Wednesday, January 25, 2012

Rahsia Tahajud, Dhuha dan Istikharah

Lebih sebulan sakit tempohari memberikan aku begitu banyak ilmu yang aku tak tahu pun selama ni. Atau tahu tapi buat buat lupa atau buat buat tak tahu. Terutamanya berkenaan solat-solat sunat yang telah lama aku tinggalkan dek alasan 'penat bekerja' di siang harinya. Oh malangnya aku begitu. Syukur Allah telah memberikan sedikit tamparan untukku sehingga aku kembali mengingati betapa besar kasih sayangnya dan betapa besar juga hukumannya nanti buat mereka yang lalai.

Sakit aku tiada ubatnya yang dapat dipreskripsi oleh doktor kerana doktor sendiri tak tahu apa penyakit sebenar aku. Misteri betul. Jadi aku telah pergi ke beberapa pengamal perubatan Islam. Banyak nasihat dan petua yang aku perolehi terutama dalam bab solat-solat sunat atau amalan-amalan sunat. Rupa-rupanya baru aku tahu - solat tahajud dan solat dhuha sangat berkhasiat untuk kesihatan mental dan fizikal manusia. Dalam kesakitan, aku bangun bersolat tahajud sambil air mata mengalir di pipiku - sedih sangat aku. Time sihat jarang sangat aku bangun bersolat tahajud. Tapi time sakit, time badan terlalu penat untuk bangun, aku gagahkan juga sekujur tubuhku untuk bangun mengerjakan solat tahajud dan solat istikharah. Kata sorang ustaz yang aku pergi berubat tempohari, aku ni terlalu banyak sangat berfikir, sehingga kadang-kadang aku berfikir sesuatu yang aku sendiri tak mampu tangani. Dan kadang-kadang, terlalu banyak berfikir sebegitu membuatkan aku tak lalu makan dan minum. Ya betul. Pandai juga telahan ustaz tersebut. Dia memberikan aku satu petua yang sangat berguna - bangun malam untuk solat tahajud dan seterusnya istikharah. Tahajud dapat memberikan kesihatan pada mental dan fizikal kita, manakala istikharah akan membantu kita untuk membuat keputusan terbaik dalam hidup kita - walau apa sahaja perkara tersebut. Orang yang selalu bersolat istikharah, Allah bantu dia dalam membuat sebarang keputusan dalam hidupnya. Besar sungguh khasiatnya. Malunya aku sekali lagi! Solat dhuha - selain untuk mendapatkan rezeki yang halal dan dimurahkan olehNya, juga sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Oh Sungguh besar kurniaan Allah pada hamba-hambaNya - yang kadang-kadang diambil ringan oleh hambaNya sendiri. Malunya aku!

Mama Sayang Kalian Semua, Sampai Bila-bila...


Sebab itu aku gagahkan diriku untuk bangun di malam hari bersolat tahajud dan istikharah. Aku takut kehilangan khasiat kedua-dua solat ini. Dan aku cuba menjaga solat-solat wajibku - jangan sampai menghampiri waktu akhirnya untuk ku kerjakan. Walau kadang payah untuk ditunaikan sebaik azan berkumandang, namun aku cuba juga usahakan supaya jangan terlalu lewat - seperti kebiasaan aku buat sebelum ini. Malunya aku!

Apa yang aku harapkan kini - Allah tetapkan hatiku untuk istiqamah dengan apa yang sedang aku usahakan sekarang. Aku harap aku dapat sentiasa dekat denganNya - supaya nanti aku lebih bersedia menghadapi alam selepas kematianku.
video 
Sedappp sangat alunan ayat-ayat & maksud dari doa solat dhuha ini. Tenang bila mendengarnya

No comments: