Monday, November 23, 2015

Jiwa 2

Awak, hidup di dunia ini penuh dengan cabarannya, awak. Lebih lebih lagi jika cabaran itu berupa "amaran" yang Allah turunkan supaya kita kembali mengingatinya, kembali menyedari akan adanya Dia yang sentiasa memerhati setiap langkah kita.

Awak tak tahu? Biar saya beritahu awak. Luka yang disebabkan oleh awak itu, jiwa yang sentiasa berdarah yang disebabkan oleh kerakusan penipuan awak itu. Sampai bila awak rasa awak boleh hidup dengannya? Sampai bila awak rasa awak boleh simpan kepura-puraan itu, penindasan itu.. Sikap sambil lewa awak, bahkan awak "enjoy" melihat orang lain menderita disebabkan perbuatan awak yang tiada langsung peri kemanusiaan itu. Awak tahu? Kanak- kanak seusia anak awak yang awak tinggalkan demi perempuan itu pun dah pandai berbicara tentang perikemanusiaan. Awak? Awak langkah perkataan dan maksud perikemanusiaan itu semata-mata mengejar populariti dunia, semata-mata mengenyangkan keperluan hormon awak itu yang pada pendapat saya hanya awak sahajalah agaknya yang tahu setakat mana kuasanya. Layakkah awak? Mampukah awak? Pernahkah walau sekali. Walau sekali? Awak cerminkan diri awak, dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki awak yang pernah terluka itu. Pernahkah awak cerminkan dan lihat jika ianya layak dengan diri awak yang penuh dengan nafsu cinta dunia itu.

Sampai bilakah awak mahu mengejar "dunia" ini. Sampai bila? Sampai awak tersungkur jatuh? Sampai nyawa tinggal separuh di kerongkong? Tidakkah awak gerun dengan amaran-amaran dari Allah itu? Tidakkah awak takut mengingatkan balasan yang dahsyat itu?

Awak, saya tahu awak berada di atas sekarang. Awak terasa gagah sekarang. Tapi tidakkah awak kasihan pada diri awak itu, berada di atas hanya disebabkan kejayaan awak "memijak-mijak" orang lain? Awak gagah hanyalah disebabkan oleh gagahnya orang yang awak pijak-pijak, yang awak aniaya mereka dengan tangan-tangan awak sendiri. Sedangkan hakikatnya, mereka yang awak pijak itulah! Yang selama ini menyokong segala apa yang awak ada sekarang. Segala apa yang awak rasa sekarang, kerana kesusahan dan penderitaan merekalah! 

Awak, mungkin usia awak telah matang dari segi nombor. Tapi awak tidak akan pernah sedar yang usia awak itu sebenarnya sedang menuju ke arah infiniti! Infiniti kerana awak pasti akan keseorangan pada suatu masa nanti. Awak.. Insan mungkin tidak dapat menyedarkan awak. Tapi tahukah awak adanya kuasa yang Maha Berkuasa di atas muka bumi ini. Yang dengannya kita patut sentiasa gerun, yang padanya kita serahkan segalanya.

Di saat saya menuliskan bait bait ayat ini, awak pasti sedang bahagia tertawa bersama "kenderaan" baru yang awak miliki tidak berapa lama yang lalu. Awak sanggup mempertaruhkan agama dan kasih sayang yang diberikan kepada awak semata-mata ego awak untuk memiliki "kenderaan" baru itu. Bagi saya, jika ianya berkaitan dengan diri seorang "awak", baru atau lama tetaplah tiada harganya. Tiada ertinya. Kerana awak seorang yang tidak akan pernah menghargai dan awak seorang yang tidak akan pernah memahami harga sesuatu yang berharga. Awak cuma faham, pandai dan bijak dalam hal ehwal yang berkaitan memuaskan nafsu keegoan awak itu. Awak sumbat ego awak sepenuhnya hingga kekenyangan yang menyebabkan awak sudah tidak mampu untuk membuat sebarang penilaian. 

Jadilah awak orang yang rugi. Orang yang sentiasa mengejar. Suatu hari nanti awak pasti tersedar yang apa yang awak kejar itu hanyalah ruang kosong. Semakin banyak yang awak bawa balik, semakin kosong ruang kosong itu. Semakin kuat awak berusaha, semakin payah untuk ruang kosong itu untuk dipenuhi. Ruang kosong itu adalah awak sendiri. Awak hanyalah sebuah ruang yang kosong, tiada makna dan tiada gunanya.

"Tah macammana idea datang selepas menyaksikan rakaman video penderitaan kanak-kanak Islam seluruh dunia. Kau bantulah mereka, ibubapa dan seluruh kaum kerabat saudara seislam kami di mana-mana.."


No comments: