Sunday, July 21, 2013

Pantai yang kecewa

Ingat dayana jer yg blh buat sajak kecewa? Hehe....nah ambik ni. Masa aku taip ni aku bayangkn perasaan kecewa itu. Huh. Mengerikan!

Apa maksud syg..
Jika ucapan sekadar di bibir
Apa itu rindu..
Jika hadir seperti angin yang berlalu
Terasa bayu itu
Tapi bukan untuk aku

Aku hanya pantai
Didatangi bila senang
Dihuni bila dirasa perlu
Akulah pantai itu
Dicari penyu yang sedang nazak
Nazak untuk memuntahkan warisan
Penyu hanya datang sekali sekala
Itupun kerana keadaan memaksa
Di ketika itulah..penyu tiada pilihan lain selain aku, pantainya
Kalau bukan aku, siapa?
Siapa yang sudi menerima kau, penyu..

Adakah kau sedar..
Adakah kau mahu tahu..?
Bagaimana aku berperasaan dengan kebiasaanmu ini?
Tabiat yang tidak akan pernah berubah..
Engkaulah itu
Semalam bicara rindu
Semalam bicara kasih
Tapi..hari ini?

Murahnya nilai perkataan itu..
Jika datang dari bibirmu..

Berapa banyak kecewa yang aku simpan sendiri
Betapa banyak rasa yang aku rakam di sini
Walau apapun alasanmu..
Walau apapun kesusahanmu..
Aku lebih sakit dengan keadaan ini
Kau tanam bahagia di sana
Aku tuai rindu di sini
Tapi apa hasil yg aku dapat?

Aku sekadar pantai yg kecewa...

No comments: