Ada ketikanya..apa yang kita hajatkan tidak sama sama sekali dengan apa yang kita dapatkan..
Mestikah kita berputus asa? Perlukah kita melenting muncung mulut sana sini? Perlu atau tidak semua itu?
Cuma..kita manusia biasa..ada perasaan resah, gelisah dan dukacita. Ada perasaan takut dan malas. Gelisah menunggu keputusan yang akan diperolehi hasil usaha selama ini..Resah mengenangkan apakah yang akan berlaku jika sesuatu yang tidak kita ingini muncul tiba-tiba dalam hidup kita. Dukacita apabila apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan. Lagi tambah dukacita jika sudahlah apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan, datang pula masalah lain berpunca daripada harapan yang menjadi layu itu.hmmmm..teringat pula lagu harapan daripada Hyperact (kalau tak salah laa).
Takut pulak menyatakan kebenaran, takut memberitahu orang lain akan harapan yang musnah tersebut. Lagi-lagi orang itu mengharap pada kita, mengharap pada perkara yang telah menjadi harapan layu itu...Apabila semua perasaan resah, gelisah, dukacita, takut bersatu, pasti timbul rasa malas yang amat sangat. Malas untuk meneruskan pekerjaan yang sedang diusahakan, malas untuk berbual dengan orang lain di sekeliling, malas untuk berusaha..(amboi teruknya)...
Apa sebenarnya semua ini? Kenapa manusia biasa mesti melalui detik-detik seperti ini dalam hidupnya? Mengapa perlu ada rasa resah, gelisah, dukacita, takut, malas itu? Mungkin jawapannya ada pada kita sendiri. Yer..kita sendiri. Kita adalah manusia biasa yang sudah ditakdirkan menjadi manusia, khalifah Allah di muka bumi ini. Manusia biasa.....pasti ada rasa bahagia, seronok, gembira, riang...dan pasti juga ada perasaan resah, gelisah, dukacita, takut, sedih, malas....Semua itu pasti ada dalam diri setiap yang bergelar manusia. Tidak kira dari mana pun, Barat, Utara, Selatan, Timur..Mediterranean..hehe....tak kisah dari mana asal kita, asal kita ini dinamakan manusia biasa, kita pasti tidak dapat melarikan hatta menjauhkan diri daripada perasaan yang berpasang-pasangan itu, gembira lawannya sedih, kecewa lawannya bahagia, seronok lawannya derita, dan macam-macam lagi pasangan perasaan yang ada dalam diri manusia. Itulah sifat-sifat manusia. Kita tak dapat melawan sifat-sifat pencipta Yang Maha Agung yang sangat sempurna.
Kadangkala kita merasakan yang kita akan menang, kita akan dapat apa yang dihajati hanya kerana kita kononnya telah melakukan yang terbaik yang terperrrrfect dalam setiap pekerjaan yang kita usahakan. Tapi...............itu tidak bermakna kita cukup sempurna untuk MENENTUKAN berjaya atau tidak usaha kita itu. Kalau ditakdirkan berjaya, ALHAMDULILLAH. Idea 'berjaya' ini lebih mudah dikendalikan berbanding idea 'gagal'. Kerana 'gagal' itu banyak kesan sampingan yang dibawa bersama. Gagal dalam peperiksaan misalnya....yang dibawa bersama kegagalan itu adalah mungkin rasa marah ibu bapa, impaknya sangt besar. Atau sangat sukar melanjutkan pelajaran di mana hasil daripada kegagalan melanjutkan pelajaran yang terhasil daripada kegagalan dalam peperiksaan akan menyebabkan diri dipulaukan, malah lebih teruk lagi sukar mendapat sebarang pekerjaan yang baik yang mana akan menghasilkan seorang manusia yang akhirnya merasa terlalu rendah diri, merasa terlalu hina sehinggakan dia sanggup memilih cara mendapatkan rezeki mudah yang kadang-kala tidak halal di sisi agama dan salah di sisi undang-undang. Besar kesan 'kegagalan' sebenarnya.
Aku ingin membawa diriku sendiri untuk melihat sudut lain daripada sisi 'kegagalan' yang ada. Sudut yang aku tak nampak sama-sekali. Sudut lain yang hanya Maha Pencipta boleh nampak melalui sudut itu, bukan aku, manusia yang telalu biasa. Berapa billion trillion manusia yang ada di seluruh planet muka bumi ini. Adakah dengan kegagalana ku seorang, semua makhluk di muka bumi ini akan terkena kesan tempiasnya? Sudah tentu tidak sama sekali. Tapi yang paling utama adalah aku mesti ingat yang 'Allah itu Maha Mengetahui'. 'Maha' bermaksud sesuatu yang sangat berkuasa, SANGAT SANGAT SANGAT berkuasa atau PALING berkuasa. Jika PALING berkuasa, sudah tentu Dia mempunyai kuasa untuk melihat sudut lain kegagalan tersebut. Mungkin kegagalan itu perlu untuk aku supaya tidak akan timbul kegagalan dan kemusnahan yang lebih dahsyat dari kegagalan ini. Mungkin juga kegagalan ini menjadi penyelamat aku daripada kemusnahan teruk yang bakal berlaku sekiranya 'kejayaan' yang aku 'capai' dan bukan kegagalan. Kan..kan..kan...Allah melihat dari 'sisi' lain kerana Dia sangat berkuasa sedangkan aku tak nampak apa-apa langsung sudut pandangan Allah yang Maha Luas itu.
Okeh. Aku dah faham. Apa yang utama adalah aku usaha sahajalah untuk mendapatkan kejayaan itu, tapi kalau sudah Allah takdirkan kejayaan itu bukan / buruk untukku, maka aku terima ajerlah...Mungkin bukan masanya aku menerimanya atau mungkin apa yang aku harapkan itu tidak baik untuk diriku.
Ya Allah, masukkan aku dari pintu kebenaran dan keluarkan aku juga dari pintu kebenaran, dan kurniakanlah aku daripadaMu seorang penolong. HEBAT AYAT INI