Sunday, July 21, 2013

Pantai yang kecewa

Ingat dayana jer yg blh buat sajak kecewa? Hehe....nah ambik ni. Masa aku taip ni aku bayangkn perasaan kecewa itu. Huh. Mengerikan!

Apa maksud syg..
Jika ucapan sekadar di bibir
Apa itu rindu..
Jika hadir seperti angin yang berlalu
Terasa bayu itu
Tapi bukan untuk aku

Aku hanya pantai
Didatangi bila senang
Dihuni bila dirasa perlu
Akulah pantai itu
Dicari penyu yang sedang nazak
Nazak untuk memuntahkan warisan
Penyu hanya datang sekali sekala
Itupun kerana keadaan memaksa
Di ketika itulah..penyu tiada pilihan lain selain aku, pantainya
Kalau bukan aku, siapa?
Siapa yang sudi menerima kau, penyu..

Adakah kau sedar..
Adakah kau mahu tahu..?
Bagaimana aku berperasaan dengan kebiasaanmu ini?
Tabiat yang tidak akan pernah berubah..
Engkaulah itu
Semalam bicara rindu
Semalam bicara kasih
Tapi..hari ini?

Murahnya nilai perkataan itu..
Jika datang dari bibirmu..

Berapa banyak kecewa yang aku simpan sendiri
Betapa banyak rasa yang aku rakam di sini
Walau apapun alasanmu..
Walau apapun kesusahanmu..
Aku lebih sakit dengan keadaan ini
Kau tanam bahagia di sana
Aku tuai rindu di sini
Tapi apa hasil yg aku dapat?

Aku sekadar pantai yg kecewa...

Serangan Panic Attack!

Panic attack. Hanya yg pernah dan sedang mengalaminya sahaja mampu memahami betapa 'siksanya' mempunyai penyakit 'yg tak seperti penyakit' ini. Ia berpunca dari tekanan yang kita simpan dgn erat dalam dakapan..kenapa nak simpan kalau dah tau tekanan tu tak baik untuk kesihatan?

Anda tidak akan sedar yang anda sebenarnya hidup dalam tekanan selagi anda masih sihat. Tekanan yang create panic attack ini bukannya stress yang anda baru dapat. Bukan sehari dua. Mungkin stress yang anda bawa sejak dibangku sekolah rendah atau mungkin lebih awal daripada tempoh itu..anda masih sihat selama ini kerana ia masih belum menyerang. Tunggu triggernya sahaja, umpama trigger pada selaras pistol, peluru dah isi penuh, pistol dah cantik. Tarik jer picu atau trigger, sasaran mungkin terus rebah. Trigger pula tak sama antara seseorng dgn yg lain. Mungkin pada seorng pengidap panic attack, rumah tangga adalah trigger. Mungkin pada sesetengah yang lain, kerja yang up and down adalah trigger. Yang pasti...pasti ada trigger yang menjadi punca kepada serangan panic attack ini walaupun hakikatnya 'peranan' trigger adalah sangat kecil. Dalam hal ini, masa lalu adalah pelakon utamanya tetapi minda kita adalah pengarahnya. Pengurusan stress di masa lalu menentukan samada kita survive melalui tekanan sekarang atau tidak. Jika survive alhamdulillah kita akan terus merasa bahagia, tapi jika terkorban pada masa ini, panic attacklah jawabnya..

Bagaimana rasanya menghadapi serangan panic ni? Rasa seperti nak mati. Anda tiba2 akan menggigil, jantung berdegup laju antara 95 hingga 100 degupan seminit, badan terasa sangat lemah, pening, berpeluh dan terasa seperti mengalami sakit jantung. Anda ke klinik dan doktor akan melakukan ecg kepada anda. Jika bacaan ecg baik, doktor akan bertanya tentang latar belakang keluarga dan pekerjaan. Dalam pada itu, segala ujian lain termasuk ujian darah, air kencing dan sebagainya akan dibuat ke atas diri anda. Akhirnya jika smua bacaan dan pemeriksaan normal, doktor akan suggest anda berehat. Tapi panic attavk ini akan muncul semula. Anda pasti ke klinik semula,dan akhirnya doctor will prescribed u with xanax. What..???xanax.. apa ke benda alah tuuuuuu... xanax adalah ubat penenang atau ubat untuk mengawal stress. Mungkin ada yang merasakan dia bukan stress pun...giler kot doktor ni bagi aku ubat penenang. Itu adalah reaksi pertama minda anda sebaik diberitahu doktor tentang ubat ni.

Namun..xanax bukanlah penyelesai atau penawar kepada panic attack. Penawar ada pada diri sendiri iaitu minda kita sendiri. Ingatkan mudah mengawal minda nih, rupanya tidak. Rupa2nya minda ada keupayaan untuk mensabotaj tubuh badan tuannya. Panic attack ini akan buat anda sentiasa merasakan anda sakit tetapi doktor akan acapkali mengatakan tidak. Anda akn minta mcm2 ubat dari doktor..ubat untuk jntung, ubat asthma, ubat penat, tapi smua tu bkn penawar untuk anda. Minda kadang2 terasa seperti sangat penuh, terasa akan meletup! Badan pula akan terasa sangat lemah sehinggakan nak bawa kereta pun tak mampu.

Sesetengah keadaan, family dan kawan2 akan menganggap kita sengaja 'buat2' penat sebab pengidap nampak seperti normal, tapi sebenarnya pengidap merasakan hari itu adalah hati terakhir dalam hidupnya. Dia akan merasakan seperti terkena serangan sakit jantung dan akan selalu ke klinik sehingga menerima pandangan sinis daripada kawan2, keluarga malah doktor sendiri. Padahal dia sendiri merasakan seperti dah separuh mati dengan keadaan seperti itu. Saya pernah membaca kisah seorang isteri yang mengidap panic attack. Akhirnya diceraikan si suami kerana suami merasakan seolah dipermainkan oleh isterinya. Masakan tidak. Suami akan bergegas balik ke rumah setiap kali siisteri diserang panic, bawa ke klinik tapi doktor akan jelaskan yang kesihatannya baik. Siapa yang tak naik angin macam tu...hmmmm...

Panic attack penyakit yang tak nampak tapi ada. Bukan setakat ada, malah sangat mengganggu kehidupan seharian. Jika dulu anda seronok jalan2, seronok windows shopping, tapi anda tak mampu nak buat lagi dengan adanya penyakit spt ini. Anda tak boleh berada dalam keadaan bising, ramai, sesak, keseorangan..nafas akan menjadi pendek. Lutut dan tangan menggigil tanpa sebab. Mata akan kabur tiba2..pada masa ini hanya minda yang kuat dapat mengeluarkan diri anda daripada serangan panic ni.


Saya sendiri cuba kuatkan minda dan hati untuk menghadapi serangan ini, cuma..setakat hari ini kalau ia betul2 menyerang, situasi saya kadang2 up and kdg2 down. Saya kdg2 putus asa dengan keadaan saya tetapi kadang2 saya syukur kerana hanya penyakit ini sahaja yang saya deritai, sedangkan insan lain bergelut dengan kanser, kencing manis, sakit jantung..Hmmm..

Saya percaya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Saya bukan setakat percaya, malah saya harus merasakannya untuk menghadapi ujian penyakit seperti ini..