Tuesday, January 31, 2012

Majlis Bersama Menteri Sumber Manusia 30 Januari 2012

Best betul. Semalam, aku mewakili kolej untuk menghadiri satu majlis bersama menteri sumber manusia YB Datuk Seri S. Subramaniam.

Majlis tu lebih kepada sesi dialog antara pihak penyedia latihan kemahiran dengan menteri berkenaan. Lama juga majlis berlangsung, tetapi tak terasa pulak oleh aku disebabkan leka mendengar segala cadangan, idea, komen, luahan perasaan - yang sekali sekala kedengaran agak lantang daripada pihak penyedia latihan yang kebanyakannya pemilik atau pengurus pusat latihan.

Majlis dimulakan lebih kurang 9.30 pg oleh CEO PTPK yang menyampaikan beberapa pesanan serta penjelasan yang aku kira memang patut diperjelaskan kepada semua penyedia latihan. Majlis bersama menteri bermula selepas minum pagi iaitu lebih kurang jam 11.30 pg dan berakhir tepat jam 1.00 tghr.


Sebab datang lewat, kenalah duduk kt barisan depan skit-row ke-4.Nasib baik port ok

Antara yang menarik adalah isu pekerja asing serta harapan yang penuh jitu bagi memohon penubuhan Universiti Kemahiran Malaysia. Juga kursus kemahiran yang akan direbranding (hope so). Semoga aku masih ada untuk menyaksikan semua itu...Hehe...

 Best betul cadangan-cadangan yang dikemukakan, rata-rata idea dan harapannya hampir sama. Itulah juga harapan aku sebenarnya. Semoga latihan kemahiran diterima lebih baik dari masyarakat di Malaysia ini, semoga lebih ramai yang membuka mata dan semoga ianya menjadi satu bidang yang bukan pihan terakhir...

Edit skit supaya tk perasan kamera murah

Bosannya dalam van semasa perjalanan balik petang semalam, hasilnya, ni lah - aku edit semua gmbr yg aku ambik.

Ni guna teknik (alaa tk ingat)

Yang ini teknik painting

Ini pulak teknik old picture dan painting

Ini painting, then masukkan clipart

Ini pun tak ingat teknik apa. Campur2 kot.


Friday, January 27, 2012

Harimau Menangis

Sedap sedap sedap. Itu je yang boleh aku ungkapkan ketika ini. Memang sedapp betul - lemak, masin, manis, semua rasa ada dalam satu hidangan. Hehe..

Itulah dia daging lembu HARIMAU MENANGIS. Bukan setakat harimau malaya ek, harimau menangis pun ada di bumi Malaysia yang makmur ini. Best betul.

Aku baru je kenal daging lembu bahagian harimau menangis ini. Kira-kira setahun yang lalu. Kalau ikutkan hati, setiap hari aku nak makan daging ni, sedap sekali terutama dibuat bakar cicah dengan air asam. Tapi tak bolehlah macam tu, takut nanti memudaratkan kesihatan pula.

Di mana terletaknya bahagian daging harimau menangis ini? Ia terletak di bahagian antara celah paha bahagian kaki belakang lembu. Jadi, hanya terdapat dua bahagian daging harimau menangis ini sahaja pada setiap ekor lembu yang disembelih. Patutlah sangat cepat laris. Husband aku selalunya akan pesan dulu bahagian ini sehari sebelum membelinya. Kalau tak, peluang untuk mendapatkannya sangatlah tipis. Ikut nasib jerla.

So, apa yang bestnya sangat dengan daging bahagian harimau menangis ni? Selain rasanya yang sangat sangat sedap, daging ini juga mudah empuk dan bahagian yang nampak berlemak tu sebenarnya bukannya lemak, tapi tulang rawan. Jadi kepada sapa-sapa yang sedang berdiet, jangan risau. Ianya tidaklah berlemak sepertimana lemak tepu yang kita biasa jumpa di mana-mana bahagian lembu yang lain.

Bagaimana pula ia mendapat nama sebegitu unik? Ada version yang mengatakan bahagian daging ini terlalu sedap, tetapi tidak dapat dicapai oleh gigi harimau. Sebab itulah harimau pun boleh menangis mengenangkan nasibnya yang terlepas menikmati rasa daging lembu bahagian ni. Mungkinkah betul?

Tak pastilah kebenaran cerita ini, tapi yang pasti, ianya memang sedap, sedap sedap sedap sangat. Kepada sesiapa yang tak penah mencubanya, apa kata pagi-pagi esok pergi ke pasar, cari kat mana orang jual daging lembu dan minta beli sekilo daging harimau menangis. Balik ke rumah, potong leper, perap dengan bahan-bahan perap, bakar dan sediakan semangkuk air asam. Anda pasti takkan mahu makan nasi dengan menu lain lagi pada hari itu!

Wednesday, January 25, 2012

Rahsia Tahajud, Dhuha dan Istikharah

Lebih sebulan sakit tempohari memberikan aku begitu banyak ilmu yang aku tak tahu pun selama ni. Atau tahu tapi buat buat lupa atau buat buat tak tahu. Terutamanya berkenaan solat-solat sunat yang telah lama aku tinggalkan dek alasan 'penat bekerja' di siang harinya. Oh malangnya aku begitu. Syukur Allah telah memberikan sedikit tamparan untukku sehingga aku kembali mengingati betapa besar kasih sayangnya dan betapa besar juga hukumannya nanti buat mereka yang lalai.

Sakit aku tiada ubatnya yang dapat dipreskripsi oleh doktor kerana doktor sendiri tak tahu apa penyakit sebenar aku. Misteri betul. Jadi aku telah pergi ke beberapa pengamal perubatan Islam. Banyak nasihat dan petua yang aku perolehi terutama dalam bab solat-solat sunat atau amalan-amalan sunat. Rupa-rupanya baru aku tahu - solat tahajud dan solat dhuha sangat berkhasiat untuk kesihatan mental dan fizikal manusia. Dalam kesakitan, aku bangun bersolat tahajud sambil air mata mengalir di pipiku - sedih sangat aku. Time sihat jarang sangat aku bangun bersolat tahajud. Tapi time sakit, time badan terlalu penat untuk bangun, aku gagahkan juga sekujur tubuhku untuk bangun mengerjakan solat tahajud dan solat istikharah. Kata sorang ustaz yang aku pergi berubat tempohari, aku ni terlalu banyak sangat berfikir, sehingga kadang-kadang aku berfikir sesuatu yang aku sendiri tak mampu tangani. Dan kadang-kadang, terlalu banyak berfikir sebegitu membuatkan aku tak lalu makan dan minum. Ya betul. Pandai juga telahan ustaz tersebut. Dia memberikan aku satu petua yang sangat berguna - bangun malam untuk solat tahajud dan seterusnya istikharah. Tahajud dapat memberikan kesihatan pada mental dan fizikal kita, manakala istikharah akan membantu kita untuk membuat keputusan terbaik dalam hidup kita - walau apa sahaja perkara tersebut. Orang yang selalu bersolat istikharah, Allah bantu dia dalam membuat sebarang keputusan dalam hidupnya. Besar sungguh khasiatnya. Malunya aku sekali lagi! Solat dhuha - selain untuk mendapatkan rezeki yang halal dan dimurahkan olehNya, juga sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Oh Sungguh besar kurniaan Allah pada hamba-hambaNya - yang kadang-kadang diambil ringan oleh hambaNya sendiri. Malunya aku!

Mama Sayang Kalian Semua, Sampai Bila-bila...


Sebab itu aku gagahkan diriku untuk bangun di malam hari bersolat tahajud dan istikharah. Aku takut kehilangan khasiat kedua-dua solat ini. Dan aku cuba menjaga solat-solat wajibku - jangan sampai menghampiri waktu akhirnya untuk ku kerjakan. Walau kadang payah untuk ditunaikan sebaik azan berkumandang, namun aku cuba juga usahakan supaya jangan terlalu lewat - seperti kebiasaan aku buat sebelum ini. Malunya aku!

Apa yang aku harapkan kini - Allah tetapkan hatiku untuk istiqamah dengan apa yang sedang aku usahakan sekarang. Aku harap aku dapat sentiasa dekat denganNya - supaya nanti aku lebih bersedia menghadapi alam selepas kematianku.
 
Sedappp sangat alunan ayat-ayat & maksud dari doa solat dhuha ini. Tenang bila mendengarnya

Sesuatu Yang Sangat Mahal, Tapi Percuma

Kita selalu menganggap benda-benda yang mahal sebagai sangat berharga. Selalunya ia dianggap sebagai penanda aras bagi status seseorang individu.

Namun tanpa sedar, kita 'lupa' atau 'dilalaikan' dengan perkara-perkara lain yang indah-indah sehingga  langsung terlupa tentang perkara ini - oksigen yang Allah beri untuk kita sedut setiap hari. Semua itu mempunyai nilai yang tidak terhingga terutama bagi mereka yang bakal kehilangannya. Pernahkah ada sesiapa yang dapat menceritakan pada kita bagaimana rasanya bila nyawa sedang berada di penghujung kerongkong? Tak ada rasanya. Kerana mereka pasti telah kaku untuk memerihalkan keadaan itu pada kita.

Kita takkan tahu nilai sesuatu itu sehinggalah kita kehilangan atau hampir kehilangannya. Di saat kita kehilangan sesuatu, kita akan merasakan oh! betapa tinggi nilai harganya, betapa sukar mendapatkannya. Walau ia diberi secara FOC setiap hari, tapi sekali dah hilang/rosak, memang langsung tiada warranty! Aneh kan.

10 Disember 2011, aku hampir kehilangan oksigen yang aku sedut setiap hari selama 32 tahun ini. Waktu itu, barulah aku tahu erti syukur yang sebenar. Barulah aku mengerti nilai 'nyawa' yang Allah 'pinjamkan' padaku. Betapa segala yang aku miliki, betapa yang ada padaku hatta tangan dan mataku, mulutku, juga sehelai rambut ini juga - segalanya milik Allah yang mutlak, milik Allah semata. Malunya aku, sedihnya aku, hinanya aku - tidak pernah merasa apa yang ada pada diri adalah harta pinjaman Allah paling berharga, terlalu berharga. Tidak pernah aku merasakan begitupun, tidak pernah sekali selama ini. Padaku, rumah, kereta, handphone, laptop, simpananku di bank, bla bla bla...itulah yang paling berharga. Aku lupa 'nilai' tertinggi yang Allah beri padaku - diriku sendiri, tanganku, kakiku, mataku, telingaku, hatiku, limpa, jantungku, NYAWAKU! Itulah yang paling paling paling bernilai sebenarnya. Sesuatu yang sangat bernilai tapi tidak pernah dipandang tinggi oleh aku sendiri - insan bernama manusia yang  diberikan Allah semua itu - percuma sahaja! Betapa malunya aku, betapa rosaknya aku - tidak pernah menyedari perkara itu, sehinggalah datang suatu saat di mana Allah mengujiku, hampir tercabut nyawa dari jasad yang hina ini. Di saat itu, barulah aku dapat 'rasa' lemahnya aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana segala yang ada padaku adalah pinjaman semata. Allah boleh ambil bila-bila masa dikehendakiNya samada manusia itu bersedia atau tidak. Kenapa? Kerana tidak ada satupun yang kita miliki adalah milik kita. Segalanya milik Allah. Milik Allah semata.

Di ketika nyawa terasa berada di hujung nyawa, kita tidak mahu lagi - rumah 3 tingkat walau luasnya 10000 kaki persegi sekalipun, kita tidak mahu lagi BMW - walau berapa series sekalipun, kita tidak lagi mahukan wang - walau berapa billion trillion RM sekalipun. Apa yang kita minta di saat itu - panjangkan umurku ya Allah, beri aku peluang untuk bernafas lagi di muka bumiMu ini ya Allah. Aku belum bersedia menghadapi alam kubur ya Allah, amalanku tidak cukup untuk ke sana ya Allah.....

Terima kasih ya Allah...tamparan dan cubitanMu menyedarkan aku apa tujuan hidup ini. Terima kasih ya Allah. Sesungguhnya memang benar - Engkaulah kekasih awal dan akhir.