Saturday, February 4, 2012

Maulidur Rasul - Rindu Padamu

Rasulullah, dirimu amat dirindui
Kasih sayangmu amat didambai
Perjuanganmu sangat dikagumi

Wahai kekasih Allah
Betapa sukar perjuanganmu
Menyebarkan kebenaran di serata pelusuk dunia ini
Betapa luas kasih sayangmu
Betapa kami pasti mengamalkan segala ajaranmu itu
Walau betapa hebat dugaan di dunia serba baru ini

Ya Rasulullah
Engkau kekasih Allah
Sirah perjalanan hidupmu menjadi panduan seluruh umat
Engkau kekasih Allah
Betapa rindunya kami padamu Ya Rasulullah

Ampunkan kami Ya Rasulullah
Umatmu yang jahil ini
Sukarnya perjuanganmu membawa Islam kepada kami
Serta seluruh generasi kami
Tapi kami?
Seringkali lupa dan alpa
Sukar sekali menunaikan apa yang kau perjuangkan itu
Sukar sekali menepis hawa nafsu sendiri

Wahai kekasih Allah
Di hari ulangtahun kelahiranmu ini
Hati terasa rindu sekali padamu
Jiwa terasa pilu sekali mengenangkan dosa-dosa ini
Susah payahnya Engkau berjuang
Membawa kebenaran ke dalam hidup kami
Membawa kebahagiaan kepada seluruh generasi kami
Tapi kami?
Sukarnya menunaikan segala suruhanmu itu wahai kekasih Allah
Kekadang sukar membezakan mana yang benar dan mana yang batil
Dan Mata hati ini
Selalu sahaja buta
Ampunkan kami

Ya Rasulullah
Walau terlalu banyaknya dosa yang kami lakukan
Kami masih berharap dapat memperjuangkan agama suci ini
Supaya ia menjadi pegangan hidup abadi 
Kami masih berharap ia menjadi sesuatu yang diperjuangkan oleh anak cucu kami
Kerana kami yakin sekali
Dengan agama suci ini
Terlakar Bahagia Abadi
DI SANA NANTI...

No comments: