Tuesday, September 27, 2011

Review Produk Kecantikan - Innershine Pati Prune


Dua hari lepas aku merayap ke guardian time lunch break. Nak pegi makan perut masih terasa kenyang, so yang paling best untuk dibuat pada masa tu adalah merayap ke lokasi-lokasi yang biasa aku pergi kalau bosan - premis menghabihkan duit. hehe..Bukan apa, dah lama aku rasa nak tambah vitamin/supplemen yang ada. Bagi aku, kesihatan dalaman perlu dijaga terlebih dahulu, then baru kesihatan/kecantikan di luar akan terserlah. Chewah!

Berbalik kepada cerita supplemen tadi, sebenarnya dah lama aku dok perhatikan dan kaji produk Brands Innershine nih. Cumanya tak terasa jer untuk mencuba. Tapi pada hari kejadian tu, kuat pulak rasa hati ni untuk mencuba. So, fikir punya fikir, aku telah berjaya membuat keputusan untuk membeli Innershine Pati Prune ni tadi. Kononnya dapat menyerikan kulit walaupun tanpa mekap. Hmmm..menarik betul 'claim' yang dibuat Brands nih. Aku beli pek yang mengandungi 8 botol Innershine Pati Prune yang berharga RM 32.90. Sebenarnya ada dua jenis packaging yang ada sekarang ni di Guardian - satu yang aku sebutkan tadi dan yang satu lagi pek yang mengandungi 12 botol Innershine Pati Prune yang berharga RM 49.90. Belek punya belek aku rasa lebih baik ambil yang sedikit dulu, mana tau tak berkesan untuk aku atau yang paling tak bestnya, memberikesan yang tak baik pula.

Innershine pati Prune ni mesti diambil sebotol penuh sebelum masuk tidur. So, aku ikut segala instruction yang tertulis di situ.

SO, APA JADI?

Pagi esoknya, dengan tak sabarnya aku terus menghadap cermin selepas sahaja bangun dari katil. Wahh, semangat sungguh. Dan WOW! Memang betullah aku dah jadi Maya Karin! Hehehe..Apa yang aku dapat lihat adalah perubahan yang ketara pada warna/struktur kulit wajah aku. Walaupun aku ni mempunyai kulit yang agak cerah, tapi disebabkan oleh palbagai faktor, kulit muka aku langsung tak nampak serinya. Tapi pada pagi tersebut, aku rasa seronok sungguh dengan keadaan kulitku yang terbaru itu. Nampak cerah dan berseri, as being claim on tv! Very interesting.

FYI, kulit/badan aku ni jenis yang cepat menampakkan kesan dengan apa yang aku makan/minum/gunakan. Contohnya baru-baru ni aku guna krim loreal - tak tunggu lama, dua hari penggunaan jerawat dah mula tumbuh dengan ketara. Dan pengalaman yang lain -krim kecantikan Safi Rania Gold (Rozita Che Wan sebagai duta). Pakai 3 hari ja, WAH! Semua jerawat kecil yang tumbuh di muka dah mula menghilangkan diri. Malu kot. hehehe...

So aku rasa sama jugalah penerimaan badan/wajah/kulit aku dengan Innershine Pati Prune ni. Minum sebotol jer dah nampak perubahan yang ketara.

Jadi, selepas ni nak beli lagi? Off course. Kalau ada kelapangan dan rezeki yang lebih, insyaallah aku akan amalkan minum Innershine nih. Seronok! Perut pun lawas, mudah jer..

So, kepada yang tengah berfikir nak try Innershine Pati Prune nih, silakan. Nanti boleh bagitau resultnya di sini.

*Pengumuman :

Aku tiada kaitan dengan Company yang keluarkan Brands Innershine Pati Prune, hatta tiada langsung saudara mara, sahabat handai atau kenalan yang bekerja di situ. So, pandangan aku ni pure dari pengalaman dan diri sendiri.

17 comments:

Norhayati said...

updated :

harga 12 botol innershine pati prune plus di tesco tadi cuma RM 42.90, kt guardian 2 hari lepas adalah RM 49.90

etha said...

tak boleh ka minum innershine ni pada waktu pagi?

Norhayati said...

Etha,

Daripada apa yang saya tau, innershine pati prune elok minum sebelum tidur. Sebab fungsinya untuk meremajakan kulit. Kan ker waktu malam struktur kulit akan dibaiki semula dari dalam. So, banyak manfaatnya kalu minum innershine ni waktu malam. Ia banyak membantu fungsi tubuh yang lain untuk mencantikkan kulit. Kalu ambik sebelah pagi, rasanya tak membantu sangat. Yang saya tau, innershine pati berry je elok ambik sebelah pagi, untuk kesihatan mata.

fara said...

innershine prune ni mg elok....serius...before ni kulit mule sy teruk....tapi sebelum sy minum pati prune ni..sy telah minum collagen japan from kinohimitsu...tersangat lah bagus..selepas 2 kotak sy ambil..sy stop n continue dengan pati prune...tapi kesan dia lebih kurang sama...dan harga jauh lebih murah dri collagen..pati berry bagi sy xde effect ape2..tapi if sy ambil pati prune pd waktu mlam..esok nye sy jadi x lalu makan..tapi bagus untuk sy kerna boleh trun kan berat badan

Norhayati said...

Fara,
sama la kita. Cuma bezanya akak tak pernah ambik collagen kinohimitsu tu, mcam mahal.huhu..tak berani cuba takut tak berkesan. Memang innershine pati prune ni elok utk kulit akak. Putih, licin, dan yang penting berseri-seri wangat wajah walau lepas sebotol minum. Dan memang akak pun tak lalu makan keesokannya. Rasa kenyang memanjang..

Akak pernah juga cuba pati berry, nak bagi mata nampak berseri (konon).hehe..tapi tak nampak kesan apa pun. lepas sekotak (6 botol) cuba dah berhenti. Sekarang amalkan pati prune tu jer. Terbaikkk setakat ni

Lady Caca said...

excited baca comment dekat sini.. harap2 berkesan lah untuk saya ^^

Norhayati said...

Harga terkini - paling murah kat Mydin. Hari Sabtu lepas 14 April 2012 harganya RM 27.90. dah tengok kat store n pharmachy lain. Paling murah antara mereka kalau tak salah kat Tesco RM 28.90.

So harga paling-paling ok adalah di Mydin setakat ni RM27.90

Nora Karim said...

wah menariknya komen2 kat sini... saya baru je plan nak cuba... ni tgh buat 'research'... sgt excited dengan baca komen2 di atas.... :D

Norhayati said...

Nora, grab jer satu. Saya dah buat research nih, insyaallah ok.

yaumil hidayah said...

sy follow awk sbb sy nak try innershine ni..member sy keje kat kilang dia..ada sale..dia jual rm20 ntk sy sekotak,ada 6 botol.xtau la murah ke x sbb x pnh beli.

Norhayati said...

yaumil hidayah,
murahnyer murahnyer murahnyer. paling murah saya blh dapat RM25.99 untuk 6 botol. baguslah kawan awak tu...hehe..

a.z.n.e.e said...

tahniah... mesti best kan?

Nem0 o0h Nem0 said...

Sy tgh search psl prune jumpa ur blog.. Best la kan hr pertama pkai terus nmpk kesan.. Dan lepas bc ni br sy tau benda ni mkn seblm tido sbb sebelum ni sy mkn hari2 tp bantai je bila2 sy nak selalu sy amik time bgn tdo..hehe ni da nak dua bulan mkn start esk sy amik waktu mlm la.tq yeee..

nooraishah markam said...

Saye baru cube nk minum.sbb membe advise suh minumnk cantik punyer pasal.beli kt tesco 12 botol rm54..huhuhu...hopefully menjadi laaaaa

NURUL DHIYA said...

saya pun nk try jgk lah..

NURUL DHIYA said...

bru pg td sy g Guardian..tgk innershine terus ambik.
my 1st time nk cuna ni
tp hrga rm 71.90 12 botol (70ml sebotol)mahal ke x ye harga tue..
x sabar nk tgu mlm.nk try.
mahal xpe asalkan hasil berbaloi2..

Sha My heart said...

Teringin nak cuba juga. Nak cantik untuk raya. Hehe