Dua minggu sekali aku akan balik kampung di Merbok. Sementara mak masih ada, aku rasa better aku balik kerap. Nanti-nanti tak tau pula kan macam mana. So sementara masih ada rezeki iaitu duit, masa (paling penting) dan juga kudrat, aku pasti akan balik kampung aku ni. Terasa indah bila dapat melihat segala kenangan yang aku tinggalkan di sini. Segala-galanya indah. Bermula dari zaman aku sekolah rendah, menengah, masuk matrik, degree kat UUM dan sampailah berkahwin dan dikurniakan dua orang hero, segalanya cukup nostalgia untuk dikenang.
Itulah antara sebab kenapa aku seronok balik kampung. Walau dah tak sama macam dulu - orang-orang tua dah ramai dipanggil menghadap Ilahi, termasuk arwah ayah. Budak-budak kecik yang dulunya aku tengok dok bermain basikal sana sini, berhingus lagi - sekarang dah besar remaja. Rakan sebaya yang sama-sama kayuh basikal pi sekolah zaman dolu-dolu tu, sekarang dah ada anak 4,5.
Ya, memang tak sama macam dulu lagi. Sayu bila dikenang, tapi dalam masa yang sama sangat indah. Kenangan terindah. Akan aku kenang sehingga ke akhir hayat.
Doaku, semoga kampung aku itu akan sentiasa aman damai, menenangkan dan sentiasa dirahmati Ilahi sampai bila-bila. Semoga anak-anakku juga akan sentiasa menghargai kampung kelahiran mama mereka walau suatu hari nanti mama sudah tiada di dunia ini...
No comments:
Post a Comment