Thursday, October 17, 2013

Universiti tanpa sempadan, beyond imagination

Assalamualaikum WBT...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi MUhammad SAW. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, semoga aidiladha tahun ini menambahkan rasa ketaqwaan kita pada Yang Maha pencipta dan kita akan makin dekat dengannya.

Hoorayyyy!!! Raya haji tahun ni aku cuti seminggu..sepatutnyalah. Tapi, selepas berhempas pulas membuat persediaan untuk audit recertification ISO oleh SIRIM pada 7 dn 8 Oktober lalu, aku diterpa dengan audit oleh pihak JPK pula. Berhempas pulas pulak dengan persiapan audit JPK tu, so Ahad sebelum raya memang aku cuma sekadar tdo melingkar kat ofis. Aiyoh..tdo apanya...sedangkan waktu tdo pun aku jaga! Jasad lena, hati jaga. Macam lagu Di Alam Fana Cinta..."bila terpejam lena..jasadku tidak berdaya...mencari engkau di mana...hanya dalam mimpi indah..."  Sekurang2nya si kumpulan fotograf ni ada juga mimpi yang indah2..haku? Kejap mimpi berenang dalam kolam, kejap dalam sungai, kejap dalam tasik, kejap dalam laut, huhu.....aku ni kalau mimpi berenang, memang akan penat skit 2 ke 3 minggu selepas tu. Inilah yang dinamakan ujian dan pengajaran kehidupan. Banyak betul yang diajarkan, adakah aku mampu menghafal dan memahami kesemuanya? Insyaallah, mudah mudahan.

Menyentuh tentang pengajaran dunia, teringat aku akan satu kisah. Sorang budak pompuan yang kerap mencuba untuk menghasilkan kek sendiri atau baju anak patung sendiri. Pantang ada kesempatan ( mak ayah takder di rumah, haishhh..), si girl ni pasti akan buat adunan kek sendiri, kiranya pandai2 sendiri la ni dan bakar dalam oven. Masa tu oven yang digunakan adalah yang boleh diletak atas api dapur gas, mana ada lagi oven elektrik, smua guna dapur gas tu la...tapi kek selalu tak menjadi sebab dia hanya gunakan imaginasi sendiri sahaja, basic buat kek pun zero! Baju anak patung tu selalu juga berjaya dihasilkan, sebab cuma nak ambik kain perca dan sambung2 jahit jer....wahhh...selalu jugak si girl ni buat baju untuk anak patung walaupun anak patung pun belum ada pada masa tu. Bakat dan idea si girl ni berkenaan benda2 ni hidup dalam dirinya sehingga kini. Walaupun dia bekerja dalam bidang yang langsung takde kena mengena dengan kek atau fesyen, tapi dia ni sangat minat dengan 2 perkara nih. Kalau ada masa lapang, pasti dibelek majalah fesyen atau resepi kek, tambahan pula dunia sekarang dh jd no boundaries at all. Just tekan tekan tekan, ketuk ketuk ketuk kt keypad, terus keluar segala macam resepi dan segala macam panduan dunia fesyen. Apa jadi padanya? Okey..sambung la nanti selepas ni. Penat dh recall pasal nih. Hihi...

Yes, sebut pasal universiti tanpa sempadan, sebenarnya itulah satu2nya universiti yang boleh diregister oleh sesiapa sahaja, without any pre requisite atau any entry requirement. In fact, semua orang sedang mentelaah di universiti ni, universiti tanpa sempadan. Semua ilmu ada, sangat luas, sangat mencabar, sangat menguntungkan bagi sesiapa yang berjaya melaluinya. Tapi....cakap memang mudah. Nak lulus dengan cemerlang? Tidaklah semudah mndptkn Phd yang selalu mnjadi idaman para cendekiawan itu...
Gambar sehari sebelum raya..huhu..


Umar.....selalu mcm ni..tk suka pndng camera. Oohhh anakku...gambr danial tkder sbb selalunya dia yg jd tukang tngkap gmbq bila ayah tkde sama...dan pastilah gmbr danial selalu tkde sbb selalunya ayah tk dpt ikut. Bz ajer suamikus itews...

No comments: