Jumaat lepas kami buat decision untuk bawa anak-anak jalan-jalan - kata orang cara ni boleh mengembangkan minda anak-anak. Kami jarang sekali dapat bawa Umar dan Danial jalan-jalan disebabkan nature keje ayah - cuti sekali jer seminggu dan tak ada cuti lain! Cuti sehari tu pun kadangnya hari Jumaat, kadang-kadang Selasa, ada jugak tu hari Sabtu. Disebabkan aku tak nak gangu en suami berehat time cutinya, so jarang yang amat aku minta dia bawa kami ke mana-mana. Melainkan dia yang ajak.
Perjalanan ke Perlis sungguh mengasyikkan, suasananya sangat serasi
dengan jiwaku - suasana kampung yang masih 'dara' - masih banyak hutan
dan rumah gaya tradisional...
|
Siap bawa peta lagi.. |
|
Perjalanan yang damai..'hijau' di mana-mana |
|
Sawah padi sedang diairkan |
|
Cantik... |
|
Cantik kan kaler hijau macam ni.. |
Kami sampai di Taman Ular lebih kurang 9.00 pagi - tak ada siapa pun lagi time tu! Kami adalah geng first yang masuk ke dalam Taman 'berbisa' tersebut. Bulu roma dah terasa semacam sebaik kaki melangkah masuk. Ular-ular diletakkan di dua bahagian - sebahagian dalam bilik pameran, sebahagian lagi diletakkan di kawasan terbuka di kawasan taman dengan dimasukkan ke dalam sangkar masing-masing. Ada rumah tedung, ada rumah ular sawa, ada juga tempat kurungan biawak, buaya dan iguana.
Abang excited berlari-lari masuk ke dalam bilik pameran, adik pula takut-takut. Adik pegang tangan ayah kuat! Kesian adik. Mama pon takut gak!
|
Entrance bilik pameran ular. Kat sini ada ular hidup dan ada juga ular yang diawetkan. |
|
Tinggal mama sorang bergambar. Anak-anak mama sibuk dok kaji ular |
|
Hmmm..sempat juga cekup bebudak nih |
|
Ular Sawa. |
|
Iguana pun ada nih. Nampak sekor ni jer. Kesian takder pasangan ker? |
|
Dok mencarik biawak tuh. Binatang-binatang kat sini semuanya pasif- susah nak tengok di mana berada |
|
Ini sangkar ular di kawasan terbuka dalam taman. Setiap sekor ada 'rumah' masing-masing. Tak sunyi ker dok sorang-sorang? |
|
Buaya |
|
Ostrich pun ada? |
|
Mama, ayah, adik |
Sekejap jer kami kat dalam taman tu. Di samping rasa rimas lama-lama kat kawasan ular, banyak juga nyamuk kat situ. Nyamuk aedes! Bahaya, bahaya. Lebih kurang pukul 11.45 am macam tu dah keluar dari taman ni.
Masa masih awal. Apa lokasi seterusnya? Nak ke gua kelam? Tutup pula sebab diorang sedang buat renovation. Bincang punya bincang, "Padang besar jerla ayah! Boleh gak belikan baju ultraman/spiderman/ben10 untuk anak-anak. Adik dah lama tanya baju ultramannya sebab yang ada tu dah hilang kat sekolah katanya". Panjang cadangan aku berserta justifikasi sekali. Hehe...
Kat Padang besar .....
|
Parking yang masih banyak kosong. Kalau sampai lewat sikit, mesti tkdernyer parking macam tu |
|
Ayah dan abang dok berbincang menu yang nak diorder |
|
Adik dok buat perangai - mengantuk sangat dah time ni |
So, apa yang dibeli kat situ? Pusing punya pusing punya pusing, takder apa yang dibeli kecuali sehelai baju
kamen rider masing-masing untuk Adik dan Abang.Huhu..Sehelai jer? Hujung bulan maa. Tunggula next month, mama beli semua jenis baju yang ada kat situ. Hehe..Sian anak-anak mama yer. Mama akan sentiasa ingat pengorbanan anak-anak mama yang baik nih! Mama sayang semua.
No comments:
Post a Comment