Monday, November 23, 2015

Jiwa 2

Awak, hidup di dunia ini penuh dengan cabarannya, awak. Lebih lebih lagi jika cabaran itu berupa "amaran" yang Allah turunkan supaya kita kembali mengingatinya, kembali menyedari akan adanya Dia yang sentiasa memerhati setiap langkah kita.

Awak tak tahu? Biar saya beritahu awak. Luka yang disebabkan oleh awak itu, jiwa yang sentiasa berdarah yang disebabkan oleh kerakusan penipuan awak itu. Sampai bila awak rasa awak boleh hidup dengannya? Sampai bila awak rasa awak boleh simpan kepura-puraan itu, penindasan itu.. Sikap sambil lewa awak, bahkan awak "enjoy" melihat orang lain menderita disebabkan perbuatan awak yang tiada langsung peri kemanusiaan itu. Awak tahu? Kanak- kanak seusia anak awak yang awak tinggalkan demi perempuan itu pun dah pandai berbicara tentang perikemanusiaan. Awak? Awak langkah perkataan dan maksud perikemanusiaan itu semata-mata mengejar populariti dunia, semata-mata mengenyangkan keperluan hormon awak itu yang pada pendapat saya hanya awak sahajalah agaknya yang tahu setakat mana kuasanya. Layakkah awak? Mampukah awak? Pernahkah walau sekali. Walau sekali? Awak cerminkan diri awak, dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki awak yang pernah terluka itu. Pernahkah awak cerminkan dan lihat jika ianya layak dengan diri awak yang penuh dengan nafsu cinta dunia itu.

Sampai bilakah awak mahu mengejar "dunia" ini. Sampai bila? Sampai awak tersungkur jatuh? Sampai nyawa tinggal separuh di kerongkong? Tidakkah awak gerun dengan amaran-amaran dari Allah itu? Tidakkah awak takut mengingatkan balasan yang dahsyat itu?

Awak, saya tahu awak berada di atas sekarang. Awak terasa gagah sekarang. Tapi tidakkah awak kasihan pada diri awak itu, berada di atas hanya disebabkan kejayaan awak "memijak-mijak" orang lain? Awak gagah hanyalah disebabkan oleh gagahnya orang yang awak pijak-pijak, yang awak aniaya mereka dengan tangan-tangan awak sendiri. Sedangkan hakikatnya, mereka yang awak pijak itulah! Yang selama ini menyokong segala apa yang awak ada sekarang. Segala apa yang awak rasa sekarang, kerana kesusahan dan penderitaan merekalah! 

Awak, mungkin usia awak telah matang dari segi nombor. Tapi awak tidak akan pernah sedar yang usia awak itu sebenarnya sedang menuju ke arah infiniti! Infiniti kerana awak pasti akan keseorangan pada suatu masa nanti. Awak.. Insan mungkin tidak dapat menyedarkan awak. Tapi tahukah awak adanya kuasa yang Maha Berkuasa di atas muka bumi ini. Yang dengannya kita patut sentiasa gerun, yang padanya kita serahkan segalanya.

Di saat saya menuliskan bait bait ayat ini, awak pasti sedang bahagia tertawa bersama "kenderaan" baru yang awak miliki tidak berapa lama yang lalu. Awak sanggup mempertaruhkan agama dan kasih sayang yang diberikan kepada awak semata-mata ego awak untuk memiliki "kenderaan" baru itu. Bagi saya, jika ianya berkaitan dengan diri seorang "awak", baru atau lama tetaplah tiada harganya. Tiada ertinya. Kerana awak seorang yang tidak akan pernah menghargai dan awak seorang yang tidak akan pernah memahami harga sesuatu yang berharga. Awak cuma faham, pandai dan bijak dalam hal ehwal yang berkaitan memuaskan nafsu keegoan awak itu. Awak sumbat ego awak sepenuhnya hingga kekenyangan yang menyebabkan awak sudah tidak mampu untuk membuat sebarang penilaian. 

Jadilah awak orang yang rugi. Orang yang sentiasa mengejar. Suatu hari nanti awak pasti tersedar yang apa yang awak kejar itu hanyalah ruang kosong. Semakin banyak yang awak bawa balik, semakin kosong ruang kosong itu. Semakin kuat awak berusaha, semakin payah untuk ruang kosong itu untuk dipenuhi. Ruang kosong itu adalah awak sendiri. Awak hanyalah sebuah ruang yang kosong, tiada makna dan tiada gunanya.

"Tah macammana idea datang selepas menyaksikan rakaman video penderitaan kanak-kanak Islam seluruh dunia. Kau bantulah mereka, ibubapa dan seluruh kaum kerabat saudara seislam kami di mana-mana.."


Friday, November 20, 2015

Jiwa 2

"Kenapa aku terlalu mudah untuk disakiti?"

Ok sampai di sini sahaja. Persoalan ini masih belum dapat aku figure out. Nak kena banyak melihat, assess, research dan fikirkan jawapannya.

Jiwa 1

Wahai awak. Murahnya harga 'cinta' awak. Opsss. Itupun jika ianya boleh digelar sebagai 'cinta'. Jika tidak, boleh tak saya beri ia satu gelaran-'hormon'. Yes, maybe awak keliru antara hormon dengan 'cinta'. Hormon maksudnya sembilan bulan dari sekarang, lahirlah hasil dari rasa yang awak anggap sebagai 'cinta' itu. Cinta sebenar hanya Allah yang tahu. Tapi bagi saya, cinta adalah jiwa yang dizahirkan keluar dari dalam diri di mana awak akan selepas itu tidak betah memandang hatta membayangkan yang lain kecuali cinta untuk yang satu itu. Awak keliru dengan frasa frasa yang saya titipkan di atas? Ya dah pasti awak keliru sebab awak memang seorang yang keliru sejak azali. 

Samada awak mengerti, awak faham atau awak perasan atau tidak, cinta awak  langsung tiada nilainya. 'Ada' tapi tiada. Pernahkah awak melihat bangkai anjing yang sudah mereput di tengah-tengah jalan yang awak lalui menggunakan mercedes baru hasil penipuan awak tidak berapa ketika yang lalu? Sekali lagi saya utarakan soalan ini kepada awak. Pernahkah awak melihat bangkai anjing di tengah2 jalan? Pasti tak kan? Kerana apa? Kerana ia sekadar bangkai, tersadai, tiada harga, tiada nilai, malah tidak ada membawa kebaikan kepada sesiapa. Jika ada kesan sekalipun, hanya sekadar untuk membuatkan orang geli dan jelik untuk memandang. 'Bangkai' itulah sebenarnya 'cinta' awak. Tiada harga, tiada nilai malah membawa mudarat kepada sesiapa yang melihat atau menghampirinya.

Saya minta awak berfikir barang sesaat dua. Awak pasti bertanya kenapa sesaat dua? Sempat atau tidak akal awak yang dikatakan orang sebagai 'genius' itu untuk memproses info-info atau soalan2 yang akan saya utarakan ini? Ya awak. Sesaat dua sudah cukup kerana sesiapa sahaja mampu memikirkan perkara ini. Siapa yang awak nak tipu? Siapa yang awak mahu persendakan? Siapa yang awak mahu persiakan?

Awak, saya tinggalkan awak dengan persoalan ini. Walaupun saya tahu awak tak kesahhhhhh pun kan. Sebab apa? Sebab..Your heart is made of metal and fire. 


"Idea yang tiba2 selepas dengar Ustaz Don di IKIM.fm"

Aku novelis?

Teringin menulis novel. Cum rasanya belum sampai masanya kreativiti itu menyerlah. Apapun, aku akan short postingkan frasa2 yang aku rasakan best atau baris-baris ayat yang sering menitip keluar dari jiwa ini saat menonton filem, melihat berita di fb, instagram, gossip yang sampai di telinga ini ( yg ni best, haha..), membaca short story atau dengan melihat 'lakonan' pentas dunia yang berbillion ragam ini. Satu hari satu frasa. Lama2 boleh la kot ye siapkan sebuah novel. 😁😁😁😁. Tp oppsss. Jgn tiru idea saya tauuuuu. Lagipun aku hnya sekadar novelis cipisan

'Gambar sekadar hiasan'

Monday, October 12, 2015

Slim & Sado (Day 1)

BMR = 1340.8
DCR = 1843.6
KALORI YANG AKU BOLEH AMBIL = 1843.6-550 = 1293.6 SAHAJA!!!

OK DAY 1 (12 OKT 2015)

BREAKFAST - 
1) CUCUR BADAK (2 g sebijik  4 bijik = 8g) - 21.13 kalori
2) Kuih Keria (2 g sebijik X 5 bijik = 10 g) - 23.66 kalori
3) Secawan milo 3in1  - 33 g = 129.91 kalori

**Weiii..gram cucuq badak dengan kuih keria tu macam nipuu jerrr.. Ok, satg lunch beli kitchen scale. hahaaaa

4) Semangkuk koeteow sup siam = 356.2 kalori. Ok. Aku cari dalam cekodok.com tkde koeteow sup siam. So, aku guna kalori semangkuk mihun sup utk kira kalori tu.
5) Kuih pau goreng (2 bijik) = 152 x 2 =304 kalori. Sama gak, pau goreng tkdk dalam listing, so aku guna kuih pau biasa punya kalori.
6)Donut  sebijik = 268.2. Ya Allahhhhhh.. Masa ni pun dh hampir limit kalori intake aku nih. Huhuhuhu...

Friday, June 12, 2015

Tukar ubat


Akhirnya!... Aku beranikan diri untuk tukar Cymbalta. Kenapa? Sebab aku dah consume cymbalta ni for almost 1 tahun 6 bulan! Dah lama kot kan. Ye.. Memang berkesan. Tapi bila makan je berkesan. Hari yang aku tak amik ubat ni, terus kepala rs dizzy, otak delay dan mcm2 lg rasa yang tak menyeronokkan. Huhu..

Dan ada dua sebab utama yang lain uang menyebabkan aku keraskan hati untuk tukar ubat ni. Yg pertama, aku tak dapat nak berry atau buang air besar. 😫😫😫. Kiranya perut pun rasa sgtla tak sedapnya dan nampak boncit je. Itu la yang paling palin paling aku menci. Yang kedua dan yang paling penting adalah..... Weight gain. Ini yang paling tidak aku gemari. Berat aku naik dari 55 kg ke 60 kg!!!! Oh no no no no!!!!! Tak nak tak nak tak nak sangat sangat sangat.

Selepas consult dengan doktor wan semalam, doktor cdgkan aku untuk ambil Seroxat. Sejenis ubat anti anxiety yang lain. Aku siap request dgn doktor, saya taknak ubat yang boleh sebabkan gemuk. Pls ye doktor. 😅😅😅. Mcmmn aku tak tuduh Cymbalta yg mnyebabkan weight gain ni, aku dah jaga makan, dah senaman, tapi kenapa berat naik? Tak ke pelik tu. huhu

So, malam tadi lepas bgtau husband aku pasal hal tukar ubat ni, aku dengan terketar2 telan seroxat tu. Ya Allah... Moga dipermudahkan. Moga selamat semuanya. Moga tkde la side effect seteruk Lexapro dlu. Takutnya la.

Aku tak pulak timbang berat bdn aku ni. Tapi pasti sama 60 kg. takpe, lagi dua tiga hari nanti aku cuba ukur balik. Makan malam tadi, tengah2 malam ok. Takde terkejut jaga atau apa. Tapi bangun pagi tadi lebih kurang 5.16 pagi, terasa bdn ni mnggigil. Terasa letih. Tapi lepas aku gagahkan diri untuk bangun, ok plk. Otak terasa penuh jugak, dizzy ada tapi skit2 ja rsnya. Yg pasti otak tak dapat nak
Bertikir sangat, otak mcm letih sangat. 

Pagi sarapan dengan nasi lemak. Tkde plak tak selera atau lalu makan sangat. Aku makan sebungkus nasi lemak bilis telur tu. Kemudian ovaltine satu sachet. Mengantuk sangat 2 jam lepas tu. aku tertidur, bila trjaga terasa sgt letih fizikal dan otak ni. Bangun, makan pelam sebijik. Siap2 mndi solat then p kendyri. Kat knduri makan mihun, laksa dn kuih tepung talam 1/2 biji. Rsnya selera tk
Ganggu setakat ni.

P kenduri tadi, blh bwk keta. Ok.. Penat dah taip. Esok plk cerita pasal benda baru ni.


Gambar masa kenduri tadi.

Sunday, February 22, 2015

Sakit itu lagi-coretan dari sebalik pintu itu..

Sesekali dikau menjengah memberi segaris senyuman di wajah yang sudah berapa lama tiada senyuman ini...

Betapa sukarnya senyuman itu untuk terukir di bibirku. Sejak penyakit berkaitan fikiran itu aku hidapi, tiada lagi senyum yang dapat aku ukirkan, tiada lagi tawa yang mampu aku keluarkan. Aku seolah tidak pernah mempunyai pengalaman ketawa dalam hidup, sebelum ini..ketawa telah hilang dari kamus kehidupan seorang aku. Hanya kebimbangan yang menguasai setiap inci kehidupan sekarang ini. Sebab itu, nama sakit ini anxiety disorder. Kebimbangan, kerisauan yang tiada pernah bertepian. Tuhanku, bawa daku supaya dapat aku hirup udara segar itu...

Kasihan anak2... Mama mereka seolah hilang entah ke mana. Tenggelam di lautan dalam diri sndiri. Terkapai2 cuba mencari daratan. Moga dapat lah bernafas dengan tenang di situ. Maafkan mama Danial, maafkan mama Umar...mama tidak pernah langsung ada niat itu-untuk mengabaikan kamu berdua. Sedangkan kamu berdualah satu2nya harta mama dunia akhirat. Sayang mama...tolong ampunkan mama. Mama tiada niat untuk meninggalkan kerja sekolah kalian tanpa pengawasan, mama tak berniat untuk tidak mengajarkan iqra pada setiap malam yang sepatutnya. Juga mama langsung tak berniat untuk membiarkan kalian bermain cuma berdua..tanpa ada gelak tawa mama bersama kalian. Setiap malam...mama hanya dapat mendiami bilik tidur mama-samada bermeditasi atau menenangkan dada yang kepenatan ini sayang-sayang mama....ayah pun mama biarkan menonton tv, makan dan buat air sendiri. Tiada langsung mama di sebelah ayah di situ. Pada setiap hari sayangku.... Kerana yang penting pada mama....mama masih dapat bernafas, mama di bilik semata2 untuk.mengambil.nafas itu. Seolah2 nyawa mama akan diambil dalam beberapa ketika kemudian-pada setiap hari. Malah setiap saat sayangku....

Danial, umar, abang.....tolong maafkan mama...

Setiap keping foto.....aku telah mencuba sebaik mungkin untuk.nampak sihat dan bahagia....