Showing posts with label kenangan best. Show all posts
Showing posts with label kenangan best. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Plan To Success

Dalam kehidupan kita seharian, terutama pada zaman sekarang di mana perlumbaan dengan masa menjadi keutamaan, 'planning' adalah satu tindakan yang sangat perlu dibuat. Plan and do. Plan dahulu kemudian buat apa yang diplan sebaik mungkin. Tidak semestinya plan tersebut menjadi, tetapi usaha yang kita buat ke arah mencapai planning kita pasti akan mendatangkan sesuatu hasil, kalaupun tak seperti diharap-harapkan.

Hehe..pandai bercakap eik. Planning aku semalam ada dua tiga yang tidak dapat direalisasikan. So, pada hari ini aku kena browse satu-satu planning aku tu :

1) Pegi ambik ubat kat klinik

Jadi ke tak ? Jadi pegi klinik tapi sekadar lalu kat depan klinik ajer. Sbb masa tu dah pukul 12.30. Klinik tutup tepat pada masanya!

2) Bersenam (jalan-jalan kat taman mainan atau buat aerobic kat rumah saja)

Jadi ke tak? Tengah siap-siap nak p jalan-jalan kat taman mainan, hujan turun. Hujan turun sampai tengahari. Habih semua planning lain pun ikut drag lambat. Nak buat aerobic kat rumah pun tak sempat. Sibuk dok berkemas rumah. Tak jadilah plan bersenam nih.

3) Lipat semua baju dan kemas mana-mana bahagian rumah yang nampak tak kemas pada hari ini

Jadi ke tak? JADIIIIII...Semua baju dah berlipat dan siap susun dan kemas semua bahagian rumah.

4) Belikan seluar panjang untuk Umar dan Abang. Umar sekarang dah tak mau langsung pakai seluar pendek. Semua seluar Umar mesti panjang sampai ke buku lali. Kalau tak dapat seluar panjang macam tu, alamatnya bingitlah telinga mama dengan keletah mengada-ngada si adik nih.

Jadi ke tak? Adik dan abang memang tak boleh pegi mana-mana dengan mama alone. Tak jadi keja kata orang Kedah. Banyak sangat main dan kejap main kejap bergaduh, sampaikan mama lupa segala apa nak dibeli. Last-last tak tercapai dek akal mama kat mana nak mencari seluar panjang untuk Umar dan Abang Danial.

5)Ops (lupa). Hari ni nak masak apa? Hmmmmm...nk kena search kat google jap lagi. resepi nasi ayam paling sedappp.. Nyum nyum ( nanti kalau jadi aku update kat sini)

jadi ke tak? Huh! Jadi...sedappp lagi. Alhamdulillah. Selalunya tak berapa nak jadi. Tapi kali ni aku dah gunakan beberapa petua yang aku dengar dan baca tentang bagaimana melembutkan daging khas untuk dibuat bakar. Masa perap tu just masukkan honey bersama sedikit gula. Wahh!! Memang menjadi. lembut sangat ayam tu. Berselera bila tengok encik 'ayah' makan petang tu.

Mesti orang lain yang baca entry ni akan kata. Elehh..petua macam tu dah lama aku tau. Ya, kepada yang kenal akan diriku ini, aku sememangnya agak lemah bila masuk bab masak memasak ni. Hanya beberapa resipi ja yang bila aku buat menjadi. Yang lain semua ke longkang. Huhu..So, kira kalau boleh buat nasi ayam yang seperti hari ni, kira alhamdulillah sangat.Syukur pada Allah kerana memberi aku ilham untuk mendapatkan resepi dan petua memasak melalui internet ni.
Tudia! Rupa nasi ayam..Oppss..nasi ayam tak sempat nak snap. Sebab dah terlalu lapar, ayam pun dah tinggal tulang by the time aku teringat nak snapkan ia. So, sebagai gantinya aku masukkan juga menu sampingan yang aku buat hari ini. Puding telur. Nampak macam cantik. Sedap jugak, tapi aku mengharapkan teksturnya lebih cantik daripada yang ini. Apapun, syukur pada Allah, encik Ayah komen baikkkk pasal puding ni. Nanti boleh buat lagi. Semangat, semangat!!!



6) Nak kene beli bateri untuk camera. Dah lama tak guna kamera tu. Membazir je ada tapi tak guna

Jadi ke tak? Tak jadi. Sebab? Lupa nak beli. Dok itu ini dengan dua hero kat Tesco hari ni menyebabkan aku lupa langsung tentang bateri kamera yang aku plan nak beli walaupun dah tulis kat dalam listing.

7)Paling best nak buat hari ni--jeng jeng jeng!!Jahit tudung lagi. Kali ni dengan design awning yang lain skit. Dah dapat dah macam mana nk buat awning panjang (sampai boleh tutup pipi)yang nampak kemas bila pakai. Tudung dengan awning panjang yang aku buat sebelum ni agak kurang kemas. Nampak terpenyet-penyet kat bahagian muncung depan awning. Mintak-mintak kali ni berjaya. Amin..

Jadi ke tak? JADII!!!! Pada aku, cantik sangat awning tudung tu sebab mengikut bentuk yang aku idam-idamkan selama ini. Alhamdulillah, syukur pada Allah sekali lagi yang telah memberikan aku taufik dan hidayahnya, yang membuka pintu hati aku, yang menerangkan hati aku untuk berfikir bagaimana caranya mencantikkan awning tudung homemade aku tu.
Inilah rupa tudung yang aku buat sendiri. Awning tanpa pengeras. Awning tu dah berapa kali tah adjust.





Inner neck yang aku buat sendiri. Bila pakai bersama selendang, sangat cantik, sangat mudah dan sangat selesa

Tambahan : Aku sempat sambung baca buku yang aku beli dua bulan lepas bertajuk "Bila Allah menduga Kita". Best sangat kandungan buku tu. Macam-macam perkara yang aku belajar tentang kehidupan ini terutama mengenai dugaan dan kesenangan hidup. Bagaimana caranya berdepan dengan kedua-dua perkara di atas. Yang paling aku ingat semalam adalah pada patah perkataan "Emas itu dugaannya api". Di awal pembacaan, aku ingatkan emas akan membawa kepada kerosakan atau kebinasaan. Rupanya perumpamaan itu bermaksud - emas yang cantik itu, sebelum menjadi cantik dan sangat berkualiti, ia diduga oleh api terlebih dahulu kerana api digunakan untuk mencantikkan dan membentuk emas menjadi sangat bernilai. Begitu jugalah halnya dengan diri manusia. Ujian dan dugaan dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk mengeluarkan kualiti diri yang ada pada seseorang induvidu. Jika kita berjaya mengharunginya kita umpama emas yang cantik dan berkualiti yang telah melalui kesakitan serta kesulitan diuji Allah dengan pelbagai rintangan sebelum menjadi individu yang bernilai dan berkualiti tinggi.

Ya! Setelah meneliti kehidupan ramai kenalan dan setelah meneliti kehidupan diri aku sendiri, sesungguhnya memang benar setiap dugaan pahit getir yang Allah berikan itu ada kemanisan yang menanti di hadapan. Bagi yang telah melalui dugaan tersebut, mereka akan tahu apa 'kemanisan' yang telah Allah kurniakan terhadap diri mereka. Hanya individu tersebut sahaja yang mampu merasai kemanisan di sebalik kedukaan tersebut.

Ya! Aku juga pernah diuji Allah dengan bermacam-macam dugaan serta ujian tetapi selama ini aku tidak tahu mengapa aku diuji sebegitu rupa. Walaupun aku mendapat sesuatu 'hadiah' selepas melalui dugaan tersebut, aku masih tidak dapat mengaitkannya dengan dugaan yang aku terima itu. Setelah beberapa tahun inilah, sedikit demi sedikit kaitan antara keduanya nampak jelas di mataku. Kaitan antara dugaan dan 'hadiah' yang Allah kurniakan. Memang benar, Allah akan memberikan dugaan kepada umat manusia sebelum Allah kurniakan 'sesuatu' kepadanya. Dan 'sesuatu' itu, hanya individu tersebut sahaja yang dapat memahami serta merasainya.

Dugaan dari Allah S.W.T juga tidak akan berhenti selagi nyawa dikandung badan. Itulah caranya Allah mendidik insan yang disayanginya. Keluar dari satu ujian, datang pula ujian yang lain. Setiap manusia tidak akan dapat lari dari ujian, oleh sebab itu, aku sentiasa mengingatkan diri aku yang lemah ini akan kenyataan tersebut, supaya aku nanti tidak terlalu bersedih dengan ujian kepayahan yang Allah berikan dan sentiasa bersyukur dan meraikan kebahagiaan serta kurniaan dengan sebaik mungkin. Tidak berlebihan dan tidak juga berkurangan.

Aku bukanlah seorang yang layak menasihati orang lain. Semua entry di atas adalah sekadar perkongsian kepada semua dan peringatan kepada diri aku sendiri, supaya aku lebih tabah dan lebih bersedia menghadapi hari-hari sukar dalam meniti kehidupan di muka bumi - milik Allah Yang Maha Berkuasa ini.

Friday, July 22, 2011

Why Silent Shout!

Sekali sekala dalam hidup ini, we have no one to talk to, even the very best friend pun kadang-kadang tak dapat membantu. Kadang-kadang dalam hidup ini, tiada perkataan yang boleh dikeluarkan untuk menggambarkan perasaan kita yang berada jauhhhh.. di dasar hati, hanya Allah yang berkuasa membaca dan memahaminya.

Kadang-kadang nak cerita banyak dengan kawan/sedara/spouse, masa pulak tak begitu mengizinkan. Maybe inilah yang telah menyumbang kepada kewujudan pelbagai jenis blog personal. Orang memerlukan pelbagai cara untuk meluahkan serta menterjemahkan perasaan masing-masing. Maybe inilah cara paling best untuk berbuat demikian.

Post ni aku tulis start semalam, Jumaat 22 July 2011 membawa ke hari ni. Amboih. Nak posting kat blog pun susah betui. Kejap adik dan abang kacau, kejap internet connection tak ok, kejap nak buat itu, ini. MMmmm.. Tapi itulah sebenarnya warna warni kehidupan seorang yang telah bergelar mama ni. Tak bolehlah bebas buat itu ini seorang diri macam dulu, walau untuk menulis di blog sendiri. Banyak perkara kena diconsider. Sekarang ni pun aku dok menaip sambil melayan Umar dok pot pet pot pet.. Kejap keluar Armor Hero, kejap keluar Ultraman, padahal mata dok tengah tengok kartun Shaun The Sheep kat TV3. Anak-anak..begitulah kerenahnya, macam-macam..

Dok kat kampung pepagi ni segar je rasanya..Eh eh. Bukan ke rumah aku sekarang kat kampung jugak. Betul. Tapi tak sama dengan tempat aku dilahir dan dibesarkan..hmmm..lain rasanya. Tak sama walau agak serupa. Kalau tengok dari sudut suasana pun, lain. Kampung tempat aku tinggal sekarang ni betul-betul di kawasan sawah bendang. Kalau tak salah aku, ikutkan mata pelajaran geografi yang aku ambik masa form three dulu, kampung yang macam tu disebut penempatan tak terancang rasanya. Rumah-rumah pulak tak tersusun. Kat kampung Merbok ni pun, disebut penempatan tak terancang, tapi rumah-rumah penduduk tersusun dan tak jauh antara satu sama lain. Kedudukannya pun di bawah bukit, nyaman...sejuk...Ooppss. Nanti orang akan kata, kampung dia jugak ok...Hehe..bukan macam tu maksud aku. Di sana pun ok apa, cuma yalah, 'sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat aku bermain 'katok kayu', 'jengket', 'senapang kayu' buatan sendiri, panjat pokok, makan buah cicah kuah garam belacan kat atas pokok, buat ran, main ran, congkak pada tanah, lawan biji getah,hmmm..pokoknya segalanya boleh dibuat mainan dan macam-macam mainan aku dah main dolu-dolu.. Haii..seronok giler bila dikenangkan.

Hah..dah pi ke mana nih. Jauh aku merentas masa back to 80's dan 90's. Itu kisah 20 tahun yang lepas, time berhingus, main segala. Panjat pokok itu, pokok ini..Rumah kat kawasan hutan katakan..Tak susah langsung nak belajar memanjat pokok, segala jenis pokok ada, yang berdahan banyak sehinggalah yang tak ada dahan langsung seperti pokok kelapa. Semua aku hantam panjat.

Ok, ok..stop stop. Nanti tak habih-habih posting aku nih. Ah biarlah. Blog aku sendiri, nak tulis banyak mana pun, bukan kena bayar. Tapi masalahnya ada banyak keje lain kene buat nih. Membasuh baju, kemas rumah skit, itu ini, bla bla bla..So better aku stop sekarang.

STOP!