Sunday, May 26, 2013

Expectation Manusia

Oh hidup. Ya Allah kau tetapkan imanku, kau tetapkan hatiku supaya hidup dan matiku hanya untukMu Tuhanku yang Maha Agung...
Manusia....sudah pasti kehidupan ini dan kehidupan selepas kehidupan di dunia ini adalah semata untuk Allah yang telah mengizinkan kehidupan kita di muka bumi ini. Hidup pasti bahagia apabila hati sudah mengerti maksud hidup dan mati itu kerana Allah semata. Jalan menuju ke arah itu? Itulah yang sukarnya. Jalan menuju ke arah itu seringkali tidak kelihatan oleh mata manusia yang sangat lemah ini. Kuat manusia kerana Allah, lemah manusia pun kerana manusia itu hanya sekadar makhluk di muka bumi ini. Tiada yang lebih kuat tiada yg lebih berkuasa selain dari Allah Tuhan sekalian alam.
Hari ni aku nak singkap apa yang ada di dalam hati kecilku ini berkaitan dengan expectation manusia. Apa yang diri sendiri expect, apa yang manusia lain expect dan apa yang sepatutnya manusia expect dalam kehidupannya. Itulah dia expectation. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya berdasarkan kehendak dan perancangan Allah yang lebih baik lebih molek dari sudut pandangan Allah.
Expectation. Orang yang belum kahwin expect to marry seseorng yg kaya, hensem dan baik, pndai bergurau, ambik hati..pendek kata semua yg baik2 sahaja. Dh kawin, nk anak yg lelaki dulu, pastu pompuan pastu lelaki balik. Purrfeft! Hehe...tapi dapatkah semua tu? Terlalu sempurna, tiada cabaran, tiada ujian. Huhu..
Tapi, expectation perlu ada, kalau tak ada expectation kita tak bergerak ke arah tujuan dan misi. Cuma expectation kita dgn manusia tu biarlah berpada2. Tak mungkin manusia dapat tunaikan segala yang kita harapkan kerana manusua itu juga bergantung harap hanya kepada Allah SWT..
Jika berhutang pula, mestilah melunaskan hutang2 spt yg telah dijanjikan. Orang yg memberi hutang itu juga mempunyai masalah lain utk diselesaikan. Jika telah berjanji untuk menjelaskan hutang bulan 4, mesti tunaikan pada bulan 4. Tahukah kamu betapa sukar hidup si pemberi hutang jika sekiranya si penghutang berdolak dalih menyelesaikan hutangnya? Si pemberi hutang asyik mengharap, dan sungguh. Mungkin dia tiada sumber lain untuk digunakan selain wang hutang yg diberi pinjam kepada si penghutang. Adilkah apa yg kamu kerjakan itu? Tatkala engkau susah engkau ditolongi, dan sebaik engkau terlepas dari bebanan masalah itu, engkau terus lupakan segalanya. Adilkah sikap begitu wahai si penghutang!
Expectation spt itu pd aku mesti segera ditunaikan. Hidup ini ada give n take. Tegakah kita jika sekadar menerima tanpa pernah memberi?
Expectation pada kamu berdua sangat tinggi tahu..? Heee
Too much expectation buatkan aku makan hati. So..how????

No comments: