Wednesday, September 28, 2011

Lipstick Jungle

Sukar pulak nak mencari lipstik yang betul-betul suit dengan aku sejak akhir-akhir ni. Sebenarnya aku ni pengguna lipstik Maybelline sejak dari dulu lagi. Bukannya gemar sangat dengan jenama ni, cuma warna dan bahan yang digunakan sesuai dengan kulit bibir aku, itu jer. Tapi sejak Maybelline ni diboycott sebab dikatakan salah satu daripada company tajaan/milik Israel, terasa bersalah pulak menggunakannya.

Letihnya petang ni, setelah habih 30 set surat tawaran dan borang perjanjian student dan dokumen yang seangkatan dengannya aku d/load, terasa pulak nk tambah posting blog pada hari ni (Sambil menulis terketar-ketar disebabkan air-cond dalam bilik ni terlalu sejuk).

Sebulan dua ni banyak pulak lipstik yang aku beli, daripada Nutrimetics, Simply Siti (SS) dan last sekali hari ni Silkygirl. Nutrimetics Mood magic ni aku ambik kod warna green wonder dan grape splash. Green Wonder agak light manakala Grape Splash ni terang skit. Cantik bila letak kt my lips - moist dan menawan colornya, cuma masalah dengan Mood Magic ni satu jer - mudah patah (terutama kalau yang gunanya kasar macam aku nih).

Bagaimana pulak dengan Simply Siti dan Silkygirl? Hmmm..susah nak jawab nih, takut Dato' S marah lak nanti. Ini sekadar pandangan ikhlas aku. Dengan harga RM28.90, rasanya tak berbaloi membeli Lipstik SS ni kerana kualitinya lebih kurang sama dengan Silkygirl ajer (cuma Silkygirl lebih murah iaitu RM 23.90 kalau tk salah aku). Kod lipstik SS yang aku beli adalah dari warna Jerat Percintaan. Pada mulanya nak ambik Cindai jer, tapi nampak macam light sangat. Rupa2nya semua lipstik SS memang sgt light. Tak sesuai dengan aku, nmpk pucat, tak best.

Dan last sekali lipstik Silkygirl. New range kot, warna hitam, harga cuma RM9.90. Tapi warnanya lebih cantik dari SS yang aku beli hari sebelum itu. First time pakai, hmm..dari segi warna memang cantik, cuma tak tau pula dari segi kualiti bahannya. Macam sebelum ni-dah cuba 3 lipstik Silkygirl, packagingnya warna silver-langsung tak sesuai dengan kulit bibir aku sebab membuatkan kulit jadi kering dan hitam.Eeeewwww, tak menarik langsung. Harap-harap yang baru ni ok le. Kalau tak, membazir lagi sekali.Huhuhu..

Nanti bila ada kelapangan akan ku snap beberapa keping gambar lipstik2 ku itu (yang patah, yang terkeluar dari stik, segala ada)

No comments: