Best best best! Akhirnya aku telah berjaya mendapatkan Treatment Essence@Air Ajaib keluaran SKII nih. Dah lama sangat nak cuba nak cuba nak cuba tapi tak tercuba. Kenapa tak berani cuba ker? Memang tak berani, mahal kannnn..risiko tinggi tu kalau tak berkesan, huhu..
Ada la ceritanya macam mana aku boleh confident nak beli treatment essence ni. Alkisahnya kakak aku dah lama guna produk nih, katanya berkesan sangat untuk kulit dia, aku pernah juga kenen-kenen dia punya SKII tu, tapi mcm tkder apa kesan pun. Kot sebab aku guna sikit jer tu yang tak nampak kesannya. Suatu hari tu dia minta aku belikan kat dia set SKII nih yang berharga RM199 (semua orang tau kot promosi nih kan, habaq p laa kat sini). Dalam set tu ada treatment essence, clear lotion dan sekeping mask. Dalam aku dok tunggu amoi kaunter SKII nih bungkus barang yang aku beli untuk kakak aku tu, aku pun buat-buat la ramah-tamah tanyakan tentang keberkesanan treatment essence nih. Dia kata "u cuba la satu kotak dulu". Aku cakap balik "Uiiii..mahal tu..kulit i ni manja, tak semua produk sesuai. Dulu i pernah guna Clinique, Shiseido, Estee Lauder, semua tu tak sesuai dengan i, last-last i bagi kakak i, rugi ooo macam tu". Then terus si amoi ni balas, "macam ni la, i bagi u satu botol kecik produk ni untuk percubaan. Boleh tahan dalam seminggu macam tu. Kalau ok u datang la beli yang set promosi ni". Dalam hati aku "he he he ....menjadi jugak trick aku" (ker orang lain pun guna trick ni, ah ok la tuuu...
Dipendekkan cerita aku pun cubalah guna treatment essence yang diberi dalam botol kecik tu, hmmmm..berkesan pulak kali ni, malah sangattttttttt.....berkesan. Uiii...over betul. Bestnyer....Muka aku kan...dah jadi clear dan hilang ranap semua cela-cela kat wajah aku ni. Nampak la serinya, seperti matahari yang keluar di waktu pagi semasa aku hantar Danial ke sekolh tuuuu...hehe. Ditambah pula dengan Innershine pati prune yang aku amalkan selama ni, hmmmmm...memang enak bangetttt. Asik, asik....
Sekarang ni aku pun dah beli set tu satu. Aku dah guna kesemua produk yang didatangkan dalam pek tu, tapi yang paling comell dan berkesan tentulah treatment essence itewww...
Ilovehowilooknow.hehehehe...
Wednesday, August 29, 2012
Sunday, August 26, 2012
Title : Malas pulak nk fikir title
Pagi servis chery, pastu servis rumah, servis anak-anak, servis kucing (hah kucing pun kene servis ker? mesti laa, kalau tak servis kucing, kang wangi semerbak rumahku ini). Sebut pasal kucing kan..aku rasa psiko jugak dengan perangai encik suamiku sejak akhir-akhir ini. Kat rumah ada sekor anak kucing, itu ok lagi. Pastu tetiba datang sekor kucing bunting lalu berani-beraninya ia beranak kat rumah aku ini. Bila terlihat oleh encik suamiku, apa lagi punyala excitednyerr die nak jaga kucing2 tu. Dan yang aku paling terasa sehingga ke ulu hati ini adalah cara dia layan baby-baby kucing tuh - macam layan baby sendiri pulak. Waaaa....sangat meruntun jiwa...Wahai sayang...sayang nak baby lagi ek? Huhu...
Ni mmg aku betul2 nak menjerit, tapi takut nnti org cakap giler ke apa yatie ni..so aku jeritkan kat sini jer laa...sekurang-kurangnya aku lepaskan juga perasaan terbuku ini. ------Encik suamiku dah lama berhenti dari bertanya "awak, bila Umar nak dapat adik?". Huhu....
Yang sebenarnya...aku juga teringin sangat la nak pegang dan cium dan gomol2 baby lagi. Sangat mau, tapi.....macam-macam ketakutan yang menyesakkan mindaku-takut mengandung ada komplikasi nanti kena dok wad, takut bp naik nanti doktor masukkan tah apa ubat aku sendiri tak tau-yang aku tau ubat tu sangtlaaaa menyakitkan, takut menjadi lemah kerana pompuan mengandung memang la tak blh berdiri lama-lama, duduk lama-lama, baring lama-lama pun lenguh. Mak pula sayang sangat kat aku agaknya (hehe perasan!). Mak selalu cakap sudah la cukup la dengan 2 orang tu Danial dan Umar. Kalau mengandung macam-macam penyakit nak datang hinggap. Alahai...susah juga kalau orang sayang kita ek..Hihi perasan lagi sekali mama danial dan umar nih.
Sudahnya Umar dah masuk 4 tahun 9 bulan, tapi masih jadi anak bongsu.hehe...Soalan bila nak dapat Maryam Khadeeja (ops terpecah rahsia sudahhh) tinggal soalan ajer. Nama dah ada tuannya jer belum ada lagi.
Ish macam mana la kawan-kawan yang beranak 5 orang, 6 orang, 8 orang pun ada! Sedangkan aku yang 2 orang ni pun heboh satu negeri Kedah Darulaman nih. Kebetulan masa jalan-jalan cari kain untuk dijahit pada tudung pagi tadi, aku terserempak sorang rakan sekolah. Anak dah 5, 4 pompuan, sorang lelaki. Ish jeles juga aku kat dia, macam mana dia manage kehamilan, macam mana dia manage segala perasaan takut tengok jarum picagari, spatula (eh apa ni) apa segala, macam mana dia manage to handle all those young kids yang dia ada. Dan macam mana aku takut menghadapi semua itu. Hmmmm..ker takut jarum....Yup itu yang pertama, takut sangat dengan jarum dan segala prosedur kat spital. biarla bersalin kat spital gomen ker swasta ker, mana-mana pun sama. Tools yang dia guna sama saja, sakit yang diterima sama juga. Tapi...oh sampai bila nak takut? Takkan sampai bila-bila? Huhu...
Tahun lepas aku cakap dengan diri sendiri- tahun ni dpat la Maryam Khadeeja, tapi tahun ni aku cakap lagi-tahun depan pasti ada Maryam Khadeeja. Adoyaiii...Iguessmyhusbandhastotrickmetogetanewbaby!Hehehe...
Wahai seluruh isi alam, doakanlah hatiku kuat untuk mendapatkan Maryam Khadeeja itu...hihi.....
By the way, dah raya raya ni, mesti nak ada gambar raya ek...

Adik selalu macam ni-pelbagai reaksi wajah |
Haa macam ni baru elok skit |
Add caption |
abang pulak cium tangan adik? |
belum sempat beraya adik dah tidor |
masa ni abang tengah merajuk, so memang tkder gambar ber-4 tahun ni |
Subscribe to:
Posts (Atom)