Bawa Umar, Danial dan Athirah jalan-jalan ke taman mainan hari ni. Kata sorang ustaz tu, ambillah masa dan pergunakanlah wang yang ada untuk membahagiakan anak-anak. Bawa mereka ke tempat-tempat yang mereka suka, di samping itu bolehlah bercerita dan berinterasksi dengan anak-anak. Moga anak-anak mama sentiasa dekat dengan mama..
 |
Eh mana adik! Asyik berlari sana sini anak mama sorang nih. Tadi ada je dekat mama ni |
Walaupun ayah terpaksa kerja pada hari cuti umum, mama dah tak kisah. Mama masih boleh bawa anak-anak mama jalan-jalan sebab awal-awal lagi ayah dah izinkan. Hehe..Ayah umar dan danial memang seorang yang sangat sporting! Thanks sayang!
Sempat juga tadi kita p ambik kak athirah sekali. Plan punya plan, dah dekat pukul 1 baru sampai ke Taman Jubli Perak, SP, Kedah. Mula-mula tunggu kak athirah balik dari perarakan maulidur rasul, lepas tu tunggu mama mandikan umar pulak. Lepas tu nak kena belajar bawa Exora! Punyalah mencabarnya hari ini.
Tengok anak-anak mama dan kak athirah - tak kisah walau main tengah-tengah panas terik. Mama je yang terjerit2, risau demam anak-anak mama dan kak athirah nanti/
 |
Abang yang masih bersimen kakinya - tegar nak bermain kat taman mainan juga! |
Apapun, mama sangat bersyukur diberi kesempatan ini untuk bersama-sama anak-anak mama. Terima kasih Allah!
1 comment:
salam akak. saya ade terbaca blog akak yg satu lg tu. dan sy ada emel akak pasal sabun amoorea tu. harap akak view emel akak and reply k. thanks :)
Post a Comment