Itulah jalan yang mak ayah aku lalui dulu. Itulah yang jalan yang tok tokwan aku jalani dlu, itulah jalan yang semua ibuayah lalui dulu, sedang dan akan lalui dinkemudian hari. Dah namanya pun dunia ini bulat. Apa yg orang dulu rasa, lambat laun kita pasti akan turut rasai.
Tapi apa yang membezakannya antara kita semua adalah sikap dan cara kita menerima dan menangani keadaan tersebut. Ada yang terus marah, ada yang cool dulu, ada yang berjaya atasi pada masa tu jugak ( ohh yang ni heaven kannn). Bagi aku pula, aku hadapi dulu, analisa situasi, lepas tu ambik keputusan samada nak buat cara halus atau cara sedikit kertas pasir, haha.. Kalau cara halus, mesti kena pujuk dlu, beri sedikit kata2 nasihat, panggil, peluk.
Tapi kalau yang tu nampak mcm nk fail je, atau mood sendiri ke laut, aku akan start dengan panggil nama dulu, panggil duduk dekat aku. Selepas 3 saat tak jugak berganjak dari situ!!!! Haaaaa!! Mulalah proses bertukar jadi superpower rangers, gaban, pendekar bujang lapok apa semuanya lah.
Hihi.. Lucu la jugak bila dikenangkan tindakan spontan aku menangani si umat dan danial tu. Cuma yang langsung aku tak boleh nak buat- pukul depa walaupun sekadar pukul utk mereka berhenti dari buat perangai. Dari buat benda annoying. Memang bkn jenis marah-rotan punya type ibu aku ni. Sbb apa. Last2 aku jgk yg penat sbb mnyesal kannn