Nak tergelak aku baca satu artikel tentang rahsia cantik Rozita Che Wan yang dipostkan kat blog ni. Tentang isu artis jelita nan sorang ni yang dikatakan mempunyai pantang pelik iaitu tak boleh langkah longkang dan tak boleh lalu/berjalan bawah penyidai. Ada yang kata dia pakai susuk, sebab tu tak boleh langkah longkang dan lalu bawah penyidai.
Lucu bila difikirkan, sebab....aku pon berpantang macam tu jugak terutama lalu bawah penyidai tu, hehehe..Mungkin pantang macam ni hanya orang Kedah je yang amalkan kot.
Sebenarnya kan, pantang penyidai tu sejak kecil lagi aku dah ikut. Dah terbiasa, sedar-sedar mak aku dah melarang lalu bawah penyidai. Time kecik-kecik dulu, kalau ter'lalu' kat bawah penyidai, pasti aku patah balik dan lalu ikut sebelah penyidai tuh, bkan di bawahnya. Pasti ramai yang bertanya, apa ke rasionalnya tak boleh lalu bawah penyidai nih? Haha. Kata mak aku, kalau kita lalu bawah penyidai, nanti otak jadi lembab dan bebal! Hah aku yang kecik lagi time tu memang percaya habih bab pantang penyidai ni, takut gak jadi seperti yang dikatakan mak aku tuh. Dan petua ni aku ikut sampailah sekarang, dah terbiasa orang kata. Sebab tu bila terbaca tentang petua Rozita Che Wan tentang hal yang sama ni, jadi lucu pulak aku. Lucu tang "pakai susuk" tu.
Lagi satu petua Rozita tentang tak langkah longkang. Aku dulu pernah ada sorang kawan yang mak dia ni bidan kampung. Time dia tengah mengandung , memang pantang gila bab ni, pantang langkah longkang. Kata mak kawan aku ni, takut "benda" tak elok "sapa" baby dalam perut tu atau ibu yang bawa baby tu. Time dia dalam pantang, lagi laaa tak boleh langkah longkang. Rupa-rupanya kan, ada banyak version tentang pantang langkah longkang ni di Kedah. Macam version family Rozita pulak, baik tengah mengandung ke, dalam pantang ke atau dok saja-saja pun, memang tak boleh langkah longkang yer. Huh, kritikal gak tu. Tapi kalau difikirkan sebenarnya ada juga logiknya. Petua orang dulu-dulu banyak berkisar tentang menghindari "makhluk halus". Kan ke longkang tu banyak bende kotor,dan kan ke "makhluk-makhluk" tu suka sangat bende-bende kotor nih. So pasti ada orang-orang tua dulu yang memulakan pantang melangkah longkang ini untuk kebaikan anak-anak perempuan mereka, AGAKNYALAH.
Maybe it goes the same thing about pantang penyidai yang mak aku suruh ikut sangat tu. Maybekan, "bende-bende" gitu suka penyidai kot, mana la tau kan. Hehe..So sapa je lalu bawah dia, mana tau disergahnya ke apa. Kan ke susah tu nanti. AGAKNYALAH.
So, kesimpulannya kena la selalu baca ayat kursi berserta 3 Qul sebagai penghadang dari "bende-bende" gitu. Insyaallah selamat...