Friday, January 27, 2012

Harimau Menangis

Sedap sedap sedap. Itu je yang boleh aku ungkapkan ketika ini. Memang sedapp betul - lemak, masin, manis, semua rasa ada dalam satu hidangan. Hehe..

Itulah dia daging lembu HARIMAU MENANGIS. Bukan setakat harimau malaya ek, harimau menangis pun ada di bumi Malaysia yang makmur ini. Best betul.

Aku baru je kenal daging lembu bahagian harimau menangis ini. Kira-kira setahun yang lalu. Kalau ikutkan hati, setiap hari aku nak makan daging ni, sedap sekali terutama dibuat bakar cicah dengan air asam. Tapi tak bolehlah macam tu, takut nanti memudaratkan kesihatan pula.

Di mana terletaknya bahagian daging harimau menangis ini? Ia terletak di bahagian antara celah paha bahagian kaki belakang lembu. Jadi, hanya terdapat dua bahagian daging harimau menangis ini sahaja pada setiap ekor lembu yang disembelih. Patutlah sangat cepat laris. Husband aku selalunya akan pesan dulu bahagian ini sehari sebelum membelinya. Kalau tak, peluang untuk mendapatkannya sangatlah tipis. Ikut nasib jerla.

So, apa yang bestnya sangat dengan daging bahagian harimau menangis ni? Selain rasanya yang sangat sangat sedap, daging ini juga mudah empuk dan bahagian yang nampak berlemak tu sebenarnya bukannya lemak, tapi tulang rawan. Jadi kepada sapa-sapa yang sedang berdiet, jangan risau. Ianya tidaklah berlemak sepertimana lemak tepu yang kita biasa jumpa di mana-mana bahagian lembu yang lain.

Bagaimana pula ia mendapat nama sebegitu unik? Ada version yang mengatakan bahagian daging ini terlalu sedap, tetapi tidak dapat dicapai oleh gigi harimau. Sebab itulah harimau pun boleh menangis mengenangkan nasibnya yang terlepas menikmati rasa daging lembu bahagian ni. Mungkinkah betul?

Tak pastilah kebenaran cerita ini, tapi yang pasti, ianya memang sedap, sedap sedap sedap sangat. Kepada sesiapa yang tak penah mencubanya, apa kata pagi-pagi esok pergi ke pasar, cari kat mana orang jual daging lembu dan minta beli sekilo daging harimau menangis. Balik ke rumah, potong leper, perap dengan bahan-bahan perap, bakar dan sediakan semangkuk air asam. Anda pasti takkan mahu makan nasi dengan menu lain lagi pada hari itu!

No comments: