Saturday, March 10, 2012

Aku malas layan orang banyak songeh. Apa yang penting, I'm on the right track! I follow all the guide that has been suggested in Islam. Yang lain-laintu, ikut suka laaa..lalalalalalla..

Thursday, March 8, 2012

Oh Insan...

Satu yang aku paling suka tentang personal blog adalah, aku boleh tulis apa saja yang aku suka. Aku boleh kata apa sahaja yang aku mahu. Anyway, its my personal blog kan..So I put every personal experience I've been experiencing all these days. Aku tak suka nak update-update dalam status facebook, mengata orang itu mengata orang ini. Bercerita benda yang tak benar - mengumpat namanya, bercerita benda yang benar-benar berlaku - mengata namanya. Ish tak nak aku, Status dalam fb akan sentiasa dibaca orang 24 jam sehari,365 hari setahun. Katalah kita akan hidup 35 tahun lagi, kiralah - berapa hari orang akan baca status mengata kita tu. Just everyone realize, segala jenis makhluk akan browse fb mereka setiap hari. Semua yang bersangkut paut dengan kita akan baca. Dan sememangnya sahlah kita update status mengumpat untuk umpat orang yang berada dalam friendlist masing-masing. Sememangnya sah dan nyata, fb is a place for a coward type person to talk bad thing about other ppl. Kita menggunakan salah satu tools musuh-musuh Allah untuk menjatuhkan orang Islam sendiri. What a slack! (Tah ayat apa daa aku guna).

Ada lagi ni..Nasib la sapa yang baca dan terasa. Its my personal blog ok! This is the only place I could shout my thought out! Tah hapa-hapa lagi ayat. Peduli apa aku. Aku tak suruh sapa-sapa baca pun kan..Kalau ada yang terasa, better get out from this place this very second! Out Out out!

Ha ha ha..Lucu dan lucu dan lagi lucu betul!Kadang-kadang orang menggunakan alasan yang pelik-pelik untuk excuse from her/his resposibility.

Dialog :

Hamba Allah 1 : A, tolong jumpa client next weekend. Ada client datang dari Singapore

A    : Ish tak boleh la. Saya kena jaga anak.

Hamba Allah 1 : B, boleh tolong?

B    : Husband saya ajak dinner malam tu. So letih la kalau siang tu jumpa client.

Hamba Allah 1 : C, awak boleh yer?

C    : Kucing saya dah 4 bulan, sikit lagi nak beranak.

Hamba Allah 1 : D, awak la yer?

D  : Ooo. tak boleh, tak boleh, dua hari sebelum tu saya ke Brunei, bercuti bersama keluarga. Penat la..


3 bulan kemudian.....

 Hamba Allah 1 : A, tolong jumpa client next weekend. Ada client datang dari Singapore


A : Ish tak boleh la. Saya kena jaga anak.

Hamba Allah 1 : B, boleh tolong?

B : Husband saya ajak dinner malam tu. So letih la kalau siang tu jumpa client.

Hamba Allah 1 : C, awak boleh yer?

C : Kucing saya dah 4 bulan, sikit lagi nak beranak.

Hamba Allah 1 : D, awak la yer?

D : Ooo. tak boleh, tak boleh, dua hari sebelum tu saya ke Brunei, bercuti bersama keluarga. Penat la..


 Lagi 3 bulan selepas itu...
 
Hamba Allah 1 : A, tolong jumpa client next weekend. Ada client datang dari Singapore


A : Ish tak boleh la. Saya kena jaga anak.

Hamba Allah 1 : B, boleh tolong?

B : Husband saya ajak dinner malam tu. So letih la kalau siang tu jumpa client.

Hamba Allah 1 : C, awak boleh yer?

C : Kucing saya dah 4 bulan, sikit lagi nak beranak.

Hamba Allah 1 : D, awak la yer?

D : Ooo. tak boleh, tak boleh, dua hari sebelum tu saya ke Brunei, bercuti bersama keluarga. Penat la..


Hamba Allah 1 : Eh eh! Macam la aku tak ada anak, macam la anak aku dah besor2 semuanya, tak perlu dukung, tak perlu basuh berak, tak perlu disusukan...Macam la aku tak ada mak bapak yang perlukan perhatian, macam la aku tak ada isteri yang perlu belaian???? Asyik berkorban berkorban berkorban, apa yang aku dapat? Cacian orang? Kata isteri aku, "abang, tetapkan prinsip yang awak pegang. Awak dah ikut segala saranan daripada ustaz dan ustazah yang awak pernah ikuti kan? Awak cakap nak jadi orang baik.

"Pada zaman sekarang, kebaikan akan dibalas dengan kejahatan, dan kejahatan akan dibalas dengan keiblisan"

"BALASLAH KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN DAN KETULUSAN, JALAN KE SYURGA TIDAK DIHAMPARI DENGAN PERMAIDANI MERAH SETEBAL 6 INCI. JALAN KE SYURGA PENUH SEGALA DURI DAN BISA, KERANA DENGAN DURI DAN BISA ITULAH, JANJI ALLAH PASTI DIPEROLEH"




 

Wednesday, March 7, 2012

Orang Yang Ber'sabda' Ikut Acuan sendiri

Banyak sangat post yang aku baca di facebook sejak sekian lama dan ada kesimpulan sendiri tentang satu perkara ini - Banyak posting tentang kebaikan yang membawa keburukan - terutama kepada diri sendiri.

Apa yang dapat aku perhatikan, ramai sangat pengguna facebook yang update status baik-baik. Contoh : "Allah suka orang yang sabar", atau "jadilah pohon yang rendang, supaya dapat memayungi orang lain". Ayat-ayat seperti itu disusuli dengan ayat lain seperti "Allah suka orang yang sabar, jadi bawa-bawa bersabarlah ye.." "Aku tak sempat nak bayar hutang 5 tahun lepas". Ayat ditujukan kepada seseorang atau sekelompok orang yang berkenaan. Banyak juga ayat memerli yang ditujukan kepada orang lain dalam 'friendlistnya'. Hakikatnya, ayat-ayat yang indah itu ditujukan kepada orang lain. Dia sendiri hanya sekadar mencedok mana-mana yang patut yang memberi kebaikan kepadanya sahaja. Bak kata orang belajar tak habih. Teringat aku dengan satu drama bersiri di bawah slot Zehra, memaparkan Eman Manan sebagai Ustaz Shauki. Ustaz Shauki ni wataknya asik nak mengkonpiuskan orang, sampaikan aku sendiri pun jadi konpius dan emosi. Dia ustza, tapi pada akhirnya aku nampak dia semakin 'buas' mengeluarkan hujah-hujah yang bersandarkan al-quran dan sunnah di mana segala hujah-hujah yang dipilih olehnya adalah untuk kebaikan diri sendiri. Ayat al-quran tentang poligami, tentang kepatuhan seorang isteri kepada suami. Dia akan mengambil apa-apa sahaja ayat yang akhirnya memberi kebaikan kepada hanya dirinya seorang. Lebih parah lagi dia adalah seorang ustaz yang ramai pengikut. Sudah pasti hujah-hujahnya disegani dan digunapakai. Padahal semua hujahnya adalah diambil semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri.

Perkara sama berlaku di status-status facebook. Aku sampai jadi malu nak membacanya. Takut pun ada. Semua ayat dicedok daripada al-quran, sunnah dan daripada ajaran ustaz atau imam samada daripada ceramah-ceramah agama yang diadakan di surau, masjid sehinggalah daripada media seperti TV dan radio. Segala ayat yang diupdate pada status masing-masing nampak 'real' kerana ia sememangnya realiti. Memang itupun yang disarankan. Tapi malangnya ayat di status tersebut diupdate semata-mata untuk memalukan orang lain, semata-mata untuk menjatuhkan maruah diri orang lain. Semua itu dibuat semata-mata bagi kepentingannya sendiri. Bak kata pepatah melayu, ketam yang ingin mengajar anaknya berjalan lurus, padahal diri sendiri lebih teruk daripada itu.

Aku boleh buat kesimpulan sendiri di sini. Majoriti mereka yang update status yang mengandungi hujah-hujah bersandarkan agama adalah mereka yang jahil dalam agama. Especially apabila di akhirnya ada kata-kata yang kurang enak dibaca, bertujuan untuk menjatuhkan harga diri sesiapa. Diri sendiri gagal menunaikan tanggungjawab sebagai anak,isteri,suami,bapa,ibu, adik, kakak,peniaga,pembeli,staf,bos,kakitangan awam atau kakitangan swasta. Tapi dalam fb, nampak 'alimmm' sangat. Padahal realiti, hanya tahu maki hamun dan goyang punggung. Untuk orang lain, semuanya tak boleh tak boleh tak boleh. Tup-tup untuk diri sendiri, eh mana boleh buat macam tu, patutnya buat macam ni...Hahahahaha...Lawak la orang yang macam ni.

Kita seringkali lupa tanggungjawab kita pada orang lain, pada ibu, pada bapa, pada rakan, pada kerja..Tapi kita seringkali ingat pula tanggungjawab orang lain pada kita. Punyalah banyaknya ayat dalam dunia ni yang boleh dicedok, boleh diguna, ayat yang kau boleh guna untuk kepentingan diri sendiri dan ayat yang boleh guna untuk memalukan atau menjatuhkan orang juga yang dipilih. Inilah peringatan kepada kita umat di akhir zaman. Kita akan dicelarukan oleh identiti orang-orang yang seperti itu. Mereka tidak mahu memberi kebaikan kepada orang lain,tetapi mengharapkan orang lain supaya berbuat baik kepada diri mereka. Begitukah Islam?

Aku pernah mendengar satu kata-kata daripada segmen Mukmin Profesional yang ke udara melalui radio IKIMfm.