Hantu laksa!!
Huhu..aku sangat suka dengan laksa. Tak makan nasi takpa tapi tak boleh kalau tak boleh nak makan laksa. Orang tua-tua sangat pantang dengan laksa nih. Berangin katanya. Dulu aku boleh makan laksa selama 2 minggu berturut2 tanpa menjamah nasi sedikit pun. Masa aku tak makan laksa adalah dalam tempoh 8 bulan selepas melahirkan kedua anakku. Mak aku cakap kene tahan selama setahun laksa nih. Uiiiii..setahun? tak boleh tak boleh tak boleh. Aku boleh tahan sampai 8 bulan sahaja. Lepas tu..hmmmm.....setiap minggu makan laksa. Nikmat yang amattt...
Tapi....
Orang lama-lama pernah berkata "Apa yang kau suka, itulah penyebab kedukaanmu". Itu kot sebabnya Islam mengajar tentang konsep keserhanaan. Buat apa, makan apa, suka apapun, biarlah dalam sekadar berkadaran sahaja, tidak melebih-lebih dan tidak pula berkurang-kurangan..
Haah ambik aku..Disebabkan aku sangat gemar dengan laksa sampaikan dapat jolokan 'hantu'..hantu laksa jer..hehehe...sekarang ni banyak pula masalah berkaitan angin dalam badan. Lenguh, angin naik ke dada sampai penat, letih dan macam2 lagi yang aku rasakan mungkin berpunca dari kegilaan aku dengan laksa suatu ketika dulu..
Maka..
Terpaksalah aku melepaskan dan melupakan keinginan perut dan nafsu ini buat sementara (atau sampai bila2.huhu) untuk menikmati makanan paling sedap dalam dunia iteww...Sigh...Sejak aku jatuh tak sihat, dan doktor tak dapat kesan apa masalah yang tak kena dengan kesihatanku, aku telah mula jauhkan tekakku dengan makanan paling sedap dalam dunia itu. Best in the world lah bagi aku. Ramai yang nasihatkan untuk berhenti seketika daripada makanan itew..Huhu..laksa...kita terpaksa berpisah jua...Walaupun tidak bertemu, engkau selalu kurinduuuuu...Wuwuwuwuwuwu....
Setiap kali orang bertanya "makan apa sedap hari ni yer"..mesti depa dah tau jawapan aku. "Laksa!" Sampai sekarang pun jawapan aku begitulah. Tak jumpa lagi kekasih lain selain engkau laksa..Wuwuwu...
Ok..nak tulis pulak apa yang tak kena dengan kesihatan aku yang berkaitan dengan laksa nih. Pertamanya sedari dulu dulu lagi aku dok rasa lenguh2 yang teruk kat seluruh badan terutama sendi. Macam ada orang dok pijak2 sendi aku tuh. Sakit plus lenguh. Tak tau nk citer macam mana lagi dah.. Tapi alkisahnya selepas bersalin kat Umar, aku jumpa produk HPA Herba Tuju Angin yang sangat berkesan pada aku ni laa..untuk merawat masalah angin aku tu. Lama juga aku guna lebih kurang 3 ke 4 tahun macam tu. Then tahun 2011 tiba2 aku jatuh sakit atas sebab yang tak dapat dicari oleh doktor. Mulalah doktor bertanya yang pelik2. Keje apa, anak berapa, tinggal dengan sapa - yang ni dikaitkan dengan stress. Then beberapa doktor, perawt alternatif dan klinik homeopathi yang cadangkan aku untuk stop dulu penggunaan Herba Tuju Angin dan any produk herba yang aku consume ketika itu. Memandangkan aku tak nak terus tak sihat, so aku iakan ajer, aku buang semua produk2 tu jauh2 dari pandangan mataku (walau sebenarnya simpan juga dalam almari kat dapar..huhu..)
Pada aku pula, mungkin betul apa yang doktr2 tu bgtau aku. Angin, herba dan lain2 yang berkaitan yang menjadi haluan perutku selama ini mungkin ambil masa lama untuk react dengan sistem badanku. So sekarang terpaksalah berhenti. Huhu..
Cuma aku nak pandang juga dari sudut positif. Allah nak aku cuba makanan lain tu...Hehehe...
Sekarang pula berat badanku makin kurang disebabkan aku tak lalu sangat nak makan bende lain. Atau mungkin juga makan sekadar untuk perut ajer..Tiada nafsu di situ. Dulu berat 58, pastu turun 57, 56, sekarang dah 55 kg...Oooo dan satu lagi sudut pandang positif..NAK KURUS LAGI laa tu..tak payah susah payah macam orang lain. Cuma tak makan laksa jer..terus nafsu makan untuk makanan lain turun juga..
Apa yer menu "paling sedap dalam dunia"....Hahaha...
No comments:
Post a Comment