Showing posts with label kecantikan semulajadi. Show all posts
Showing posts with label kecantikan semulajadi. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Review Produk Kecantikan - Innershine Pati Prune


Dua hari lepas aku merayap ke guardian time lunch break. Nak pegi makan perut masih terasa kenyang, so yang paling best untuk dibuat pada masa tu adalah merayap ke lokasi-lokasi yang biasa aku pergi kalau bosan - premis menghabihkan duit. hehe..Bukan apa, dah lama aku rasa nak tambah vitamin/supplemen yang ada. Bagi aku, kesihatan dalaman perlu dijaga terlebih dahulu, then baru kesihatan/kecantikan di luar akan terserlah. Chewah!

Berbalik kepada cerita supplemen tadi, sebenarnya dah lama aku dok perhatikan dan kaji produk Brands Innershine nih. Cumanya tak terasa jer untuk mencuba. Tapi pada hari kejadian tu, kuat pulak rasa hati ni untuk mencuba. So, fikir punya fikir, aku telah berjaya membuat keputusan untuk membeli Innershine Pati Prune ni tadi. Kononnya dapat menyerikan kulit walaupun tanpa mekap. Hmmm..menarik betul 'claim' yang dibuat Brands nih. Aku beli pek yang mengandungi 8 botol Innershine Pati Prune yang berharga RM 32.90. Sebenarnya ada dua jenis packaging yang ada sekarang ni di Guardian - satu yang aku sebutkan tadi dan yang satu lagi pek yang mengandungi 12 botol Innershine Pati Prune yang berharga RM 49.90. Belek punya belek aku rasa lebih baik ambil yang sedikit dulu, mana tau tak berkesan untuk aku atau yang paling tak bestnya, memberikesan yang tak baik pula.

Innershine pati Prune ni mesti diambil sebotol penuh sebelum masuk tidur. So, aku ikut segala instruction yang tertulis di situ.

SO, APA JADI?

Pagi esoknya, dengan tak sabarnya aku terus menghadap cermin selepas sahaja bangun dari katil. Wahh, semangat sungguh. Dan WOW! Memang betullah aku dah jadi Maya Karin! Hehehe..Apa yang aku dapat lihat adalah perubahan yang ketara pada warna/struktur kulit wajah aku. Walaupun aku ni mempunyai kulit yang agak cerah, tapi disebabkan oleh palbagai faktor, kulit muka aku langsung tak nampak serinya. Tapi pada pagi tersebut, aku rasa seronok sungguh dengan keadaan kulitku yang terbaru itu. Nampak cerah dan berseri, as being claim on tv! Very interesting.

FYI, kulit/badan aku ni jenis yang cepat menampakkan kesan dengan apa yang aku makan/minum/gunakan. Contohnya baru-baru ni aku guna krim loreal - tak tunggu lama, dua hari penggunaan jerawat dah mula tumbuh dengan ketara. Dan pengalaman yang lain -krim kecantikan Safi Rania Gold (Rozita Che Wan sebagai duta). Pakai 3 hari ja, WAH! Semua jerawat kecil yang tumbuh di muka dah mula menghilangkan diri. Malu kot. hehehe...

So aku rasa sama jugalah penerimaan badan/wajah/kulit aku dengan Innershine Pati Prune ni. Minum sebotol jer dah nampak perubahan yang ketara.

Jadi, selepas ni nak beli lagi? Off course. Kalau ada kelapangan dan rezeki yang lebih, insyaallah aku akan amalkan minum Innershine nih. Seronok! Perut pun lawas, mudah jer..

So, kepada yang tengah berfikir nak try Innershine Pati Prune nih, silakan. Nanti boleh bagitau resultnya di sini.

*Pengumuman :

Aku tiada kaitan dengan Company yang keluarkan Brands Innershine Pati Prune, hatta tiada langsung saudara mara, sahabat handai atau kenalan yang bekerja di situ. So, pandangan aku ni pure dari pengalaman dan diri sendiri.