Panic
attack. Hanya yg pernah dan sedang mengalaminya sahaja mampu memahami
betapa 'siksanya' mempunyai penyakit 'yg tak seperti penyakit' ini. Ia
berpunca dari tekanan yang kita simpan dgn erat dalam dakapan..kenapa
nak simpan kalau dah tau tekanan tu tak baik untuk kesihatan?
Anda tidak akan sedar yang anda sebenarnya hidup dalam tekanan selagi anda masih sihat. Tekanan yang create panic attack
ini bukannya stress yang anda baru dapat. Bukan sehari dua. Mungkin
stress yang anda bawa sejak dibangku sekolah rendah atau mungkin lebih
awal daripada tempoh itu..anda masih sihat selama ini kerana ia masih
belum menyerang. Tunggu triggernya sahaja, umpama trigger pada selaras
pistol, peluru dah isi penuh, pistol dah cantik. Tarik jer picu atau
trigger, sasaran mungkin terus rebah. Trigger pula tak sama antara
seseorng dgn yg lain. Mungkin pada seorng pengidap panic attack, rumah
tangga adalah trigger. Mungkin pada sesetengah yang lain, kerja yang up
and down adalah trigger. Yang pasti...pasti ada trigger yang menjadi
punca kepada serangan panic attack ini walaupun hakikatnya 'peranan'
trigger adalah sangat kecil. Dalam hal ini, masa lalu adalah pelakon
utamanya tetapi minda kita adalah pengarahnya. Pengurusan stress di masa
lalu menentukan samada kita survive melalui tekanan sekarang atau
tidak. Jika survive alhamdulillah kita akan terus merasa bahagia, tapi
jika terkorban pada masa ini, panic attacklah jawabnya..
Bagaimana rasanya menghadapi serangan panic ni? Rasa seperti nak mati.
Anda tiba2 akan menggigil, jantung berdegup laju antara 95 hingga 100
degupan seminit, badan terasa sangat lemah, pening, berpeluh dan terasa
seperti mengalami sakit jantung. Anda ke klinik dan doktor akan
melakukan ecg kepada anda. Jika bacaan ecg baik, doktor akan bertanya
tentang latar belakang keluarga dan pekerjaan. Dalam pada itu, segala
ujian lain termasuk ujian darah, air kencing dan sebagainya akan dibuat
ke atas diri anda. Akhirnya jika smua bacaan dan pemeriksaan normal,
doktor akan suggest anda berehat. Tapi panic attavk ini akan muncul
semula. Anda pasti ke klinik semula,dan akhirnya doctor will prescribed u
with xanax. What..???xanax.. apa ke benda alah tuuuuuu... xanax adalah
ubat penenang atau ubat untuk mengawal stress. Mungkin ada yang
merasakan dia bukan stress pun...giler kot doktor ni bagi aku ubat
penenang. Itu adalah reaksi pertama minda anda sebaik diberitahu doktor
tentang ubat ni.
Namun..xanax bukanlah penyelesai atau penawar
kepada panic attack. Penawar ada pada diri sendiri iaitu minda kita
sendiri. Ingatkan mudah mengawal minda nih, rupanya tidak. Rupa2nya
minda ada keupayaan untuk mensabotaj tubuh badan tuannya. Panic attack
ini akan buat anda sentiasa merasakan anda sakit tetapi doktor akan
acapkali mengatakan tidak. Anda akn minta mcm2 ubat dari doktor..ubat
untuk jntung, ubat asthma, ubat penat, tapi smua tu bkn penawar untuk
anda. Minda kadang2 terasa seperti sangat penuh, terasa akan meletup!
Badan pula akan terasa sangat lemah sehinggakan nak bawa kereta pun tak
mampu.
Sesetengah keadaan, family dan kawan2 akan menganggap
kita sengaja 'buat2' penat sebab pengidap nampak seperti normal, tapi
sebenarnya pengidap merasakan hari itu adalah hati terakhir dalam
hidupnya. Dia akan merasakan seperti terkena serangan sakit jantung dan
akan selalu ke klinik sehingga menerima pandangan sinis daripada kawan2,
keluarga malah doktor sendiri. Padahal dia sendiri merasakan seperti
dah separuh mati dengan keadaan seperti itu. Saya pernah membaca kisah
seorang isteri yang mengidap panic attack. Akhirnya diceraikan si suami
kerana suami merasakan seolah dipermainkan oleh isterinya. Masakan
tidak. Suami akan bergegas balik ke rumah setiap kali siisteri diserang
panic, bawa ke klinik tapi doktor akan jelaskan yang kesihatannya baik.
Siapa yang tak naik angin macam tu...hmmmm...
Panic attack
penyakit yang tak nampak tapi ada. Bukan setakat ada, malah sangat
mengganggu kehidupan seharian. Jika dulu anda seronok jalan2, seronok
windows shopping, tapi anda tak mampu nak buat lagi dengan adanya
penyakit spt ini. Anda tak boleh berada dalam keadaan bising, ramai,
sesak, keseorangan..nafas akan menjadi pendek. Lutut dan tangan
menggigil tanpa sebab. Mata akan kabur tiba2..pada masa ini hanya minda
yang kuat dapat mengeluarkan diri anda daripada serangan panic ni.
Saya sendiri cuba kuatkan minda dan hati untuk menghadapi serangan ini, cuma..setakat hari ini kalau ia betul2 menyerang, situasi saya kadang2 up and kdg2 down. Saya kdg2 putus asa dengan keadaan saya tetapi kadang2 saya syukur kerana hanya penyakit ini sahaja yang saya deritai, sedangkan insan lain bergelut dengan kanser, kencing manis, sakit jantung..Hmmm..
Saya percaya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Saya bukan setakat percaya, malah saya harus merasakannya untuk menghadapi ujian penyakit seperti ini..
No comments:
Post a Comment