Thursday, February 18, 2016

Jiwa mama

Kadang2 terasa letih kan menjadi seorang mama. Lebih2 lg mama yg seperti aku, expect bulan dan bintang, bila gagal, tergelincir sikit mula la kann nk meroyan.

Itulah jalan yang mak ayah aku lalui dulu. Itulah yang jalan yang tok tokwan aku jalani dlu, itulah jalan yang semua ibuayah lalui dulu, sedang dan akan lalui dinkemudian hari. Dah namanya pun dunia ini bulat. Apa yg orang dulu rasa, lambat laun kita pasti akan turut rasai. 

Tapi apa yang membezakannya antara kita semua adalah sikap dan cara kita menerima dan menangani keadaan tersebut. Ada yang terus marah, ada yang cool dulu, ada yang berjaya atasi pada masa tu jugak ( ohh yang ni heaven kannn). Bagi aku pula, aku hadapi dulu, analisa situasi, lepas tu ambik keputusan samada nak buat cara halus atau cara sedikit kertas pasir, haha.. Kalau cara halus, mesti kena pujuk dlu, beri sedikit kata2 nasihat, panggil, peluk. 

Tapi kalau yang tu nampak mcm nk fail je, atau mood sendiri ke laut, aku akan start dengan panggil nama dulu, panggil duduk dekat aku. Selepas 3 saat tak jugak berganjak dari situ!!!! Haaaaa!! Mulalah proses bertukar jadi superpower rangers, gaban, pendekar bujang lapok apa semuanya lah.

Hihi.. Lucu la jugak bila dikenangkan tindakan spontan aku menangani si umat dan danial tu. Cuma yang langsung aku tak boleh nak buat- pukul depa walaupun sekadar pukul utk mereka berhenti dari buat perangai. Dari buat benda annoying.  Memang bkn jenis marah-rotan punya type ibu aku ni. Sbb apa. Last2 aku jgk yg penat sbb mnyesal kannn

Tuesday, January 19, 2016

Expect the unexpected

Ouch. Sakitnya kan kalau apa yang kita damba dan harapkan, something yg kita prcaya dan yang kita telah masukkan jauh ke dasar hati, tiba2 It turns out to be different from what we did dreamed of for the whole life! 

Oh.. Tkde la smpai the whole life. Tp agak lama la jgk klau dh masuk tahun lain tu kan. I really expect it to be different, to be the one i always dreams of. Tp rupanya sama lah spt sediakala. Sama la di mana2, sama la dgn apa sahaja. Rupanya there is no such thing spt yg aku harapkan itu. Lepas satu, satu satu... Rupanya ia sama sahaja. Lngsung tiada beza. Segera, mudah, cepat. Segera dapat, mudah dpt, cepat hilang.

So.. Salah di mana yer semua ini? Yes, sudah pasti salah pd expectation aku sendiri. It is all the same. Input sama, proses sama, output pun sama la. Tiada beza, tp knp aku masih sakit? Tahu knp? Sbb expectation aku yg brbeza pd setiap ianya. Sepatutnya i did expect the same jln cerita, the same introduction n the same output. But itulah kehidupan. Jln ceritanya pasti sama walau menggunakan warna yang berbeza. So apa lg yg nk diharapkan kalau dh tau sendiri yg ianya sama sahaja. Apalah yg nk dihebohkan klau mmg trnyata jlnnya sama sahaja, langsung tiada beza? Persoalannya, will u step forward atau back off after seeing all these expected things? Will u? What say u

Monday, November 23, 2015

Jiwa 2

Awak, hidup di dunia ini penuh dengan cabarannya, awak. Lebih lebih lagi jika cabaran itu berupa "amaran" yang Allah turunkan supaya kita kembali mengingatinya, kembali menyedari akan adanya Dia yang sentiasa memerhati setiap langkah kita.

Awak tak tahu? Biar saya beritahu awak. Luka yang disebabkan oleh awak itu, jiwa yang sentiasa berdarah yang disebabkan oleh kerakusan penipuan awak itu. Sampai bila awak rasa awak boleh hidup dengannya? Sampai bila awak rasa awak boleh simpan kepura-puraan itu, penindasan itu.. Sikap sambil lewa awak, bahkan awak "enjoy" melihat orang lain menderita disebabkan perbuatan awak yang tiada langsung peri kemanusiaan itu. Awak tahu? Kanak- kanak seusia anak awak yang awak tinggalkan demi perempuan itu pun dah pandai berbicara tentang perikemanusiaan. Awak? Awak langkah perkataan dan maksud perikemanusiaan itu semata-mata mengejar populariti dunia, semata-mata mengenyangkan keperluan hormon awak itu yang pada pendapat saya hanya awak sahajalah agaknya yang tahu setakat mana kuasanya. Layakkah awak? Mampukah awak? Pernahkah walau sekali. Walau sekali? Awak cerminkan diri awak, dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki awak yang pernah terluka itu. Pernahkah awak cerminkan dan lihat jika ianya layak dengan diri awak yang penuh dengan nafsu cinta dunia itu.

Sampai bilakah awak mahu mengejar "dunia" ini. Sampai bila? Sampai awak tersungkur jatuh? Sampai nyawa tinggal separuh di kerongkong? Tidakkah awak gerun dengan amaran-amaran dari Allah itu? Tidakkah awak takut mengingatkan balasan yang dahsyat itu?

Awak, saya tahu awak berada di atas sekarang. Awak terasa gagah sekarang. Tapi tidakkah awak kasihan pada diri awak itu, berada di atas hanya disebabkan kejayaan awak "memijak-mijak" orang lain? Awak gagah hanyalah disebabkan oleh gagahnya orang yang awak pijak-pijak, yang awak aniaya mereka dengan tangan-tangan awak sendiri. Sedangkan hakikatnya, mereka yang awak pijak itulah! Yang selama ini menyokong segala apa yang awak ada sekarang. Segala apa yang awak rasa sekarang, kerana kesusahan dan penderitaan merekalah! 

Awak, mungkin usia awak telah matang dari segi nombor. Tapi awak tidak akan pernah sedar yang usia awak itu sebenarnya sedang menuju ke arah infiniti! Infiniti kerana awak pasti akan keseorangan pada suatu masa nanti. Awak.. Insan mungkin tidak dapat menyedarkan awak. Tapi tahukah awak adanya kuasa yang Maha Berkuasa di atas muka bumi ini. Yang dengannya kita patut sentiasa gerun, yang padanya kita serahkan segalanya.

Di saat saya menuliskan bait bait ayat ini, awak pasti sedang bahagia tertawa bersama "kenderaan" baru yang awak miliki tidak berapa lama yang lalu. Awak sanggup mempertaruhkan agama dan kasih sayang yang diberikan kepada awak semata-mata ego awak untuk memiliki "kenderaan" baru itu. Bagi saya, jika ianya berkaitan dengan diri seorang "awak", baru atau lama tetaplah tiada harganya. Tiada ertinya. Kerana awak seorang yang tidak akan pernah menghargai dan awak seorang yang tidak akan pernah memahami harga sesuatu yang berharga. Awak cuma faham, pandai dan bijak dalam hal ehwal yang berkaitan memuaskan nafsu keegoan awak itu. Awak sumbat ego awak sepenuhnya hingga kekenyangan yang menyebabkan awak sudah tidak mampu untuk membuat sebarang penilaian. 

Jadilah awak orang yang rugi. Orang yang sentiasa mengejar. Suatu hari nanti awak pasti tersedar yang apa yang awak kejar itu hanyalah ruang kosong. Semakin banyak yang awak bawa balik, semakin kosong ruang kosong itu. Semakin kuat awak berusaha, semakin payah untuk ruang kosong itu untuk dipenuhi. Ruang kosong itu adalah awak sendiri. Awak hanyalah sebuah ruang yang kosong, tiada makna dan tiada gunanya.

"Tah macammana idea datang selepas menyaksikan rakaman video penderitaan kanak-kanak Islam seluruh dunia. Kau bantulah mereka, ibubapa dan seluruh kaum kerabat saudara seislam kami di mana-mana.."


Friday, November 20, 2015

Jiwa 2

"Kenapa aku terlalu mudah untuk disakiti?"

Ok sampai di sini sahaja. Persoalan ini masih belum dapat aku figure out. Nak kena banyak melihat, assess, research dan fikirkan jawapannya.

Jiwa 1

Wahai awak. Murahnya harga 'cinta' awak. Opsss. Itupun jika ianya boleh digelar sebagai 'cinta'. Jika tidak, boleh tak saya beri ia satu gelaran-'hormon'. Yes, maybe awak keliru antara hormon dengan 'cinta'. Hormon maksudnya sembilan bulan dari sekarang, lahirlah hasil dari rasa yang awak anggap sebagai 'cinta' itu. Cinta sebenar hanya Allah yang tahu. Tapi bagi saya, cinta adalah jiwa yang dizahirkan keluar dari dalam diri di mana awak akan selepas itu tidak betah memandang hatta membayangkan yang lain kecuali cinta untuk yang satu itu. Awak keliru dengan frasa frasa yang saya titipkan di atas? Ya dah pasti awak keliru sebab awak memang seorang yang keliru sejak azali. 

Samada awak mengerti, awak faham atau awak perasan atau tidak, cinta awak  langsung tiada nilainya. 'Ada' tapi tiada. Pernahkah awak melihat bangkai anjing yang sudah mereput di tengah-tengah jalan yang awak lalui menggunakan mercedes baru hasil penipuan awak tidak berapa ketika yang lalu? Sekali lagi saya utarakan soalan ini kepada awak. Pernahkah awak melihat bangkai anjing di tengah2 jalan? Pasti tak kan? Kerana apa? Kerana ia sekadar bangkai, tersadai, tiada harga, tiada nilai, malah tidak ada membawa kebaikan kepada sesiapa. Jika ada kesan sekalipun, hanya sekadar untuk membuatkan orang geli dan jelik untuk memandang. 'Bangkai' itulah sebenarnya 'cinta' awak. Tiada harga, tiada nilai malah membawa mudarat kepada sesiapa yang melihat atau menghampirinya.

Saya minta awak berfikir barang sesaat dua. Awak pasti bertanya kenapa sesaat dua? Sempat atau tidak akal awak yang dikatakan orang sebagai 'genius' itu untuk memproses info-info atau soalan2 yang akan saya utarakan ini? Ya awak. Sesaat dua sudah cukup kerana sesiapa sahaja mampu memikirkan perkara ini. Siapa yang awak nak tipu? Siapa yang awak mahu persendakan? Siapa yang awak mahu persiakan?

Awak, saya tinggalkan awak dengan persoalan ini. Walaupun saya tahu awak tak kesahhhhhh pun kan. Sebab apa? Sebab..Your heart is made of metal and fire. 


"Idea yang tiba2 selepas dengar Ustaz Don di IKIM.fm"

Aku novelis?

Teringin menulis novel. Cum rasanya belum sampai masanya kreativiti itu menyerlah. Apapun, aku akan short postingkan frasa2 yang aku rasakan best atau baris-baris ayat yang sering menitip keluar dari jiwa ini saat menonton filem, melihat berita di fb, instagram, gossip yang sampai di telinga ini ( yg ni best, haha..), membaca short story atau dengan melihat 'lakonan' pentas dunia yang berbillion ragam ini. Satu hari satu frasa. Lama2 boleh la kot ye siapkan sebuah novel. 😁😁😁😁. Tp oppsss. Jgn tiru idea saya tauuuuu. Lagipun aku hnya sekadar novelis cipisan

'Gambar sekadar hiasan'

Monday, October 12, 2015

Slim & Sado (Day 1)

BMR = 1340.8
DCR = 1843.6
KALORI YANG AKU BOLEH AMBIL = 1843.6-550 = 1293.6 SAHAJA!!!

OK DAY 1 (12 OKT 2015)

BREAKFAST - 
1) CUCUR BADAK (2 g sebijik  4 bijik = 8g) - 21.13 kalori
2) Kuih Keria (2 g sebijik X 5 bijik = 10 g) - 23.66 kalori
3) Secawan milo 3in1  - 33 g = 129.91 kalori

**Weiii..gram cucuq badak dengan kuih keria tu macam nipuu jerrr.. Ok, satg lunch beli kitchen scale. hahaaaa

4) Semangkuk koeteow sup siam = 356.2 kalori. Ok. Aku cari dalam cekodok.com tkde koeteow sup siam. So, aku guna kalori semangkuk mihun sup utk kira kalori tu.
5) Kuih pau goreng (2 bijik) = 152 x 2 =304 kalori. Sama gak, pau goreng tkdk dalam listing, so aku guna kuih pau biasa punya kalori.
6)Donut  sebijik = 268.2. Ya Allahhhhhh.. Masa ni pun dh hampir limit kalori intake aku nih. Huhuhuhu...