Monday, August 1, 2011

Percakapan dan Tindakan Yang Tiada Limit

(***Mode marah hari ni***)

Sekali-sekala dalam hidup ini Allah uji kita dengan perangai manusia yang kadang kala sukar ditangani. Hmmmm..maksud aku sukar ditangani dengan reaksi positif dan dengan tindakan yang baik. Mau mau katok pala biaq bergegar sikit otak tu, baru kot sedar 'eh aku ni hidup di muka bumi ini buat sementara waktu sahaja", dan disambung lagi "tah hari ni esok atau lusa dipanggil menghadap Ilahi"

***Mode marah lagi nih***

Bukan apa. Pada aku ada sesetengah orang tu sikap hormat-menghormati orang lain dah tiada dalam kamus jiwa dia (sakit jiwa apa!). Semua yang dia rasa dan fikir, dianggapnya betul. Jadi semuanya dikeluarkan dihamburkan kepada orang di sekeliling (tak ada filter lagi dah ni). Bercakap ikut suka nafsu ja, bukan bercakap untuk membawa kebaikan, malah mengundang bala dan kesakitan. Lagi-lagi kalau orang yang dilawan cakap tersebut mengambil jalan tengah dan bersikap "biaq pi kat hang, malas aku nak layan kepala sewel hang".

Satu ja aku nak bagitau dengan orang-orang macam ni-dunia ini sementara, mungkin apa yang awak cakap tu tak betul pun, tapi disebabkan orang dah malas layan sikap yang mengada-ada+banyak cerita+menyusahkan sepanjang masa, orang dah jadi malas nak kata apa. Kalau ada perkataan yang boleh dituturkan pun, orang akan diam sahaja, ibarat kata pepatah "Mencurahkan air ke daun keladi". Dah itu yang awak fikir, itulah jadinya. Orang lain fikir atau buat macam mana sekalipun, tetap salah juga pada pandangan mata orang yang seperti ini.

Seringkali aku berhadapan dengan manusia yang sebegini, bebal, cerewet, itu ini, kadang-kadang sengaja fikir bukan-bukan, kadang-kadang tak tahu diri bercakap dengan siapa. Huh! Walau dengan siapa pun kita bercakap, gunalah bahasa yang elok-elok. Tak elok guna bahasa yang orang tak suka dengar, lainlah kalau orang tu maki hamun awak ke apa. Masa tu barulah kita kuatkan suara sikit. Tapi seeloknya kena jugak gunakan cara Rasulullah mendidik-gunakan cara berhikmah. Aduh! Betapa sukar menggunakan cara 'berhikmah' tersebut, apabila hanya terdapat di situ satu pihak begitu gah,satu pihak lagi menggunakan bahasa san lenggok yang agak lemah gemalai gitu. Tak sesuai ajer nampaknya.

Hai..Tah melalut apa aku kali ni. Punya la geram kat orang yang bercakap main terjah, ikut suka wajah, tak kira bercakap dengan kawan ke, mak ke ayah ke, cikgu ke anak-anak ke atau bos ke. Semuanya nak serba hentam keromo.

Pada pandangan aku, puak-puak ni berani menjadi "agak kurang ajar" kerana tiada siapa melawan (kes malas layan). Orang tak melawan, tak bermaksud kita ni betul atau dah besar kepala sangat dah. Macam peribahasa mencurah air ke daun keladi tadi. tak guna rasanya melawan cakap dengan orang yang hanya mahu mendengar bahsa dari mulutnya sendiri, bahasa orang lain semuanya "boleh jalan laa!"

Asal nak ikut kepala sendiri? Bagi aku kalau nak ikut kepala sendiri (tanpa mengenangkan kemaslahatan ummah/kelompok), tak payah duduk dalam kelompok. Bungkus kain baju, ubat gigi, berus gigi, selimut - pergilah berumah kat dalam gua. Kat situ tak ada siapa yang akan kesah apa kau buat, apa kau cakap, apa kau nak. Semua ditentukan sendiri. Nak makan tak mau cuci tangan ke, nak basuh baju dalam bilik tidur ke, pendek kata buatlah apa pun, tak akan memberi kesan kepada sesiapa. Ini tidak. Nak duduk kat bandar-bandar, nak makan kat hotel-hotel besar, nak keje kat pejabat yang juta-juta, tapi hampeh. Nak duduk buat hal sendiri.

Ahh. Banyak gila coretan aku. Masih mode marah lagi ni, tapi aku nak stop kejap. Nanti dok bermaharajalela pulak "syaitan-syaitan" di bulan puasa ini. Syaitan ni lagi bahaya. Boleh tengok jasad, kepala hitam.