan abang menggelongsor turun, tapi mama..gedebuk!! sakit gila punggung mama sebaik mencecah dasar binaan gelongsor tu. Dan bila abang berlari turun dari atas ke bawah tanpa menggelongsor, huh! menjerit mama. Takut pulak abang tertiarap dan jatuh atas dada abang sendiri. Ewwwww sakit tuuuu..
Tapi rupa-rupanya budak-budak ni memang flexible, pandai balancekan diri mereka dengan apa-apa sahaja mainan yang mereka sedang enjoy tu. Tak jatuh pun! Mama yang beria menjerit. Malu pulak kat ibu-ibu lain di sebelah menyebelah. Huhu...Over tau mama ni!
Tah macam mana tiba-tiba fikiran mama melayang ke 24 atau 25 tahun ke belakang, tatkala mama masih bergelar 'budak-budak'. Masa tu oh heaven oh heaven. Main macam-macam kalahkan jantan, tapi mak dan ayah tak larang pun. Tak ade pulak mak menjerit disebabkan oleh aku main dengan macam-macam gaya dok ada.Ker mak percayakan aku boleh jaga diri, ker mak tak tau pun aku main sesuatu yang merbahaya macam tu. Eh macam mana yang bahaya tu? Hihi...bahaya tak kalau anak gadis yang berusia lingkungan 10 ke 12 tahun dok main panjat-panjat pokok? Bukan sebarangan punya ketinggian, kadang-kadang (selalunya) sampai mencecah ke pucuk pokok manggis atau paling rempit smapai mencecah ke pucuk kelapa! Hehe...Sadis juga aku dulu. Sampai sekarang masih boleh ingat 'betapa indahnya menikmati view kampung Pasir daripada ketinggian beberapa meter di atas paras air laut', hihi....ampunkan chek, ya mak...
Ada lagi. Disebabkan rumah aku di kampung di Kedah, so kebanyakannya memang berdekatan dengan bendang/sawah. Bila ada sawah pasti ada tali air/sungai kecik. Oh oh! Sungai tu lah syurga main paling best pada aku selain pokok-pokok tadi. Memang best! Kalau duduk sepanjang hari di situ pun tak pernah ada rasa bosan. Tangkap anak ikan, anak udang, anak belut..Kalau mak tak jenguk, sanggup aku mandi kat sungai tu..Uwekkkk..Dengan beberapa orang kawan yang kebanyakannya lelaki, seronok bukan kepalang kalau dapat main di sungai belakang rumah mak tu-seharian pun tak kisah. Sungai tu juga la aku selalu lompat kalau ada 'game' perang-perang. Senapang buat sendiri, langsung tak susahkan ayah untuk buatkan senapang ke pistol ke apa. Sayangnya aku dah tak pandai nak buat semua tu sekarang, buluh atau kayu bemban pun jarang nampak sekarang ni.
Walaupun sungai tu kecik, tapi namanya pun sungai, bukannya longkang! Jauh juga jarak dari satu tebing ke tebing seberang, tapi aku boleh lompat dengan sekali lompatan sahaja, lepas! tanpa terkena sedikit air pun! Cuba buat sekarang, nak langkah longkang pun takut,hihi..- takut jatuh, malu dapat, sakit pun dapat.!
Mama, mama, mama...
(Syok jugak back to the old time)
Mama, mama...nak main kat sana pulak
(Eh jauh betul mama pergi tadi)
Ok, ok, jommm!
Hmmmmmmm..patutla anak-anak aku main tanpa mengenal bahaya. rupanya sifat mereka memang begitu, kita orang tua ni la yang jadi mak guard nak tengok-tengokkan. Tapi aku dulu ok jaaa, tak dak mak guard pak guard punnnn.Hihi.....Terima kasih mak, terima kasih kepada arwah ayah....Mak dan ayah memang sporting!
Lagi pulak umar demam 2 3 hari ni, jadi bila dia bersungguh-sungguh minta dibawakan ke taman mainan, so aku ikutkan sahaja. Macam biasa dengan macam-macam syarat aku berikan sebelum bertolak even sebelum rumah dikunci lagi aku dah ber itu ini dengan mereka. Macam buat syarat kahwin la pulak. hihi..Begitulah rutinnya jika ke mana-mana tanpa ditemani ayah. Terpaksa letak bermacam-macam syarat sebelum naik keta, mana tau nanti tak ter'manage' pulak mama. Huhu..ampun ampun.
Abang beria nak pakai kasut sukan baru yang aku belikan 2 hari lepas. Kasut sukan sedia ada tah ke mana, maybe ada kat dalam tanah bendang tepi rumah tok, huhu.. Hero-heroku..Bila abang nak bawa kasut sukan, adik pun bersungguh nak bawa kasut sukan adik juga. Mama pulak hanya pakai selipar angry bird yang mama tambahkan dengan bunga kaler merah dari kain felt. So bayangkan jika mama berlari dengan pakai selipar begitu, macam berlakon drama kot. Jadi sebaik sampai di taman mainan, of course mama kena tinggai dengan adik dan abang. Tapi...mama kan mama..hehe. Sebelum adik dan abang berlari, mama bagi syarat dulu (macam-macma la mama ni)..."Jangan lari laju sangat tau, kesian kat mama sakit lutut ni" (hah pandainya akuuuuu). Abang dah besar so abang lebih mudah faham apa mama cakap, so bila abang berlari perlahan, pasti adik pun tak lari laju sangat. hehe...politik orang dewasa......
Adik : Yes! Taman Mainan, playground! Abang : Mmmmm. Sayang mama. TQ mama bawa adik dn abang ke playground nih |
Hooray! hooray! hooray! Vote for mama! vote for mama! |
Sukenyerrrr tempat nih! Kita tengok keadaan dulu, pastu baru kita terbang!!! |
Abang : Adik jom lari!!!! Adik : Macam ni ja la abang! Mama : Bahaya macam tu, bahaya macam tuuuuu |
Tah macam mana tiba-tiba fikiran mama melayang ke 24 atau 25 tahun ke belakang, tatkala mama masih bergelar 'budak-budak'. Masa tu oh heaven oh heaven. Main macam-macam kalahkan jantan, tapi mak dan ayah tak larang pun. Tak ade pulak mak menjerit disebabkan oleh aku main dengan macam-macam gaya dok ada.Ker mak percayakan aku boleh jaga diri, ker mak tak tau pun aku main sesuatu yang merbahaya macam tu. Eh macam mana yang bahaya tu? Hihi...bahaya tak kalau anak gadis yang berusia lingkungan 10 ke 12 tahun dok main panjat-panjat pokok? Bukan sebarangan punya ketinggian, kadang-kadang (selalunya) sampai mencecah ke pucuk pokok manggis atau paling rempit smapai mencecah ke pucuk kelapa! Hehe...Sadis juga aku dulu. Sampai sekarang masih boleh ingat 'betapa indahnya menikmati view kampung Pasir daripada ketinggian beberapa meter di atas paras air laut', hihi....ampunkan chek, ya mak...
Ada lagi. Disebabkan rumah aku di kampung di Kedah, so kebanyakannya memang berdekatan dengan bendang/sawah. Bila ada sawah pasti ada tali air/sungai kecik. Oh oh! Sungai tu lah syurga main paling best pada aku selain pokok-pokok tadi. Memang best! Kalau duduk sepanjang hari di situ pun tak pernah ada rasa bosan. Tangkap anak ikan, anak udang, anak belut..Kalau mak tak jenguk, sanggup aku mandi kat sungai tu..Uwekkkk..Dengan beberapa orang kawan yang kebanyakannya lelaki, seronok bukan kepalang kalau dapat main di sungai belakang rumah mak tu-seharian pun tak kisah. Sungai tu juga la aku selalu lompat kalau ada 'game' perang-perang. Senapang buat sendiri, langsung tak susahkan ayah untuk buatkan senapang ke pistol ke apa. Sayangnya aku dah tak pandai nak buat semua tu sekarang, buluh atau kayu bemban pun jarang nampak sekarang ni.
Walaupun sungai tu kecik, tapi namanya pun sungai, bukannya longkang! Jauh juga jarak dari satu tebing ke tebing seberang, tapi aku boleh lompat dengan sekali lompatan sahaja, lepas! tanpa terkena sedikit air pun! Cuba buat sekarang, nak langkah longkang pun takut,hihi..- takut jatuh, malu dapat, sakit pun dapat.!
Mama, mama, mama...
(Syok jugak back to the old time)
Mama, mama...nak main kat sana pulak
(Eh jauh betul mama pergi tadi)
Ok, ok, jommm!
Hmmmmmmm..patutla anak-anak aku main tanpa mengenal bahaya. rupanya sifat mereka memang begitu, kita orang tua ni la yang jadi mak guard nak tengok-tengokkan. Tapi aku dulu ok jaaa, tak dak mak guard pak guard punnnn.Hihi.....Terima kasih mak, terima kasih kepada arwah ayah....Mak dan ayah memang sporting!
Thursday, July 12, 2012
Kita kaya ke Dia kaya???
Di kampung aku ada sorang makcik yang dah tua, tapi masih sangat kuat - kuat pada lahiriahnya lebih-lebih lagi kuat pada emosinya. Setiap hari menghantar dua orang cucu ke sekolah yang sama dengan danial- seorang lelaki dan seorang perempuan, itupun dengan berjalan kaki lebih kurang 3 kilometer kalau tak salah perhitungan aku.
Suatu hari tu, hujan renyai-renyai, dari jauh kelihatan makcik ni memegang tangan kedua-dua cucu kesayangannya, seorang di sebelah kiri dan seorang di sebelah kanannya, tanpa payung! Mungkin sukar membawa payung sebab dia kena jaga cucunya mengharungi jalan yang agak sibuk di waktu pagi. Belasnya aku melihat mereka, gelagat mereka begitu terasa menyentuh sehingga ke dasar hati aku..Masa tu aku dah pakai Chery
"Yati, keta punya besaq, hang tak boleh berenti ka nak tumpangkan orang tua tu dengan cucunya?" Begitu keras hati aku memberi amaran.
Orang lain tak perasan agaknya makcik ni berjalan di dalam hujan, sebab aku sendiri pun macam tu setiap hari. Tak perasan sehinggalah betul-betul dekat dengan mereka menyebabkan aku tak sempat berhenti untuk memberi tumpang. Lagipun makcik ni berjalan di seberang jalan menghadap lalu lintas, kalau nak berenti kena bagi signal kanan. "Ah! Alasan la tuuu", perli hati aku lagi.
Dipendekkan cerita, aku bagi signal ke kanan, then berhenti kat depan makcik tua dan 2 cucunya tu.
"Makcik nak p sekolah ka? Mai la naik dengan saya"
"Ya ka? Terima kasih laaa"
Dipendekkan cerita lagi, sampai saja ke sekolah, makcik ni dan cucunya turun dulu sebelum danial.
Danial : Mama, kita ni orang kaya ka mama, tok tu orang tak kaya ka?
Aku : Kenapa pulak sayang cakap macam tu?
Danial : Mama ada keta, tok tu takdak keta
Aku : Danial, takdak orang yang miskin dan takdak orang yang kaya dalam dunia ni, sayang. Semua yang kita ada ni semua Allah yang punya. Dulu mama pun macam danial jugak, nak p sekolah tok bagi duit. Sekarang ni baru mama ada keta, ada duit sikit, ada rumah. Sapa yang bagi semua tu kat mama?
Danial : Allah la, mama
Aku : Betui tu sayang..sebab tu mama dok suruh danial tolong orang yang susah. Allah bagi kita keta, duit, kadang-kadang bukan untuk kita sorang ja, mungkin Allah nak kita tolong orang lain sama. Macam tadi, kalau mama takdak Chery ni, macam mana kita nak bagi tumpang tok tu tadi. Kesian kat dia basah kena hujan. Sekarang, danial belajar bersungguh-sungguh, nanti bila dah pandai, dah kaya boleh buka bisnes. Cari orang yang susah untuk keja dengan danial. Ok p sekolah dulu, baca bismillah, hormat cikgu, belajaq sungguh-sungguh tau..
Mudah untuk sesuatu 'bende' masuk kat dalam kepala budak kecik sebab kepala depa macam sponge mudah menyerap, yang payahnya nak cari idea macamana memasukkan 'bende' kat dalam kepala mereka...Berpeluh-peluh aku menjawab danial pagi tu..

Subscribe to:
Posts (Atom)